Perjuangan Belum Selesai

Wednesday 30 November 2011

Bersatulah Melayu

Bersatulah Melayu

Kalau nampak ada retak
Kerana retak hujungnya belah
Bimbang belah membawa pecah
Melayu itu tak mampu berpecah

Bersatulah Melayu
Melayu itu cermin
Dalam jernihnya kita menilik
Kita menilik mencari wajah
Wajah Melayu wajah kita

Bersatulah Melayu
Melayu itu lampu
Terangi jalan luas terbentang
Siapa cuba kaburkan suluh
Kelak hilang arah dan tuju

Bersatulah Melayu
Melayu itu payung
Payung jangan carik
Carik payung
Manakan lagi tempat berlindung

Bersatulah Melayu
Melayu itu pohon
Akarnya mencengkam bumi
Bumi ini pautan kasih
Kasih Melayu segala kasih

Bersatulah Melayu
Cari dan rangkalah jalan damai
Damai membuka pintu pertemuan
Pertemuan kelak merintis padu
Berpadulah Melayu, berpadu semua.


Karya : Lim Swee Tin

Tuesday 29 November 2011

Pertandingan Pidato Politik Mekanisme Cari Pemimpin Muda

KUALA LUMPUR 29 Nov. — Pertandingan Pidato Politik Piala Perdana Menteri anjuran Pemuda Barisan Nasional (BN) boleh dijadikan medan mencari bakat pemimpin muda, kata Ketua Pemuda BN, Khairy Jamaluddin.


Beliau berkata, kejayaan penganjuran program, yang julung kali diadakan, dengan penyertaan ramai peserta muda pelbagai kaum mendorong program itu untuk dijadikan acara tahunan BN.

"Ini merupakan satu program mencari bakat, yang saya rasa penting dalam BN dan cara yang paling berkesan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri pertandingan akhir program itu di Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini.

Khairy, yang juga Ketua Pemuda UMNO, berpendapat, ciri utama seorang pemimpin adalah menjadi penghujah paling berkesan.

Beliau berkata, penglibatan ramai generasi muda dalam program itu menunjukkan keputusan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) pada Khamis lalu bagi membolehkan mahasiswa menyertai parti politik adalah tepat. — Bernama

AUKU akan dirunding secara adil

Saifuddin ikrar berunding sebelum pinda AUKU

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah berjanji akan berunding dengan semua pihak yang terbabit sebelum Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) dipinda untuk mengembalikan hak-hak politik kepada pelajar universiti.



Pendirian beliau jelas bertentangan dengan enakmen kontroversi Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011 yang dibidas oleh pembangkang dan masyarakat sivil kerana tidak membabitkan penyertaan awam yang mencukupi.

"Akan ada proses rundingan, termasuk dengan mereka yang yang bimbang bahawa pindaan itu boleh menimbulkan masalah. Rundingan akan dilakukan dengan semua pihak termasuk pelajar, belia, kumpulan profesional, parti-parti politik, kakitangan universiti dan penaja biasiswa, "kata Saifuddin (atas, kanan) pada sidang media petang ini, selepas menghakimi Pertandingan Akhir Pidato Piala Perdana Menteri anjuran Pemuda BN di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di mana perhimpunan agung tahunan Umno sedang diadakan.

Maklum balas daripada semua pihak yang berkepentingan, janji timbalan menteri itu, akan dikemukakan kepada kerajaan sebelum rang undang-undang itu digubal.

Rang undang-undang itu akan dibentangkan di Parlimen seawal-awalnya pada sesi pertama persidangan pada bulan Mac tahun depan, katanya.

Saifuddin, yang dilihat sebagai antara pemimpin progresif dan berfikiran terbuka dalam Umno, menegaskan bahawa kerajaan akan memastikan bahawa pindaan itu "progresif dan komprehensif" dan tidak "regresif serta menyekat". Dua tujuan utamanya:

> Kembalikan hak politik pelajar yang termaktub dalam perlembagaan.

> Meningkatkan penyertaan pelajar dalam proses membuat keputusan.

"Ini adalah supaya ia selaras dengan transformasi politik yang dimaksudkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak," kata Saifuddin.



Beliau mencadangkan antara lain, pakar perlembagaan Prof Shad Faruqi (kanan) mengetuai pasukan petugas yang akan menggubal rang undang-undang itu.

Shad terbabit dalam pindaan AUKU 2009 yang masih mengharamkan pelajar dari menyertai parti politik.

Sementara itu, Bernama melaporkan Saifuddin juga berkata Akta Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) 1996 serta dua akta berkaitan institusi pengajian tinggi perlu dipinda bagi menjadikan pindaan terhadap Seksyen 15 Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) lebih komprehensif.
Katanya, dua akta untuk pindaan bersama dengan AUKU ialah Akta Universiti Teknologi MARA 1976 dan Akta Institusi Pendidikan (Disiplin) 1976.

Beliau berkata, pindaan terhadap akta berkenaan perlu bagi membenarkan penuntut IPTS menyertai parti politik seperti mahasiswa di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) menerusi pindaan AUKU.

"AUKU hanya melibatkan IPTA dan tidak melibatkan IPTS. IPTS tertakluk di bawah Akta IPTS, yang memperuntukan Seksyen 40 yang hampir sama dengan Seksyen 15 AUKU. Jadi ia harus dibawa sekali, kalau tak kita tak konsisten,” katanya.

Saifuddin berkata, kementerian akan mengemukakan cadangan pindaan kepada Jemaah Menteri pada Mac tahun depan selepas proses rundingan dengan pihak-pihak berkaitan.
Menurut beliau, pindaan yang dicadangkan itu bertujuan melindungi hak penyertaan mahasiswa dalam politik dan pada masa yang sama menjaga kepentingan universiti sebagai pusat pengajian.

Sumber Dari Malaysiakini

Cakna Siswa Timur: Alhamdulillah, semoga AUKU ini dapat dirunding dengan baik dalam menentukan baik buruknya Mahasiswa dan juga pelapis pemimpin Negara tercinta ini.

Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011 diluluskan

KUALA LUMPUR 29 Nov. — Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011 yang mendapat reaksi berbeza daripada pelbagai pihak akhirnya diluluskan selepas melalui perbahasan kira-kira dua setengah jam pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Rang Undang-undang itu dibacakan kali kedua oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 24 Nov lepas. Bacaan kali pertama pada 22 Nov oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Walaupun anggota parlimen dari pembangkang bertindak keluar Dewan ketika sesi penggulungan, rang Undang-undang itu tetap diluluskan dengan enam pindaan telah dilakukan yang bertujuan membenarkan warganegara menganjurkan dan menyertai perhimpunan secara aman dan tanpa senjata dengan sekatan-sekatan yang difikirkan perlu dan demi kepentingan ketenteraman dan keselamatan awam.

Ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011, Mohamed Nazri berkata, apa yang dilakukan kerajaan berhubung rang undang-undang berkenaan tidak melanggar Perlembagaan negara dengan intipati pentingnya adalah untuk memberi nafas baru kepada Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan yang memasukkan elemen-elemen kebebasan berhimpun secara aman iaitu hak berhimpun tanpa senjata. — Bernama

Sumber Dari Utusan Malaysia

Cakna Siswa Timur: "apa yang dilakukan kerajaan berhubung rang undang-undang berkenaan tidak melanggar Perlembagaan negara dengan intipati pentingnya adalah untuk memberi nafas baru kepada Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan yang memasukkan elemen-elemen kebebasan berhimpun secara aman iaitu hak berhimpun tanpa senjata"

Perkara 10 Fasal (4): Pada mengenakan sekatan-sekatan demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya atau ketenteraman awam di bawah Fasal (2)(a), Parlimen boleh meluluskan undang-undang melarang perbuatan mempersoal apa-apa perkara, hak, taraf, kedudukan, keistimewaan, kedaulatan atau hak kedaulatan yang ditetapkan atau diperlindung oleh peruntukan Bahagian 3, Perkara 152, 153 dan 181 berhubung dengan apa-apa jua melainkan berhubung dengan pelaksanaannya sebagaimana yang dinyatakan dalam undang-undang itu.

Monday 28 November 2011

Jika Dah Yakin, Mansuh Saja Seksyen 15 AUKU itu..

Antara orang yang bertanggungjawab untuk membentuk dan mewujudkan AUKU adalah bekas Perdana Menteri iaitu Tun Dr Mahathir Mohamed semasa beliau bergelar Menteri Pelajaran.


Sedarkah kalian kenapa Tun M mewujudkan AUKU pada 1970an dulu? Sebenarnya hasrat sebenar Tun M mewujudkan AUKU adalah untuk memastikan mahasiswa 100% memberi komitmen kepada pengajian mereka dalam kampus.

Situasi ketika itu memperlihatkan bahawa majoriti mahasiswa terutama berbangsa Melayu masih ketinggalan dalam pengajian mereka di universiti. Jika ini berlarutan, Malaysia mungkin akan memiliki percambahan masyarakat yang tidak mempunyai mentaliti kelas pertama.

Jika diamati hasrat dan pandangan Tun M ini, maka jelaslah bahawa Tun M ingin melihat mahasiswa di Malaysia ini memiliki nilai keintelektualan tinggi dan mampu menjadi modal insan unggul yang mampu menyumbang kepada agama, bangsa dan negara.

Oleh itu, sekiranya masyarakat luar dan pihak dalaman kampus sudah yakin dengan tahap keintelektualan mahasiswa sekarang dan yakin dengan kematangan mereka, serta boleh memberi keyakinan bahawa mahasiswa sekarang ini boleh menjadi mahasiswa cemerlang dalam akademik serta kuat dalam jati dirinya, eloklah AUKU terus dipinda terutama Seksyen 15 itu.

Persoalan dalam kes AUKU ini sebenarnya adalah tertakluk kepada mahasiswa itu sendiri yang berada dalam kampus selama 3-5 tahun itu. Jika mereka sudah mampu bersedia untuk cemerlang dalam akademik dan mampu menyumbang dengan sebaik mungkin dalam parti politik di luar kampus, eloklah AUKU itu dikaji kembali keberkesanannya.

Kesimpulannya cukup mudah, jika dah yakin, mansuh saja Seksyen 15 AUKU itu..

Sumber daripada SARFAMS


Cakna Siswa Timur: Haruskah kita meminda AUKU ini. Sedangkan AUKU yang sedia ada sangat bagus dan tiada kompromi untuk menyekat Mahasiswa itu sendiri daripada berpolitik. Daripada kita meminda, lebih baik terus mansuh AUKU ini. Kita lihat sendiri apa nasib Mahasiswa itu selepas AUKU dimansuhkan.Jangan sudah terhantuk baru nak terngadah nanti...

Sunday 27 November 2011

NED, Anwar Ibrahim & Akta Perhimpunan Aman



Sekat Perhimpunan Aman, Najib Gagal Tunai Janji

Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali menyifatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sekali lagi gagal menunaikan janjinya untuk melakukan pembaharuan termasuk memberikan kebebasan terhadap hak berhimpun.

Beliau berkata demikian mengulas langkah kerajaan membentangkan Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman di dewan rakyat hari ini.

“Kita mempunyai PM yang mengamalkan dasar flip flop dan tidak tuntas, tidak menunaikan janji-janjinya dan ini sudah lama dirasai oleh rakyat,” katanya ketika ditemui di Parlimen hari ini.

Menurut Azmin, Najib pada 16 September lalu turut berjanji bahawa beberapa akta termasuk Akta Keselamatan Dalam Negeri akan dimansuhkan, namun menggantikannya dengan akta lain yang mengekalkan penahanan tanpa bicara.

Tegasnya, RUU berkenaan tidak wajar diperkenalkan kerana perlembagaan sendiri telah memberi jaminan terhadap kebebasan berhimpun.

“Bagi kita perkara ini tidak timbul kerana perlembagaan sudah jelas, (rakyat) diberikan jaminan untuk berhimpun dengan aman. (Kerajaan) tiada keperluan untuk menggubal satu akta lain untuk mengekang kebebasan rakyat,” katanya yang juga Ahli Parlimen Gombak.

Terdahulu Setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng membidas Rang Undang-undang berkenaan kerana memberi lebih kuasa terhadap polis untuk menahan individu yang terlibat dalam perhimpunan aman.

“Terpulang kepada polis untuk menentukan sama ada sesuatu perhimpunan itu aman atau tidak,” katanya pada sidang media di Parlimen.

Beliau merujuk Seksyen 8 dalam rang undang-undang berkenaan yang menyatakan bahawa seseorang pegawai polis boleh mengambil langkah yang difikirkannya perlu untuk memastikan sesuatu perhimpunan dikendalikan dengan teratur.

“Ini tidak kena dengan usaha Kerajaan kononnya ingin memberikan hak asasi dan demokrasi kepada rakyat. Ini lebih teruk dari dulu kerana ada tempat-tempat yang disenaraikan dihalang (berhimpun),” ujarnya.

Tambah beliau, peraturan baru itu juga meluaskan lagi kawasan larangan untuk mengadakan perhimpunan dan melipatgandakan jumlah denda kepada penganjur yang terlibat.

Seksyen 9(5) dalam rang undang-undang berkenaan memberi kuasa kepada polis untuk mengenakan denda ke atas penganjur sebanyak RM10,000 sekiranya tidak mengemukakan notis untuk mengadakan perhimpunan kepada polis.

Manakala Seksyen 21(3) memberi kuasa kepada polis untuk mengenakan denda sehingga RM20,000 berbanding denda sebanyak RM2,000 kepada individu yang ditahan dalam sesuatu perhimpunan.

Tempat larangan yang dinyatakan dalam rang undang-undang berkenaan mengambil takrif kawasan yang diisytiharkan di bawah Akta Kawasan Larangan dan Tempat Larangan 1959.

“Maknanya semua tempat pun tak boleh berhimpun. Dalam hutan pun tak boleh sebab mungkin ada loji rawatan air,” kata Guan Eng.

Akta Perhimpunan Aman: Model Terbaik Kawal Lembu Jalanan


Penulis lihat majoriti kalau bukan semua pemimpin pakatan haram pembangkang yang mengutuk dan mengeji rang undang-undang Akta Perhimpunan Aman yang dibentangkan di Parlimen semalam.
Sedikit yang diketahui ramai, akta ini diasaskan dari akta sama yang digunakan negara Belgium yang diiktiraf sebagai terbaik di dunia.

Sebab itu kita takde dengar Belgium menghadapi masalah demonstrasi merosakkan seperti mana yang berlaku di Britain baru-baru ini. Di Malaysia pula, kecekapan polis saja yang menjadi sempadan antara aman dan kacau bilau.

Dari pembacaan hari ini, penulis simpulkan bahawa pakatan haram pembangkang bukan sangat nak berdemo dengan aman, mereka mahu berdemo dan buat kacau bilau. Sebab itu depa tak mahu menyokong akta terbaru ini sebab akta ini akan menghalang depa buat kacau di atas jalan.

Penulis nak memetik sikit tulisan Hishamuddin Rais, katanya “Keadilan dilahir, dikandung dan dibidankan di atas jalan raya”, Hishamuddin tulis itu bagi mengulas Kongres Nasional PKR tapi penulis nak tunjukkan tauladan bahawa politik jalanan adalah sebahagian dari darah dan daging pembangkang terutama PKR dan PAS.
Nasib baik Kongres Nasional tak diadakan ditengah jalan, kalau tidak……

Dengan begitu penting politik jalanan kepada pembangkang, sudah tentulah depa akan menolak rang undang-undang Akta Perhimpunan Aman ini, bukan sebab Akta itu tidak baik tapi sebab akta itu nanti bakal menghalang mereka dari berdemo seperti lembu di atas jalan. Kalau berhimpun dalam stadum, tak cool lah, jalan tak jem, tak kena sembur air asid, tak boleh main kejar-kejar dan sebagainya.

Sedangkan adegan-adegan itu semua penting untuk dirakam lensa kamera, boleh guna nak buruk-burukkan negara sendiri bertahun-tahun lamanya.

Disamping kefahaman bahawa menjadi pembangkang bermaksud, bangkang selagi boleh. Tapi yang lebihnya dalam hal Akta Perhimpunan Aman ini ialah sebab pembangkang dihalang dari menggunakan jalan raya sebagai tempat berhimpun, mana boleh itu macam!!

Sama macam Lynas jugalah, semua dah diterangkan, dah didebatkan, tapi kenapa ia masih menjadi isu? Sebab bukan puak-puak ini pentingkan keselamatan rakyat yang konon terjejas dek ‘radiasi’ yang dilepaskan kilang Lynas, tapi sebab kerajaan BN bawa masuk pelaburan lebih RM 1 billion dan wujudkan beratus peluang pekerjaan.

Konsep yang sama juga pembangkang aplikasikan dalam hal penolakan kepada Akta Perhimpunan Aman ini.
Hanipa Maidin dilapurkan dalam haramkahjadah daily yang Pakatan akan membawa akta ini ke Mahkamah kerana katanya berlawanan dengan Artikel 10 Perlembagaan Malaysia. Seperti biasa, depa hanya ambik separuh saja Artikel 1o itu, bab yang separuh (Artikel 10(2)) lagi dimana Parlimen boleh menggunakan undang-undang untuk menyekat hak berhimpun yang diberikan dalam Artikel 10(1), tidak disebut.
Disebutkan juga dalam entri yang sama bahawa Akta ini “akan mempercepatkan ajal BN”. Pergh, macam penting je kan tapi kenapa pula nak dibawa ke mahakamh, biarkan sajalah kalau Akta itu mampu ‘mempercepatkan ajal BN”‘

Apa harapan penulis? Harapan penulis ialah supaya rakyat dapat memberi penilaian yang tepat tentang Akta Perhimpunan Aman ini. Tujuan kerajaan ialah untuk mengelakkan masalah kepada keharmonian dan keselesaan rakyat sebab itu akta ini menghalang perhimpunan diadakan berdekatan sekolah, stesen janakuasa dan sebagainya.

Sebab kalau terjadi malapetaka, yang akan dipersalahkan dan dipertanggungjawabkan ialah kerajaan memerintah. Jadi penting untuk kerajaan bertindak awal daripada menunggu malapetaka berlaku baru masa tu nak bergerak.

Masa Perhimpunan haram 9 Julai dulu orang mati sakit jantung, siapa yang disalahkan? Kerajaan jugak. Orang ambik kesempatan pura-pura mati, siapa yang dapat imej buruk? Kerajaan jugak. Puak-puak ni tau buat kacau dan berlakon mati saja, orang lain yang terpaksa menjawab baginya.

Jadi penting untuk kerajaan melindungi imej negara ini dan keselamatan rakyat dengan pengenalan Akta Perhimpunan Aman ini.


Dipetik daripada MYKMU.net

Saturday 26 November 2011

Revolusi Mesir - Libya Kerana Tiada Akta Perhimpunan Aman


Negara asing biasanya mengadakan perhimpunan secara haram disebabkan mereka tiada dan tidak terikat dengan Akta Perhimpunan Aman. Contohnya negara seperti Mesir dan Libya.
  




-Pilihanraya Mesir 2011: Perhimpunan di Tahrir-


Malaysia ialah sebuah  negara yang amat mementingkan keamanan dan keharmonian masyarakat, oleh itu kerajaan sangat mengambil berat sekiranya terdapat sebarang perhimpunan yang mahu diadakan agar ia tidak mencetuskan sebarang huru hara dan kacau bilau serta menyusahkan rakyat. 


“Negara kita ini dipenuhi pendatang asing, ada diantara mereka yang tidak bekerja, menjadi penyamun, perompak, dan sebagainya. Sekiranya berlaku demonstrasi, mereka akan gunakan peluang itu untuk melakukan jenayah” – Dato’ Ibrahim Ali, Presiden PERKASA.


HENTIKAN PERHIMPUNAN HARAM !
HIDUPKAN PERHIMPUNAN AMAN !!


BERSIH 3.0 Jadi Ke...????? Ambiga Risau!!!

                             -"Aksi tidak sopan Ambiga"-

Ambiga menjadi risau apabila kerajaan mengumumkan 
Akta Perhimpunan Aman. Meh kita pakat tengok video di bawah, 
di mana Ambiga yang menjadi 'kepala' kepada perhimpunan BERSIH 2.0,
apa yang terjadi dalamperhimpunan yang kononnya aman itu? 
Langkah terbaik,kerajaan menyerahkan pihak polis membuat 
justifikasi & mengambil tindakan awal sebelum berlaku lagi kejadian yang 
tidak mendatangkan apa-apa manfaat kepada rakyat & negara kita. 
Propaganda utama mereka dengan terus mempraktikkan persepsi
 bandwagon cuma dengan satu objektif iaitu memburukkan imej polis!

"Kalau (polis) tak datang... kita gagal!"
- Suhardi Mat Isa 
(Pelakon terbaik 2 kali mati BERSIH 2.0)


Akta Perhimpunan Aman perlekeh hak rakyat Malaysia, kata Ambiga

KUALA LUMPUR, 22 Nov – Pengerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan membidas undang-undang perhimpunan aman yang dibacakan kali pertama hari ini atas alasan ia memberi kuasa yang luas kepada Menteri Dalam Negeri dan polis selain menghakis hak dan kebebasan diperuntukkan oleh Perlembagaan Persekutuan selama ini.


Bekas presiden Majlis Peguam ini mendakwa kerajaan telah gagal dalam menerima pakai standard antarabangsa, sebaliknya mengehadkan kebebasan yang diberikan oleh undang-undang tertinggi negara ini.

“Rang undang-undang ini (Perhimpunan Aman) membataskan hak kita seluas yang mungkin,” kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.
Kata beliau undang-undang baru ini mengekang lagi kebebasan untuk berhimpun dan juga kebebasan berucap.

“Tambahan, kebebasan berhimpun termasuk protes jalanan yang aman. Dengan mengeluarkan hak ini sama sekali, Perlembagaan Persekutuan sekali lagi diperlekehkan,” katanya.
Ambiga berkata undang-undang yang hendak dibawa oleh pentadbiran Najib ini lebih buruk berbanding Seksyen 27 Akta Polis yang sedia ada, yang akan dimansuhkan.

Kata beliau, ia salah satu hak kebebasan fundamental yang diperlukan dalam menggerakkan masyarakat demokrasi dan diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan.

Justeru beliau menggesa kerajaan dengan segera menarik balik rang undang-undang itu jika Datuk Seri Najib Razak jujur dalam janjinya menjadikan Malaysia negara demokrasi terbaik -TMI

Dipetik daripada jendelamy.blogspot.com

Apa Itu Akta Perhimpunan Aman

adakah ini yang anda inginkan?

Kerajaan Bentang Akta Perhimpunan Aman

Oleh ARIFFUDDIN ISHAK KUALA LUMPUR: Kerajaan pada Selasa membentangkan Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011 bagi memberi hak kepada rakyat untuk menganjur dan menyertai perhimpunan secara aman tanpa senjata.
Rang Undang-undang berkenaan dibentangkan untuk bacaan kali pertama oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz di Dewan Rakyat.
Dalam pada itu Mohamed Nazri turut membentangkan Rang Undang-undang (Pindaan) Akta Polis 1967 juga untuk bacaan kali pertama.
Menerusi Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011, dinyatakan hak penganjuran dan penyertaan berhimpun secara aman dengan tertakluk kepada sekatan tertentu demi kepentingan negara dan ketenteraman awam.
Bagaimanapun cadangan akta berkenaan tidak terpakai bagi sesuatu perhimpunan membabitkan kempen pilihan raya di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 serta perhimpunan mogok, sekat masuk atau piket di bawah Akta Perhubungan Perusahaan 1967 dan Akta Kesatuan Sekerja 1959.
Akta baru itu turut dengan tegas menyatakan seseorang penganjur akan didapati bersalah sekiranya menganjurkan perhimpunan di mana-mana kawasan larangan dalam jarak 50 meter had tempat larangan.
Individu berumur di bawah 21 tahun serta kanak-kanak berusia di bawah 15 tahun juga tidak dibenarkan menyertai perhimpunan kecuali yang membabitkan perhimpunan keagamaan, adat, perarakan pengebumian serta perhimpunan yang diluluskan Menteri.
Masyarakat bukan warganegara juga adalah dilarang menyertai perhimpunan di bawah akta ini.
Berdasarkan akta baru itu juga memberi kuasa Ketua Polis Daerah bagi sesuatu tempat penganjuran itu untuk mengenakan sekatan tertentu bagi tujuan keselamatan dan ketenteraman awam.
Bagi individu yang melanggar sekatan dan syarat yang ditetapkan, mereka boleh dikenakan denda tidak melebihi RM10,000.
Akta ini juga memberi kuasa kepada polis untuk mengeluarkan arahan bersurai menggunakan kekerasan yang munasabah sekiranya sesuatu perhimpunan itu menyalahi peraturan.
Kesalahan bagi peraturan itu boleh dikenakan denda tidak melebihi RM20,000.
Sekiranya rang undang-undang ini diluluskan, pihak polis juga diberikan kuasa menangkap tanpa waran penganjur dan peserta yang melakukan kesalahan melanggari akta tersebut.
Sementara itu bagi akta untuk meminda Akta Polis 1967, matlamatnya ialah untuk memotong Seksyen 27, 27A, 27B dan 27C.
Kesemua seksyen ini berkaitan dengan pembuatan Akta Perhimpunan Aman 2011 untuk menghapuskan syarat permohonan lesen bagi sesuatu perhimpunan.
sumber daripada: mstar.com.my