Perjuangan Belum Selesai

Sunday 25 March 2012

Selamat Hari POLIS

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia...

Selamat Hari POLIS yang ke-205 kepada semua anggota Polis Diraja Malaysia.
Pada 24 Mac 2012 (Sabtu) telah diadakan 'Perbarisan Peringatan Hari Polis ke-205' di Dataran Merdeka yang bermotokan 'Komuniti Sejahtera, Komitmen Kami'.




Harimau Biru

Inilah Maskot PDRM iaitu “HARIMAU BIRU” yang bermatlamatkan:

1.Lebih mesra bersama rakyat dan melihat PDRM sebagai figura badan berkuasa dan sahabat yang boleh dipercayai.

2.Mempunyai kesedaran dan pengetahuan yang mantap mengenai fungsi dan peranan PDRM.

3.Melihat PDRM sebagai inspirasi untuk berhemah, bertanggungjawab dan berintegriti tinggi untuk menjadi yang terbaik.

4.Menghormati PDRM sebagai agensi penguatkuasa undang-undang negara yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga keamanan, ketenteraman dan keselamatan negara.

“Harimau Biru” menjadi harapan kepada kesinambungan kehadiran PDRM dalam kehidupan seharian rakyat Malaysia dan sentiasa mengekalkan minat masyarakat terhadap PDRM.





 Amanat Menteri Dalam Negeri : Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein

 Ucapan Aluan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Hj. Ismail bin HJ. Omar.

Tahniah buat semua anggota PDRM kerana anda Malaysia ini Aman. Hebat sungguh & memang syok la sambutan Hari Polis ini. CST doakan PDRM akan terus maju dan Mahasiswa Hebat akan terus Hebat.

Untuk lebih gambar, klik SINI

No comments:

Post a Comment