Perjuangan Belum Selesai

Tuesday 28 February 2012

SAHAM UMP menolak Pro-M???

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia...

CST terlihat post dari Presiden SAHAM UMP sendiri bahawa SAHAM UMP menolak Pro-M???. Betulkah kenyataan Saudara Basith ini??? Mungkinkah demi menyembunyikan fakta mereka adalah Pro-M, beliau sanggup korbankan diri. Hal ini sentiasa berlaku dalam kalangan ahli Pro-M kerana semata2 untuk pertahankan Pro-M @ PMI @ SAHAM, mereka sanggup menggadaikan maruah diri & agama Islam itu sendiri kerana bertapa taksubnya mereka terhadap Pro-M & bertapa takutnya belanjawan mereka digantung oleh pihak2 tertentu.

Berikut adalah kenyataan Saudara Basith>>>>>>




Inilah kenyataan beliau yang mana mencemuh tindakan CST kerana membongkar rahsia gerakan mereka yang berselindung disebalik nama SAHAM.

Jikalau betul SAHAM ini bersih dari gerakan Pro-M dan tidak memihak mana2 parti politik, Kenapa dalam usrah perlu ditanya anda sokong PAS @ UMNO???

Jika ahli menjawab UMNO, mereka terus dipinggirkan dan tidak diajak untuk bersama2 berusrah dalam perjumpaan berikutnya....

Apakah MOTIF semua tu??? Adakah usrah hanya untuk yang menyokong PAS sahaja??? atau usrah untuk Pengkaderan PAS dalam UMP???

Kepada ahli SAHAM, CST tahu anda pasti telah melalui soalan2 ini bukan??? Jujurlah dalam perjuangan & berdakwah. Mahasiswa Hebat tidak mudah diperdaya oleh pihak2 yang menggunakan "Spirit Dakwah" untuk kepentingan diri.

SAHAM UMP = Pro-M!!!

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia.....

CST menerima respon yang baik dari post "Pro-M bertapak di UMP" kerana pihak SAHAM UMP mahupun Pro-M UMP telah mengaku wujudnya Pro-M di sana. Hal ini telah menjadikan gerakan Pro-M semakin diketahui oleh Mahasiswa UMP itu sendiri. Dengan itu, secara terbuka memang benar Pro-M telah bertapak di UMP dengan berwajahkan SAHAM yang mana mempergunakan Mahasiswa yang baru dalam agenda gerakan mempolitikkan Pilihanraya Kampus. Lihatlah sendiri OK
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

 Anda boleh menilai sendiri apa itu Pro-M dengan klik link ini => MU

Mahasiswa Hebat pasti dapat menilai baik buruk setiap sesuatu. Kepada Mahasiswa baru iaitu Pelajar Tahun 1, diharapkan anda tidak terpedaya dengan tipu helah mereka2 ini....Sekian.....

Sunday 26 February 2012

Pro-M bertapak di UMP

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia........

CST nak share ngan korang suma yg mana CST maklum bahawa Pro-Mahasiswa (Pro-M) telah mula bertapak di UMP. Mereka ini masih belum membuka baju mereka iaitu menyatakan mereka adalah Pro-M malah gerak kerja mereka seiras gerakan Pro-M. Mungkinkah UMP telah ditakluk oleh Pro-M??? Jom kita Cakna~

Pada hari Jumaat yang lepas iaitu 24/2/2012, para gerakan MASUL, PIMPINAN & UPTA bersama Mahasiswa Sahabat Masjid (SAHAM) UMP dikatakan berkumpul di tempat KAFA Balok, iaitu belakang Masjid Balok, Kuantan, Pahang. Secara kebetulannya, tempat mereka itu adalah antara pusat gerakan parti politik luar iaitu PAS. Mungkin ini adalah secara kebetulan juga kerana kemarahan pihak SAHAM UMP terhadap pengurusan UMP yang menangguhkan program yang bakal diadakan oleh mereka. Mungkinkah ini juga secara kebetulan???

Pada malam Sabtu pula, mereka dikatakan bertemu dengan penasihat PKR iaitu DS Anwar Ibrahim di sekitar kawasan Kuantan, Pahang. Ini juga adalah kebetulan kerana DSAI & YB Nurul Izzah akan berhujah dalam isu 'Penolakan terhadap Lynas' di sekitar Kuantan pada hari Ahad (26/2/2012).

Persoalan CST.....Haruskah Mahasiswa terlibat sama dalam hal yang melibatkan isu parti politik & bukannya hal masyarakat mahupun Mahasiswa??? Adakah Mahasiswa masa kini yakin bahawa PR pasti akan bantu mereka apabila PR menang dalam PRU nanti. Selain itu, CST pelik kerana mengapa DSAI menziarahi Mahasiswa2 Pro-M ini kerana seperti yang kita tahu Pilihanraya Kampus (PRK) hanya dalam lingkungan masa yang ada kini sahaja. Mungkinkah DSAI mahukan Mahasiswa berkempen atas dasar parti politik PR yang beria2 ingin menawan Putrajaya.

CST harap, Mahasiswa Hebat dapat memilih jalan yang benar. Kepada Pro-M UMP, tidak perlu berselindung lagi kerana CST sudah lama tahu akan gerakan 'underground' anda dalam SAHAM. Kembalilah berada di jalan yang benar iaitu pijak berpaksikan Mahasiswa.

Cukuplah utk setakat ini kupasan CST. Kepada Mahasiswa UMP, sila berjaga2 akan gerakan Pro-M ini kerana mereka bakal memporak-porandakan Mahasiswa. Sedarlah semua dari bayangan2 hitam yang kini mendekati kita

Friday 24 February 2012

Pro-M pilihan Mahasiswa

CST amat kagum bila tengok Pro-Mahasiswa ni mendapat sokongan padu Mahasiswa UM. Seramai hampir 2000 Mahasiswa UM akan membanjiri Dataran Tuanku Canselor(DTC) Universiti Malaya pada malam tadi. Hebat sungguh Pro-M kerana menjadi pilihan Mahasiswa masa kini.

Pro-M ini menjadi pilihan Mahasiswa kerana kehadiran yang dianggarkan seramai 2000 dalam Pelancaran Jentera & perkenalkan calon2 Pro-M. Malah kehadirannya memang di luar jangkaan Pro-M ini kerana merekalah pilihan Mahasiswa.

Jom kita Cakna :
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
Begitu Ramai tengah membanjiri dataran

 Hampir 2000 org tgh berkumpul utk pelancaran Pro-M


Tindakan Pro-M ini sangat membimbangkan Mahasiswa Pro-Aspirasi yang mana gerakan mereka ibarat sunyi & tiada langsung...Adakah Pro-A sudah mula takut akan Pro-M kerana Pro-M pilihan Mahasiswa...Mahasiswa Hebat bijak memilih......

Sumber : Sarfams

Thursday 23 February 2012

Jom DEMO

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia...

CST nak kabo sket ngan Mahasiswa2 suma yang mana pada esok hari jom kita DEMO ramai2 dekat masjid IPT masing2...Tapi, DEMO yang CST ckap ni bukan DEMO macam sesetengah Mahasiswa yang dok hot skrang. Bukan apa, nak cakap DEMO tu...Xdak lah DEMO mana pun, Tp ini adalah hasrat & niat murni Mahasiswa yang mana menyokong untuk pembebasan Palestin dari cengkaman kekejaman rejim Israel. CST dapat maklum, 20 IPTA akan turut serta dalam gerakan ini untuk pembebasan Palestin.


Walaupun kita semua tidak mampu untuk turut serta di tempat kejadian iaitu di negara Palestin dalam membantu saudara seIslam kita berjuang, berjuanglah kita dalam menyatakan sokongan Mahasiswa dengan sama2 kita menyokong hasrat murni ini..

InsyaAllah semua IPT akan mengadakan Khutbah Jumaat berkenaan Palestin, Solat Hajat, Tandatangan sokongan pembebasan Palestin. Jadi, 24/2/2012 (JUMAAT)  ini sama2 kita beri sokongan padu menyokong pembebasan Palestin dan sama2 menyokong tindakan dalam memartabatkan Islam. InsyaAllah.... Mahasiswa Hebat sentiasa bersama2 dalam mempertahankan Agama Islam, Agama Persekutuan. Jom Cakna!!!


Himpunan Sejuta Umat di Terengganu


Assalamualaikum & Salam 1Malaysia...
CST nak kabbo skek pasal Himpunan Sejuta Umat 2012 di Kuala Terengganu
Lokasinya terletak kat Stadium Negeri, Jalan Sultan Mahmud, pada 25 Februari (Sabtu) ini, jam 8.30 pagi.

Program anjuran Sekretariat Himpun Terengganu dan Majlis Perundingan NGO’sTerengganu itu bakal menampilkan penceramah terkenal yang juga bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Dato’ Dr Hassan Ali.





Menurut jurucakap, program yang bertujuan menghimpunkan seluruh umat Islam daripada pelbagai latar dan sosio kehidupan, tanpa mengira fahaman politik bertujuan untuk menzahirkan suara serta sikap umat Islam terhadap siri percubaan memurtadkan umat serta mencemarkan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan.

“Kami menyeru seluruh umat Islam hadir ke perhimpunan ini, sekaligus melupakan segala perbezaan fahaman politik dan ideologi untuk bersama-sama bersatu mengambil tanggungjawab bagi mempertahankan dan menyelamatkan akidah umat daripada sebarang bentuk pencerobohan,” katanya.


Ha, ce tengok dan baca balik...
Tolak segala perbezaan politik dan ideologi demi memperkukuhkan Agama Islam yang semakin dicabar kedudukannya sekarang ini di Malaysia
Mahukah kita sebagai belia melihat Agama Islam yang selama ini menjadi agama rasmi tumbang kepada tuntutan-tuntutan yang tidak munasabah itu, hanya sebab sikap ego masing-masing atas alasan berbeza politik dan fahaman?
Jadi, CST mengajak semua umat untuk meluangkan masa bersama-sama untuk menjayakan Program Himpunan Sejuta Umat ini, kerana tanpa kejayaan program ini bergantung kepada kehadiran kita

Kepada mahasiswa Universiti Malaysia Terengganu (UMT) & Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), yang bercadang nak gi Pesta Buku tu, ape kata pagi tu bersiap awal2 kita pakat gi Himpunan ni dulu
Tak tahu kat mana?
Takpe, CST tolong carikan dah...

A- Stadium Negeri Jalan Sultan Mahmud
B- Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
C- Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)
Ha, dekat je kan?
CST berharap agar kita semua dilapangkan masa untuk sama-sama menjayakan Himpunan ini
Moga-moga kedudukan Agama Islam sebagai agama Persekutuan akan terus kekal di negara kita,
Insyaalah

"Bersatu teguh, bercerai roboh"

Monday 20 February 2012

Ohhh...UMP

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia...

CST nak share skit kejadian di UMP yang mana CST sgt cakna akan nasib Mahasiswa di Pantai Timur ni. CST bukannya apa, CST kesian dengan Mahasiswa UMP yang terpaksa meredah hujan hanya sekadar berpayung dan berlari2 di tika hujan lebat...puitis plak kan...hehehehehe

Ni CST share la gambar2 yang CST dpt yang mana baru je berlaku iaitu sekitar jam 3.00-4.15pm di UMP. Korang tengok & nilai sendiri la OK.

  Mahasiswa terpaksa menunggu sehingga hujan reda untuk bergerak


 Ke kelas dengan berpayung dan basah kuyup


 keadaan pejalan kaki dan kereta yang tidak selamat




Melintas jalan dalam keadaan bahaya

 Berbasikal sambil berpayung

 berkumpul di hujung blok kuliah untuk pulang ke kolej kediaman


Persoalan yang CST cuba timbulkan adalah adakah pihak pengurusan mahupun MPP itu sendiri tidak cakna akan keadaan sebegini?. Hal ini kerana, CST tengok pun kesian sebab sudahlah hujan lebat, habis basah pakaian samada ke kelas mahupun pulang, kesihatan pelajar, keselamatan & pelbagai lagi. 

CST harap pihak pengurusan UMP mahupun MPP itu sendiri cakna akan nasib Mahasiswa. Kepada MPP, lihatlah keadaan ini dengan serius kerana CST prihatin dalam pembentukan Mahasiswa Hebat.  Anda adalah Mahasiswa yang membawa suara Mahasiswa & berhujahlah dengan diplomasi bukannya demonstrasi.

Cadangan CST, suarakan dengan serius susur gajah berbumbung untuk Mahasiswa dalam memudahkan urusan harian terutama dalam menuntut ilmu. Hari2 kita sentiasa di sinari dengan cahaya matahari yang panas & hujan. Bagaimanalah keadaan Mahasiswa OKU?????

Pesta Buku Negeri Terengganu 2012


Salam 1Malaysia
CST nak kongsi sedikit info mengenai  Pesta Buku Negeri Terengganu 2012 yang akan diadakan dari 23 hingga 29 Februari ini di Pusat Dagangan Terengganu (TTC).
Menurut Urusetia Program, Rohaya Yahya berkata, pelbagai acara menarik akan diadakan sepanjang minggu, antaranya Sepetang Bersama Pakar Motivasi dan Selebriti TV Al Hijrah, Amin Idris.

Saudara Amin Idris


Pada hemat CST, mahasiswa boleh mengambil peluang ini untuk mengutarakan sebarang persoalan dan masalah untuk memuhasabah dan meningkatkan tahap kemampuan diri. Tip-tip pembelajaran yang berkesan juga mungkin boleh diajukan memandangkan segelintir mahasiswa masih mengalami masalah untuk belajar di alam universiti ini.

Diharap para mahasiswa UMT dan UniSZA boleh meluangkan sedikit masa untuk memeriahkan Pesta Buku ini memandangkan Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu (PPAT) menyasarkan kehadiran 100,000 pengunjung ke Pesta Buku Negeri Terengganu 2012. Manalah tahu ada buku  yang boleh membantu kita untuk memilih bakal presiden baru. Barisan bakal pemimpin juga boleh ke sini untuk menambah ilmu kepimpinan dan mudah-mudahan akan menjadi wakil pelajar yang disegani di universiti anda

diambil & diubahsuai dari
http://notsooezy.blogspot.com

Sunday 19 February 2012

Debaran PRK

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia...

Memandangkan sekarang ni di kampus2 tengah hangat dengan persediaan untuk menghadapi Pilihanraya Kampus (PRK), CST nak share ngan bakal2 calon & Mahasiswa yang bertanggungjawab untuk memilih pemimpin pelajar. CST harap pemimpin yang di pilih adalah yang btol2 mampu untuk memimpin dan bukannya hanya sekadar inginkan nama & jawatan. CST dapat maklum yang PRK bakal berlangsung di IPT dalam bulan 3 nanti. Untuk persediaan awal, jom kita baca keratan akhbar dari Sinar Harian di bawah ni.


SHAH ALAM - Kewajaran mahasiswa terlibat dalam politik telah lama diperkatakan, sama ada politik kampus ataupun politik negara melibatkan parti-parti tertentu. Rata-rata penuntut yang ditemui bersifat berkecuali daripada terlibat dengan politik tetapi tidak menolak untuk menyokong mana-mana pemerintah.
Saban tahun ratusan mahasiswa mendaftar di universiti dan kolej dengan pelbagai keinginan, matlamat dan gaya penampilan untuk menambah ilmu di dada. Teruja mengulang kaji pelajaran untuk mendapat segulung ijazah dalam pelbagai bidang di menara gading. 
 
Kehidupan yang mencabar di kampus sedikit sebanyak mempengaruhi kecenderungan mereka bertembung dengan isu semasa yang melibatkan kepemimpinan, keilmuan, pergerakan politik dan perjuangan peribadi.
 
Namun dicelah-celah kekalutan menimba ilmu terdapat segelintir penuntut yang membawa fahaman politik masing-masing di luar ke dalam kampus. Tidak salah jika mereka ini hanya sekadar berpolitik di dalam kampus untuk bertanding merebut kerusi Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), sekali gus melahirkan mahasiswa lebih berintegriti.
 
Sebaik menjejak kaki di kampus, mahasiswa dihidangkan dengan satu fenomena yang dinamakan politik kampus bagi melantik pemimpin dalam kalangan mereka. Golongan inilah antara prospek kelompok boleh dipergunakan oleh mana-mana pihak yang melihat mereka mudah dipengaruhi.
 
Maka pada sesi tertentu penamaan calon dan perang poster rancak dijalankan bagi membolehkan calon-calon terbaik bertanding seterusnya menjawat jawatan dalam MPP.
 
Timbalan Dekan Pusat Pengajian Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Madya Dr Siva Murugan berkata, setiap penuntut di universiti atau kolej boleh berpolitik di luar, tetapi haruslah memelihara keharmonian kampus yang merupakan kawasan neutral.
 
“Pada saya tidak salah sekadar berpakaian logo parti politik, tetapi mereka tidak boleh mengedar risalah dan mendaftar ahli baru ketika di kampus. Jika ingin membuka blog itu terpulang kepada mereka.
 
“Memandangkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) akan dipinda adalah menjadi tanggungjawab universiti untuk mengimbangi kedudukan menuntut. Layan mereka sebagai seorang yang matang, jika berlaku sesuatu tidak diingini di luar kampus biarlah pihak berkuasa yang menentukan hukumannya,” katanya.

 
Tanggungjawab matangkan mahasiswa
 
Pengalaman menguruskan proses pilihan raya di kampus boleh mematangkan penuntut yang menerajuinya dan ia boleh dijadikan pembelajaran terbaik. Memegang jawatan sebagai pemimpin pelajar ketika berada di kampus boleh menjadikan seseorang penuntut lebih bertanggungjawab dan mewujudkan jati diri yang tinggi.
 
Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) Mohamad Maliki Mohamed Rapiee berkata, tempoh pengajian di universiti ialah ruang untuk mahasiswa mempersiapkan diri bagi menghadapi dunia sebenar.
 
“Penglibatan mereka dalam politik kampus adalah salah satu proses pembinaan karakter dalam kepimpinan. Setiap pengalaman seharusnya menjadi pembelajaran yang sangat berguna.
 
“Mahasiswa mesti bersikap terbuka dan ikhlas dalam perjuangan, nilai dan ideologi yang dipegang tidak pula membolehkan dia menolak dan memusuhi pihak lain yang tidak bersependapat dengannya,” katanya.
 
Maliki berkata, mahasiswa juga harus berani menentukan jati dirinya tanpa terikut-ikut dengan gaya serta tingkah laku pihak lain, terutama ahli politik luar yang mengamalkan sifat permusuhan dan radikal.
 
“Sebaliknya, mahasiswa harus mampu mencorakkan persekitaran yang sepatutnya dicontohi oleh masyarakat di luar sana. Barulah mahasiswa layak disebut sebagai agen transformasi," katanya.
 
Penuntut sudah terdedah dengan amalan berorganisasi di mana jawatankuasa MPP diwujudkan. MPP ditubuhkan melalui proses pilihan raya kampus di mana calon yang layak bertanding akan berkempen dalam tempoh diberikan.
 
Semua penuntut diwajibkan mengundi untuk memilih ahli MPP pada hari pengundian. Pegawai Hal Ehwal Pelajar bertanggungjawab menyelia sepenuhnya aktiviti yang dijalankan oleh jawatankuasa MPP ini.
 
Melalui Jawatankuasa MPP, penuntut diberi peluang untuk menyuarakan pandangan, komen yang membina bagi pembangunan pembelajaran dan pengajaran dalam program pengajian mereka.
 
Melalui penyertaan pilihan raya kampus calon dan petugas kempen, berpeluang berpolitik dalam kampus. Konsep demokrasi, kepimpinan dan pengurusan yang biasanya diperkenalkan daripada membaca buku, dapat difahami melalui latihan sebenar ketika pilihan raya kampus.

Selain bakat pemimpin dapat dicungkil melalui pidato dan perdebatan.

 
Kewajaran Auku
 
Kewujudan Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) ketika era Tun Hussain Onn menyebabkan ada pihak yang tidak berpuas hati kerana mengekang kebebasan mahasiswa dan ahli akademik dalam menyuarakan pandangan secara bebas.
 
Namun, kenyataan yang dikeluarkan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah memberi jaminan akan kesediaan kerajaan untuk berbincang dengan semua pihak termasuk daripada wakil mahasiswa bagi meminda Auku yang dilihat sebagai penghalang kepada mahasiswa untuk menyatakan pendirian dan pendapat tentang sesuatu isu.
 
Tujuan utamanya adalah untuk melonggarkan peraturan sedia ada supaya mahasiswa dibenarkan terlibat dalam politik. Perkara tersebut wajar, disebabkan mahasiswa diajar bersuara jika tidak puas hati tetapi apabila mahu membuka mulut di gelanggang politik, mereka ‘dipancung’. Situasi itu menimbulkan tanda tanya di mana kedudukan mahasiswa dalam senario politik negara?
 
Profesor politik dan Kerajaan Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Jayum Jawan berkata, masyarakat perlu bersikap terbuka melihat senario ini dan jangan membandingkan dengan kebangkitan mahasiswa zaman dulu kerana politik kini sudah berubah dengan pelbagai angin pembaharuan dan jika golongan itu terus disekat, ia memberi impak lebih buruk pada masa depan.
 
Bagi aktivis-aktivis kampus demokrasi, pilihan raya kampus merupakan peluang keemasan untuk menjalankan kempen kesedaran demokrasi bagi mentadbir kampus dalam kalangan mahasiswa.
 
Ruang berpidato dan perbahasan dalam kalangan calon-calon yang membawa manifesto masing-masing dilIhat sangat berkesan dalam mempertingkatkan kesedaran mahasiswa dalam politik kampus. Calon dan petugas perlu berkempen memperkenalkan diri dan konsep demokrasi kepada warga kampus lain.
 
Pilihan raya kampus adalah wacana penting untuk warga kampus menghayati politik sebenar. Pihak universiti perlu menggalakkan mahasiswa mengambil bahagian secara aktif dalam pilihan raya kampus.
 
Universiti perlu memberi kuasa sepenuhnya kepada MPP untuk menjalankan pilihan raya kampus sendiri dengan hanya menjadi pemerhati. sahaja walaupun politik kampus seolah-olah tidak berpengaruh.
 
 
CST doakan Mahasiswa yang bakal menjadi calon bersedia menghadapi semua ini kerana bukan mudah untuk menjadi pemimpin kerana urusan yang paling berat di dunia ini adalah AMANAH...Jadi CST berharap agar Mahasiswa Hebat dapat menilai baik buruk dalam membentuk diri dan akan dijadikan contoh kepada masyarakat di luar.

Di Manakah Orang Melayu???

Assalamualaikum, Salam 1 Malaysia....

Jom kita tengok, di bawah ini adalah senarai 20 orang terkaya di Malaysia bagi tahun 2012 yang dikeluarkan dalam Malaysian Business Magazines. CST tak terkejut langsung tengok benda ni sebab memang patut sebeginilah keadaannya. Apa yang dimaksudkan oleh CST adalah, cuba kita perhatikan dimanakah kedudukan bangsa Melayu dalam senarai ni?? Berapa ramai orang bangsa Melayu yang ada dalam senarai top10?? Come on la wahai bangsa Melayu, xmalu ka dengan bangsa2 len. Walaupun India bangsa palik sikit pun dok no2..Yang bangsa Melayu majoriti di Malaysia ni dok no brapa?? dok no 5 paling tinggi pun. Yang lain suma bangsa Cina yang pegang...Xsedar diri lagi ka dengan keadaan ekonomi kita di Malaysia ni....Xsedar lagi ka di mana tahap bangsa Melayu....itulah, politik ja bangsa Melayu ni...hmmmmmm....

CST bukannya nak salahkan bangsa2 yang ada di Malaysia ni sebab kita kan 1 Malaysia, tapi cubalah kita fikir,kenapalah bangsa Cina banyak yang berjaya tapi bangsa Melayu amat menyedihkan....CST malu + bangga dengan bangsa Melayu ni kerana kita hebat di jalanraya namun lemah dalam ekonomi....

 Bil.
Nama
Kekayaan (RM Billion)
Syarikat
1.
Robert Kuok Hock Nien
45.700
Kerry Group/Kuok Group
2.
T Ananda Krishnan
42.998
Usaha Tegas
3.
Tan Sri Teh Hong Piow
12.642
Public Bank
4.
Tan Sri Lee Shin Cheng
11.356
IOI Group
5.
Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary
9.530
Albukhary Foundation
6.
Tan Sri Quek Leng Chan
8.002
Hong Leong Malaysia
7.
Tan Sri Lim Kok Thay
7.585
Genting Group
8.
Puan Sri Lee Kim Hua
6.588
Genting Group
9.
Tan Sri Tiong Hiew King
6.411
Rimbunan Hijau
10.
Ong Beng Seng
4.919
Hotel Properties Ltd
11.
Tan Sri Azman Hashim
3.470
Arab-Malaysian Corp
12.
Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun
2.541
Berjaya Group
13.
Datuk Mokhzani Mahathir
1.937
Kencana Petroleum
14.
Datuk Lee Yeow Chor
1.787
IOI Group
15.
Tan Sri Tony Fernandes
1.772
AirAsia
16.
Lee Yeow Seng
1.746
IOI Group
17.
Tan Sri Lau Cho Kun
1.721
Hap Seng Consolidated
18.
Tan Sri Yeoh Tiong Lay
1.711
YTL Group
19.
Tan Sri Lee Oi Hian
1.589
Batu Kawan
20.
Datuk Lee Hau Hian
1.586
Batu Kawan
Untuk makluman semua Tan Sri Syed Mokthar Albukhary kekal sebagai individu Melayu paling kaya dengan jumlah aset RM6.01 billion (2010) kepada RM.84 billion (2011) dan meningkat kepada RM9.53 Billion pada tahun 2012. Kedudukan Tan Sri Mokhtar keseluruhan top 20 terkaya Malaysia juga meningkat dari tangga ke tujuh 2010 dan 2011 ke tangga ke lima pada 2012.

Tan Sri Robert Kuok pulak kekal sebagai orang paling kaya di Malaysia dengan kekayaan RM45.7 billion tetapi merosot 8% berbanding jumlah aset beliau pada tahun 2011. Tan Sri Ananda Krisnan juga kekal sebagai orang kedua paling kaya di Malaysia dengan kekayaan yang bertambah dan menghampiri jumlah aset TS Robert Kuak iaitu RM42.998 Billion.

Mengikut biografi semua individu terkaya di Malaysia kejayaan yang mereka kecapi sekarang adalah hasil kerja kuat, disiplin dan tidak takut gagal. Walaupun telah mengumpul billion ringgit mereka terus kuat bekerja menyediakan peluang pekerjaan kepada beratus ribu rakyat Malaysia. Hampir semua orang kaya yang tersenarai ini mempunyai sifat pemurah dengan menyumbang jutaan ringgit untuk kepentingan masyarakat dan kumpulan yang memerlukan. Sifat yang kita semua mesti contohi.

CST harap, akan datang lebih ramai bangsa Melayu akan berada dalam senarai ni. CST pun harap CST adalah salah seorang yang bakal tersenarai....hehehehehe...Apa2 pun, jom semua kita berusaha & belajar bersungguh2 untuk mencapai kejayaan dan berjaya dalam semua bidang. Jangan mudah putus asa kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya. bak kata CST Mahasiswa Hebat sentiasa terbaik....... 

#AmanKampus Di Saat Akhir

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia...

Dah lama CST x post pasal #AmanKampus ni. Bukannya CST dah lupakan perjuangan sahabat2 CST, tp CST busy sket dengan tugasan & perjuangan sebagai Mahasiswa. Apa2 pun, CST sentiasa bersama Mahasiswa #AmanKampus dan Mahasiswa di Malaysia ini demi keharmonian semua.

CST terkejut btol bila blog brader jai cakap #AmanKampus kena suap....Jom kita Cakna apa yang Mahasiswa2 ni kena suap yerk. baca taw blog brader jai ni...

Meriahkan tengok #AmanKampus ni. Sentiasa di hati masyarakat & bukannya menyakitkan hati masyarakat. siapa la gerangan Mahasiswa yang menyakitkan hati masyarakat tu kan....Adam Adli?? Safwan Anang?? Shukri Razab?? @ #AmanKampus??

  Mahasiswa bersenam untuk jaga kesihatan

 Sungguh meriah disambut orang kampung




Nak tengok banyak lg, tengok2 la blog bader jai ok...sebab skrang ni sedang berlangsungnya Pentas Anak Muda di Sungai Besar.

CST doakan #AmanKampus berjaya samapai ke hari terakhir dan berterusan dengan gerakan Mahasiswa yang prihatin akan masyarakat. Inilah Mahasiswa Hebat yang kita inginkan.....

Saturday 18 February 2012

Kos Sara Hidup Mahasiswa Bertambah!!!

Assalamualaikum, Salam Mahasiswa...

CST kali ni nak share dengan Mahasiswa di Pantai Timur ni terutamanya & tak dilupakan Mahasiswa seluruh Malaysia. CST mula2 terkejut jugak dengan tindakan PM dan KPT yang mempergunakan Mahasiswa dengan tambah kos sara hidup Mahasiswa di IPT zon Tengah, Selatan & Utara. Selamat zon Timur. Gila apa PM kita nak tambah beban Mahasiswa ni. Dah la kos sara hidup Mahasiswa sekarang pun dah tak stabil, ni nak tambah lagi. Memang x patut sungguh....

Jom Kita Cakna apalah yang PM dah buat utk Mahasiswa ni.hmmmmmmm.....

Pada Khamis yang lepas, Menteri KPT ditugaskan untuk merasmikan Kedai Siswa 1 Malaysia di UIAM. Ini bakal menjadikan kos sara hidup Mahasiswa bertambah BAIK kerana mereka memiliki kedai yang mana menjual barangan Buatan Malaysia yang seiring dengan stok2 yang berada di Kedai Rakyat 1 Malaysia..

Kedai Siswa 1 Malaysia ini satu inisiatif kerajaan yang perlu kita sokong yang mana membantu Mahasiswa dalam menguruskan kos hidup di IPT masing2. Jadi selepas ini Mahasiswa akan lebih berjimat & pengurusan kewangan pun akan stabil hingga ke hujung sem sebab CST tahu kebanyakan Mahasiswa di hujung2 sem dah kureng duit poket nye kn. 

Setakat ini terdapat 5 buah universiti yang mendapat kemudahan Kedai Siswa 1 Malaysia ini iaitu UIAM, UiTM, UUM, UTeM & UTHM. IPT zon Timur bila plak??? katanya Menteri KPT semasa perasmian Kedai Siswa 1 Malaysia di UIAM bahawa " 8 buah Kedai Siswa 1 Malaysia akan dibuka dalam masa terdekat dan melibatkan 13 IPT kesemuanya". Alhamdulillah....Ingatkan apa lah tadi....








 Kedai ini bermotokan "Siswa Save" yang mana betul2 boleh menjadikan Mahasiswa berjimat dalam berbelanja. Sayang betul Kerajaan Malaysia pada Mahasiswa kan. Tapi yang CST pelik Mahasiswa ni xpernah nak bersyukur. Kedai Siswa 1 Malaysia ini juga bekerjasama dengan Koperasi Usahawan Siswa (KOSISWA).

Apa2 pun, CST mengucapkan TAHNIAH kepada Kerajaan Malaysia yang sentiasa bersama Mahasiswa dan prihatin akan kebajikan Mahasiswa. Inilah sikap pemimpin dan kepimpinan yang kita mahukan yang Cakna akan segala hal.

Apabila Kerajaan Cakna akan Mahasiswa & prihatin akan Mahasiswa, Ini bakal Melahirkan Mahasiswa Hebat!!!