Perjuangan Belum Selesai

Wednesday, 8 February 2012

[Video] #AmanKampus Di Hati Masyarakat




Ini merupakan kompilasi video selama 2 hari perjalanan jelajah AMAN KAMPUS - Kembara Mahasiswa Bersama Masyarakat beserta petikan misi program ini. Majlis pelancaran bermula di Dataran Putra, Putrajaya dirasmikan oleh YBM Tengku Adnan Tengku Mansor. Konvoi bergerak ke Kuala Pilah, N.Sembilan dan sekarang telah tiba di Ayer Keroh, Melaka.

Walaupun kepenatan, peserta2 merasa seronok dan ceria dengan pelbagai aktiviti bermanfaat yang diisi sepanjang perjalanan 2 hari ini... Nantikan maklumat lanjut oleh di blog oleh blogger2 yang turut serta dalam kembara ini!

CST: Macam nilah baru dikatakan Mahasiswa yang membantu Masyarakat. Bukannya menyusahkan Masyarakat dengan 'BerDemo' di mana2, 'Panjat Pagar'...uishhhh, tak nak la macam tu okay. Jom kita nantikan plak di Melaka apa #AmanKampus ni nak buat...Inilah dikatakan "Mahasiswa Hebat Sentiasa Cakna".

sumber 1peluru

Tuesday, 7 February 2012

#AmanKampus di Negeri Sembilan

Hari kedua 'Kembara Aman Kampus' dimulakan seawal jam 7.00 pagi di mana kumpulan mahasiswa ini melakukan kerja-kerja kebajikan bergotong-royong membersihkan kawasan perkuburan Kampung Mertang.



  Beramah Mesra bersama penduduk Kampung


Kubur Nenek Datin Rosmah Mansur

begitulah jasa Mahasiswa yang kita inginkan. Bukannya mencalarkan nama Mahasiswa dengan sikap Mahasiswa yang tidak bertanggungjawab.

Kini, Kembara Aman Kampus telahpun berada di Ayer Keroh Melaka.

Kepada rakan Mahasiswa, marilah kita semua bersatu dalam membentuk Mahasiswa Hebat yang berjiwa Masyarakat.


Perjalanan #AmanKampus

Jom kita tengok & ushar2 kemana Aman Kampus ini pergi. Kalau datang berdekatan dengan kawasan kita,jom kita join tengok apa Aman Kampus ini buat. Mungkin dapat apa2 input berguna, boleh kita share dengan yang lain.


Laluan Perjalanan Aman Kampus


Sekarang Aman Kampus bergerak dari Tengah ke Selatan. Seterusnya ke Timur. Jom rakan2 di Timur kita bagi sokongan OK. Selepas tu bergerak ke Utara. Gunakan ruang dan peluang ini untuk membentuk Mahasiswa Hebat.


aktiviti yang bakal dijalankan

Jom nantikan mereka di kawasan kita!!!
Jangan Lepaskan peluang bersama #AmanKampus

#Aman Kampus Bermula

Assalamualaikum & Salam Sejahtera, Salam 1 Malaysia...


Hari ni CST nak berkongsi dengan rakan Mahasiswa sekalian bahawa terdapat 1 gerakan Mahasiswa yang diberi nama 'Aman Kampus' kini menjelajah ke seluruh Malaysia bagi mendengar suara Mahasiswa dalam memperjuangkan hak Mahasiswa. 


Siri jelajah ini bermula dengan majlis perasmian di Putrajaya, Presint 9, kemudian ke Taman Tasik Titiwangsa dan seterusnya ke Kuala Pilah.


Dirasmikan oleh Datuk Tengku Adnan Mansor, MP Putrajaya:

Aman Kampus ini membawa banyak persoalan untuk kajian selidik iaitu:

-Permasalahan yang dihadapi oleh anda/masyarakat sekitar
-Apakah janji Kerajaan Persekutuan yang masih tidak selesai?
-Pada pendapat anda,apakah kaedah/cadangan untuk menjadikan
Malaysia lebih maju dan damai?

Inilah masanya Mahasiswa menggunakan kuasa Mahasiswa demi membela nasib rakyat dengan cara yang Aman dan tiada melibatkan kepentingan mana2 pihak. Malah semuanya demi Mahasiswa.




Untuk makluman lebih lanjut, rakan2 Mahasiswa sekalian bolehlah jenguk2 ke laman facebook Aman Kampus atau pun join blog #AmanKampus.

Jom semua rakan2 Mahasiswa kita menyokong tindakan yang baik ini dalam membentuk Mahasiswa HEBAT..

sumber: MU



Saturday, 4 February 2012

Amanat 2012 Menteri Pengajian Tinggi

Amanat tahun baru 2012 Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin pada 26 Januari lalu dengan slogan 'Berfikiran global bertindak lokal' adalah 'tour de force' yang melakarkan wawasan beliau untuk mencetuskan anjakan paradigma dalam arena pengajian tinggi semasa.

Satu agenda utama yang boleh merealisasikan slogan tersebut ialah :

Mewujudkan persekitaran baru kampus iaitu :
  • pemberian autonomi kepada 5 buah universiti tempatan yang melibatkan governans, kewangan, pengurusan sumber manusia dan pengurusan akademik.
  • pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti
  • penubuhan Yayasan Sukarelawan Siswa yang bertujuan untuk membentuk keperibadian yang kukuh dan nilai yang teguh dalam aspek kesukarelawan mehasiswa.
  • Kumpulan Duta Universiti; yang berperanan membantu pembangunan, kemajuan dan transformasi masyarakat dan negara termasuk Transformasi Luar Bandar.
  • Jaminan kebebasan akademik; tertakluk dengan prinsip bahawa setiap kebebasan itu datang bersama satu tanggungjawab yang perlu dilaksanakan dengan sepenuhnya.
  • Tanggungjawab akademik kepada rakan kesepakaran, pelajar dan masyarakat;
  • Integriti dan akauntabiliti dalam autonomi. 

[MB Kedah] Azizan Kaki Pusing


Jom kita tengok link2 CST bagi ni. bukannya apa, CST terharu sungguh dengan MB Kedah ni sebab gara-gara Mahasiswa, dia sudah jadi kaki pusing.

Mula-mula cakap KUIN terima AUKUSiri 1

Sekarang plak cakap ini macam IPTS xikut AUKU Siri 2




Pastu plak cakap nak tentang UMNO-BN Siri 3

Apa ni suma. Datuk Seri Azizan, cukup2 la dok main pusing2. Pening naik Roller Coster ka?? Ka takut xboleh jd MB lg??

CST cadangkan Datuk Seri belilah panadol Actifast k. Baru pening pala 2 ok. xyah nak pusing2 la,nanti pengsan plak sebab xtaw nak jawab apa..

Friday, 3 February 2012

1 - FIKIRKAN !! (Kepala Babi !)

Kalau orang Melayu menyuarakan hak dipanggil RASIS. 
Kaum lain menindas orang Melayu Islam dipanggil kebebasan bersuara

Kenapa??

#Isu Kepala Babi di Masjid


P/S: Babi memang dah takde akal..Yang meletakkan babi dekat Masjid pun sama naik takde akal.

Rasanya kalau diberi pilihan, babi pun tak nak diletakkan kat Masjid tu.