Perjuangan Belum Selesai

Sunday 26 February 2012

Pro-M bertapak di UMP

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia........

CST nak share ngan korang suma yg mana CST maklum bahawa Pro-Mahasiswa (Pro-M) telah mula bertapak di UMP. Mereka ini masih belum membuka baju mereka iaitu menyatakan mereka adalah Pro-M malah gerak kerja mereka seiras gerakan Pro-M. Mungkinkah UMP telah ditakluk oleh Pro-M??? Jom kita Cakna~

Pada hari Jumaat yang lepas iaitu 24/2/2012, para gerakan MASUL, PIMPINAN & UPTA bersama Mahasiswa Sahabat Masjid (SAHAM) UMP dikatakan berkumpul di tempat KAFA Balok, iaitu belakang Masjid Balok, Kuantan, Pahang. Secara kebetulannya, tempat mereka itu adalah antara pusat gerakan parti politik luar iaitu PAS. Mungkin ini adalah secara kebetulan juga kerana kemarahan pihak SAHAM UMP terhadap pengurusan UMP yang menangguhkan program yang bakal diadakan oleh mereka. Mungkinkah ini juga secara kebetulan???

Pada malam Sabtu pula, mereka dikatakan bertemu dengan penasihat PKR iaitu DS Anwar Ibrahim di sekitar kawasan Kuantan, Pahang. Ini juga adalah kebetulan kerana DSAI & YB Nurul Izzah akan berhujah dalam isu 'Penolakan terhadap Lynas' di sekitar Kuantan pada hari Ahad (26/2/2012).

Persoalan CST.....Haruskah Mahasiswa terlibat sama dalam hal yang melibatkan isu parti politik & bukannya hal masyarakat mahupun Mahasiswa??? Adakah Mahasiswa masa kini yakin bahawa PR pasti akan bantu mereka apabila PR menang dalam PRU nanti. Selain itu, CST pelik kerana mengapa DSAI menziarahi Mahasiswa2 Pro-M ini kerana seperti yang kita tahu Pilihanraya Kampus (PRK) hanya dalam lingkungan masa yang ada kini sahaja. Mungkinkah DSAI mahukan Mahasiswa berkempen atas dasar parti politik PR yang beria2 ingin menawan Putrajaya.

CST harap, Mahasiswa Hebat dapat memilih jalan yang benar. Kepada Pro-M UMP, tidak perlu berselindung lagi kerana CST sudah lama tahu akan gerakan 'underground' anda dalam SAHAM. Kembalilah berada di jalan yang benar iaitu pijak berpaksikan Mahasiswa.

Cukuplah utk setakat ini kupasan CST. Kepada Mahasiswa UMP, sila berjaga2 akan gerakan Pro-M ini kerana mereka bakal memporak-porandakan Mahasiswa. Sedarlah semua dari bayangan2 hitam yang kini mendekati kita

9 comments:

  1. Firman Allah bermaksud: Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan. (Surah al-Hujurat, ayat 6)

    ReplyDelete
  2. APE SOURCE CERITA NIE.. SAYA NAK CAKAP SIKIT WALAUPUN SAYA NI TAK PANDAI SANGAT ILMU AGAMA TAPI SAYA TAHU FITNAH TU BERDOSA....

    ReplyDelete
  3. sy pljr ump..xpernh nmpk n xpernh tdgr pun ade gerakan2 bnda alah ni..terdengar PRO M pun sbb ade org post dlm group ckp blog ni fitnah SAHAM...walaupun sy ni jrg sertai program SAHAM..tp tau la diorg tu slalu anjur byk bnda2 bgs..nk mahasiswa dkt ngan agama..jd kpd org luar yg x th ape2 tu spttnye ade rase malu la..bukan ump pun..nk ckp hal dlmn ump..mcm pelik la org luar plak bising2..student sni blur..ape tu PRO M??..so harap mohon maaf la kat presiden saham tu..dia bgs..student junior ramai respect dia..lgpun kami kat sni x de bising2 sal politik lgsg..hjg mggu tgk bola..politik?..xde lgsg..salam..:)

    ReplyDelete
  4. kpd penulis blog yang cerdik pandai...
    dpt dr mna sumber ni??ada bukti??klu stakat tulis je x da bukti x boleh jgk kan..org lain pon ada blog..x payah susah2 nak update blog anda stkat nak menyiarkn benda yang fitnah mcm nie...saya student UMP...klu iapun anda berpihak pd kerajaan,x perlu la mreka2 cerita mcm nie..sbb org mcm anda kerajaan asyik dibenci..jangan ckp guna emosi..fikir dulu..x susahpun nk brfikirkn?krana saya prcaya anda lebih hebat dr MAHASISWA kononnya...kalau betul betul..kalau salah,x perlu la nk mmburukkn cerita..sbb org2 mcm andalah Malaysia kucar kacir..x perlu nak hiraukn mahasiswa...kami tahu apa yang kami lakukn selagi brlndaskn syariat...bertaubatlah selagi masih ada waktu..

    ReplyDelete
  5. fitnah dose satu hal, satu lg lantak mahasiswa lak nak sokong mane!!! ni negare demokrasri .... so bebas berpolitik.... fikiran masing2 .... aku xsuke politik tp aku xsuke kalu mnuding 1pihak je!! think ur self r beb! xpyh nak cakna sgt la hal ni.... cakne la hal sukan ke ape2 lah .. byk lg nak tulis !! tulis pcampaian u,u kt pntai timur ke....folllower pn bru 34..ni nak cri publsiti murahan la ni!

    ReplyDelete
  6. FITNAH satu dosa... SAHAM UMP hanya menyampaikan dakwah2x ISLAM... berusaha menerapkan hukum2x agama dalam diri mahasiswa... jangan kamu memfitnah golongan yang cuba membangkitkan Islam. ada bran tunjuk bukti? tunjuk bukti dulu... lawan depan. jgn lawan belakang. #saya pelajar ump, dan saya tahu#

    ReplyDelete
  7. Mungkin Mungkin Mungkin...itu perkataan yg sering wujud dlm blog post ini.. Jika anda mahasiswa cakna dan KONONNYA Cakna Siswa Timur maka pls berikan fakta benar tp bkn andaian anda sndiri.. Thanks

    ReplyDelete
  8. saya x kisah anda nak sokong mne pun,,,tp xsoh la sampi nak heboh2... camne kalo org 2 sokong umno..ade nk kecoh cam ni???aduiii...
    **muhasabah diri...koreksi diri....=)
    **fight for ISLAM....

    ReplyDelete
  9. tuduh tanpa periksa... besar dosanya.. Allah mendengar doa2 hambaNya yang dianiaya... jangan sampai diorang doa benda tak baik pada sahabat yang buat blog http://caknasiswatimur.blogspot.com nie.... jika tidak di dunia kamu mendapat balasan... di akhirat kamu xkan pernah terlepas... fkir dlu sebelum bertindak.. Allah Maha Mengetahui segala isi hati kalian..

    ReplyDelete