Perjuangan Belum Selesai

Saturday 4 February 2012

Amanat 2012 Menteri Pengajian Tinggi

Amanat tahun baru 2012 Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin pada 26 Januari lalu dengan slogan 'Berfikiran global bertindak lokal' adalah 'tour de force' yang melakarkan wawasan beliau untuk mencetuskan anjakan paradigma dalam arena pengajian tinggi semasa.

Satu agenda utama yang boleh merealisasikan slogan tersebut ialah :

Mewujudkan persekitaran baru kampus iaitu :
  • pemberian autonomi kepada 5 buah universiti tempatan yang melibatkan governans, kewangan, pengurusan sumber manusia dan pengurusan akademik.
  • pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti
  • penubuhan Yayasan Sukarelawan Siswa yang bertujuan untuk membentuk keperibadian yang kukuh dan nilai yang teguh dalam aspek kesukarelawan mehasiswa.
  • Kumpulan Duta Universiti; yang berperanan membantu pembangunan, kemajuan dan transformasi masyarakat dan negara termasuk Transformasi Luar Bandar.
  • Jaminan kebebasan akademik; tertakluk dengan prinsip bahawa setiap kebebasan itu datang bersama satu tanggungjawab yang perlu dilaksanakan dengan sepenuhnya.
  • Tanggungjawab akademik kepada rakan kesepakaran, pelajar dan masyarakat;
  • Integriti dan akauntabiliti dalam autonomi. 

No comments:

Post a Comment