Perjuangan Belum Selesai

Saturday, 14 April 2012

Resolusi #MejaBulatPTPTN

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia...

Pertama skali CST nak minta maaf sebab terlewat post tentang Resolusi #MejaBulatPTPTN yang telah diadakan pada 10 & 11 April yang lepas di Vistana Hotel Kuala Lumpur anjuran Biro IPT Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia. CST turut serta cakna dalam perbincangan ini yang juga melibatkan wakil mahasiswa daripada IPTA dan IPTS, ibu bapa, NGO dan wakil PTPTN. 


Dalam Majlis Penutup Rundingan Meja Bulat PTPTN pembentangan resolusi disampaikan oleh Presiden MPM UTM, Wan Ahmad Hazman bin Wan Daud, yang juga merupakan Jurucakap MPPK. Berikut merupakan resolusi yang dicapai oleh para peserta Rundingan Meja Bulat PTPTN. 

,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,

RESOLUSI RUNDINGAN MEJA BULAT PTPTN

10-11 APRIL 2012
SETELAH BERBINCANG BERHUJAH DAN MENELITI FAKTA-FAKTA YANG ADA SERTA SESI SINDIKET YANG DILAKUKAN BERSAMA-SAMA PTPTN MAKA KAMI AHLI-AHLI MEJA BULAT DENGAN INI SEBULAT SUARA MEMUTUSKAN BAHAWA PTPTN HENDAKLAH DIPERTAHANKAN KEWUJUDANNYA SERTA MENAMBAHBAIK FUNGSINYA BAGI PENJAMIN KELANGSUNGAN AGENDA PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN NEGARA
DARI ITU KAMI BERPENDAPAT 
DARI ASPEK PINJAMAN
1. MEJABULAT MENCADANGKAN BAYARAN PERKHIDMATAN 1% YANG DIKENAKAN KEATAS PEMINJAM PTPTN DIMANSUHKAN 
2. BAGI MENAMPUNG KEPERLUAN KOS PENGURUSAN PTPTN MEJABULAT MENCADANGKAN AGAR KERAJAAN MENYEDIAKAN DANA DIBAWAH PERBELANJAAN MENGURUS TAHUNAN  ATAU MENDAPATKAN TAJAAN DARIPADA GLC DAN SYARIKAT-SYARIKAT UTAMA DALAM NEGARA
3. SKIM INSENTIF PERTUKARAN PINJAMAN KEPADA BIASISWA YANG DI BERIKAN KEPADA PELAJAR CEMERLANG HENDAKLAH DIHENTIKAN ATAU DIKAJI SEMULA MENGGUNAKAN MEKANISMA YANG LEBIH RASIONAL BAGI MEMASTIKAN KEADILAN KEPADA SEMUA PEMINJAM DISAMPING MENGELAKKAN HAKISAN DANA PTPTN YANG BERKONSEPKAN PINJAMAN 
4. KEMUDAHAN PINJAMAN PTPTN JUGA HENDAKLAH DIPANJANGKAN KEPADA PELAJAR-PELAJAR YANG MENYAMBUNG PELAJARAN MEREKA DILUAR NEGARA KHASNYA DI TIMUR TENGAH
5. PINJAMAN BAGI PEMINJAM DARI SABAH DAN SARAWAK UNTUK BELAJAR KE SEMENANJUNG DAN SEBALIKNYA HENDAKLAH MELIPUTI HARGA TIKET PENERBANGAN 2 KALI SETAHUN
DARI ASPEK PEMBAYARAN
6. ROMBAKAN TERHADAP SISTEM BAYARAN BALIK PINJAMAN HENDAKLAH DILAKUKAN DENGAN MENGAMBIL KIRA PERKARA-PERKARA BERIKUT :
(i) BAYARAN PINJAMAN MULA DIBUAT APABILA PEMINJAM TELAH BERKHIDMAT MELEBIHI 6 BULAN ATAU TELAH MEMPUNYAI PENDAPATAN RM3000 KE ATAS YANG MANA TERKEMUDIAN BAGI MENJAMIN TEMPOH KELEGAAN PEMINJAM.
(ii)  KAEDAH BAYARAN BALIK HENDAKLAH DIKAJI SEMULA DENGAN MENGAMBIL KIRA MEKANISMA PEMBAYARAN SEPERTI KWSP DAN LHDN DISAMPING KEMUDAHAN PEMBAYARAN MELALUI SISTEM E-PAYMENT SEDIA ADA.
(iii) INSENTIF PELEPASAN CUKAI DIPERKENALKAN KEPADA MAJIKAN-MAJIKAN YANG BERSEDIA MENJELASKAN BAYARAN PTPTN PEKERJA MEREKA.
(iv) KAEDAH MENYENARAI HITAM PEMINJAM YANG MENYEBABKAN KEBEBASAN PEMINJAM SEPERTI URUSAN KELUAR NEGARA ATAU MEMBUAT LAIN-LAIN PINJAMAN HENDAKLAH DIMANSUHKAN.
DARI SEGI TABUNGAN SSPN
7. KERAJAAN HENDAKLAH MENYALURKAN DANA RM 100 YANG DIPERUNTUKKAN KEPADA MURID-MURID SEKOLAH TERUS KEPADA PTPTN BAGI TUJUAN PEMBUKAAN AKAUN SSPN
DARI ASPEK KOMUNIKASI 
8. PEMINJAM DAN PTPTN HENDAKLAH MELAKSANAKAN UPACARA AKAD UNTUK MEMASTIKAN PEMINJAM SEDAR BAHAWA PINJAMAN PTPTN PERLU DIBAYAR SEMULA
9. PTPTN HENDAKLAH MELAKSANAKAN PROMOSI DAN MENYEBARLUAS SEGALA MAKLUMAT YANG TEPAT KEPADA PEMINJAM DAN MASYARAKAT AGAR KEFAHAMAN TERHADAP FUNGSI DAN KEDUDUKAN PTPTN DAPAT DIFAHAMI
10. PTPTN HENDAKLAH MENGGUNAKAN SECARA MAKSIMA MEDIA BARU AGAR SEGALA AKTIVITI PROMOSI DAN PENYEBARLUAS MAKLUMAT AKAN LEBIH BERKESAN
11. PTPTN PERLU BERSEDIA UNTUK MENYEDIAKAN PINJAMAN BAGI SARA HIDUP SEANDAINYA KERAJAAN MEMUTUSKAN UNTUK MEMBERIKAN PENDIDIKAN PERCUMA DIPERINGKAT PENGAJIAN TINGGI

,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,

Seperti apa yang telah diputuskan dalam rundingan Meja Bulat PTPTN, kita dapat lihat bahawa setiap masalah yang timbul berkaitan Mahasiswa terutamanya melibatkan semua Mahasiswa sama ada menuntut di IPTA/IPTS dapat disetelkan melalui persidangan mahupun rundingan yang tenang dan baik dan keadaan ini lebih berkesan daripada kita yang hanya asyik mahukan berDEMO. Mahasiswa Hebat sentiasa Cakna akan solusi yang terbaik dalam penyelesaian masalah.

Sumber: MU

1 comment:

  1. Kalau tak berDEMO ni..takde sape pun yang peduli nak bincangkan masalah ni..tuntutan ni dah lama dibuat..tapi baru sekarang semua pihak nak memberi komen dan bersuara..itu pun setelah mendapat desakan daripada mahasiswa yang berdemo..Demo ni la yang memberi tekanan kepada kerajaan untuk 'mendengar'..kalau takde demo ni..senyap je..sape pun tak tau kalau kerajaan tak buat ape2..

    jai..demo tidak menjadi masalah..yang menjadi masalah ialah mereka yang mengganggu demo tersebut..dan tidak mahu mendengar suara anak muda..mereka hanya berkhemah di dataran merdeka..walhal beratus malah beribu orang bergelendangan di bawah-bawah jambatan..di perhentian bas..di kaki lima..tiada siapa pun yang amik peduli..

    ReplyDelete