Perjuangan Belum Selesai

Thursday 7 February 2013

The Red Warriors Menyokong Jelajah Anak Malaysia


wartawan FARHAN ADNAN/Foto BRASCO
RABU, 6 February 2013 - Hari ke enam Jelajah Anak Malaysia menjelajah semenanjung Malaysia. 13 destinasi telahpun ditawan oleh jelajah ini. Kini, jelajah anak Malaysia berada Kelantan Darul Naim yang melibatkan 5 kawasan iaitu Tanah Merah, Jeli, Ketereh, Machang dan Bachok. Jelajah tiba di Kelantan pada 5hb dan akan meneruskan perjalan ke Terengganu pada 7hb.
Di Kelantan, telah di bahagikan kepada 3 kumpulan iaitu A, B & C yang akan bersama rakyat Kelantan. Kumpulan B memulakan perjalanannya dari Tanah Merah ke Ketereh. En Hilmi bin Hassan, penyelaras program di bahagian Ketereh menyambut kedatangan jelajah ini.
Destinasi pertama di Ketereh adalah SK Padang Kala, Melor. Di sini, para peserta menjalankan aktiviti motivasi yang melibatkan para pelajar SK Padang Kala. Seterusnya, peserta bergerak ke Kg Muring bergotong-royong membersihkan surau. Lawatan mesra rakyat, KAM1PRIHATIN di Kg Muring dijalankan dengan melawat salah seorang pesakit gout yang kritikal. Pihak jelajah menghulurkan sedikit bantuan kepada keluarga bagi meringankan lagi beban keluarga ini.
Dalam pada itu, jelajah ini juga tidak ketinggalan untuk menjalankan Suara Rakyat yang melibatkan masyarakat Ketereh yang diadakan sekitar kawasan Pasar Ketereh. Maklum balas yang baik diterima oleh peserta jelajah ini semasa menjalankan suara rakyat ini.

Seterusnya, para peserta bergerak ke Hadi Agro Farm bertempat di Kg Tempoyak Kadok. Abdul Hadi  bin Samsudin, Pengarah Urusan ladang ini yang merupakan usahawan muda berkata, "perniagaan adalah satu dunia yang bermasalah". Hal ini kerana, "dalam perniagaan perlukan pengetahuan lebih dari modal untuk berniaga kerana kesabaran serta pengalaman menjadikan kita lebih bersedia utk berniaga" katanya lagi.
Saudara Abdul Hadi merupakan salah seorang bekas Mahasiswa dari Universiti Malaysia Kelantan (UMK) sesi 2011 jurusan pengajian warisan. Walaupun jurusan yang tiada kaitan dengan apa yang diceburinya. Namun kini, dia masih mampu untuk berjaya kerana kesungguhan dan usahanya dalam inginkan kejayaan.

Saudara Mohd Shahar Abdullah, Presiden Aspirasi Malaysia turut memberikan cadangan kepada saudara Abdul Hadi supaya membuka 'homestay' di sekitar kawasan ladangnya kerana keunikan lokasi dan keindahan tempat yang mampu menarik lebih ramai pelancong.

Jelajah bagi kumpulan B diteruskan lagi ke Kg. Badak Mati, Kota Bharu untuk aktiviti Santai Rakyat yang mana menampilkan kumpulan dikir barat. Keunikan lagu dan liriknya yang penuh dengan nasihat menggamitkan lagi kemeriahan di Kg. Badak Mati ini. Kumpulan buskers Suwara juga turut menyampaikan lagunya dalam dialek Kelantan.
Dalam pada itu, kehadiran YB Tan Sri Annuar Musa, Ketua UMNO Ketereh dan Indera Putra Mahayuddin, Kapten Bola Sepak Kelantan memeriahkan lagi malam Santai Rakyat. Sambutan yang luar biasa ini mengumpulkan hampir 300 orang rakyat setempat. Tan Sri Annuar Musa menyatakan bahawa simbolik jelajah anak Malaysia ini sangat jelas di mana bermulanya dari Putrajaya dan berakhir di Putrajaya kerana "Putrajaya lambang pentadbiran, lambang kekuasaan, lambang kemegahan dan lambang keunikan Malaysia" kata Tan Sri Annuar Musa dalam ucapannya di Kg Badak Mati. Tambahan pula. YB Tan Sri memberikan 100 keping tiket percuma perlawanan bola sepak kepada penduduk Kg. Badak Mati untuk  hadir ke stadium menyokong pasukan Kelantan, 'The Red Warriors'.
Nantikan konvoi Jelajah Anak Malaysia ke destinasi anda. Kuala Terengganu dan Kuala Nerus destinasi seterusnya dan jangan lepaskan peluang untuk bersama kami. Foto program boleh dapatkan di www.l3rasc0.blogspot.com dan www.jelajahanakmalaysia.com.

Sumber : MyMahasiswa

No comments:

Post a Comment