Perjuangan Belum Selesai

Thursday, 7 February 2013

The Red Warriors Menyokong Jelajah Anak Malaysia


wartawan FARHAN ADNAN/Foto BRASCO
RABU, 6 February 2013 - Hari ke enam Jelajah Anak Malaysia menjelajah semenanjung Malaysia. 13 destinasi telahpun ditawan oleh jelajah ini. Kini, jelajah anak Malaysia berada Kelantan Darul Naim yang melibatkan 5 kawasan iaitu Tanah Merah, Jeli, Ketereh, Machang dan Bachok. Jelajah tiba di Kelantan pada 5hb dan akan meneruskan perjalan ke Terengganu pada 7hb.
Di Kelantan, telah di bahagikan kepada 3 kumpulan iaitu A, B & C yang akan bersama rakyat Kelantan. Kumpulan B memulakan perjalanannya dari Tanah Merah ke Ketereh. En Hilmi bin Hassan, penyelaras program di bahagian Ketereh menyambut kedatangan jelajah ini.
Destinasi pertama di Ketereh adalah SK Padang Kala, Melor. Di sini, para peserta menjalankan aktiviti motivasi yang melibatkan para pelajar SK Padang Kala. Seterusnya, peserta bergerak ke Kg Muring bergotong-royong membersihkan surau. Lawatan mesra rakyat, KAM1PRIHATIN di Kg Muring dijalankan dengan melawat salah seorang pesakit gout yang kritikal. Pihak jelajah menghulurkan sedikit bantuan kepada keluarga bagi meringankan lagi beban keluarga ini.
Dalam pada itu, jelajah ini juga tidak ketinggalan untuk menjalankan Suara Rakyat yang melibatkan masyarakat Ketereh yang diadakan sekitar kawasan Pasar Ketereh. Maklum balas yang baik diterima oleh peserta jelajah ini semasa menjalankan suara rakyat ini.

Seterusnya, para peserta bergerak ke Hadi Agro Farm bertempat di Kg Tempoyak Kadok. Abdul Hadi  bin Samsudin, Pengarah Urusan ladang ini yang merupakan usahawan muda berkata, "perniagaan adalah satu dunia yang bermasalah". Hal ini kerana, "dalam perniagaan perlukan pengetahuan lebih dari modal untuk berniaga kerana kesabaran serta pengalaman menjadikan kita lebih bersedia utk berniaga" katanya lagi.
Saudara Abdul Hadi merupakan salah seorang bekas Mahasiswa dari Universiti Malaysia Kelantan (UMK) sesi 2011 jurusan pengajian warisan. Walaupun jurusan yang tiada kaitan dengan apa yang diceburinya. Namun kini, dia masih mampu untuk berjaya kerana kesungguhan dan usahanya dalam inginkan kejayaan.

Saudara Mohd Shahar Abdullah, Presiden Aspirasi Malaysia turut memberikan cadangan kepada saudara Abdul Hadi supaya membuka 'homestay' di sekitar kawasan ladangnya kerana keunikan lokasi dan keindahan tempat yang mampu menarik lebih ramai pelancong.

Jelajah bagi kumpulan B diteruskan lagi ke Kg. Badak Mati, Kota Bharu untuk aktiviti Santai Rakyat yang mana menampilkan kumpulan dikir barat. Keunikan lagu dan liriknya yang penuh dengan nasihat menggamitkan lagi kemeriahan di Kg. Badak Mati ini. Kumpulan buskers Suwara juga turut menyampaikan lagunya dalam dialek Kelantan.
Dalam pada itu, kehadiran YB Tan Sri Annuar Musa, Ketua UMNO Ketereh dan Indera Putra Mahayuddin, Kapten Bola Sepak Kelantan memeriahkan lagi malam Santai Rakyat. Sambutan yang luar biasa ini mengumpulkan hampir 300 orang rakyat setempat. Tan Sri Annuar Musa menyatakan bahawa simbolik jelajah anak Malaysia ini sangat jelas di mana bermulanya dari Putrajaya dan berakhir di Putrajaya kerana "Putrajaya lambang pentadbiran, lambang kekuasaan, lambang kemegahan dan lambang keunikan Malaysia" kata Tan Sri Annuar Musa dalam ucapannya di Kg Badak Mati. Tambahan pula. YB Tan Sri memberikan 100 keping tiket percuma perlawanan bola sepak kepada penduduk Kg. Badak Mati untuk  hadir ke stadium menyokong pasukan Kelantan, 'The Red Warriors'.
Nantikan konvoi Jelajah Anak Malaysia ke destinasi anda. Kuala Terengganu dan Kuala Nerus destinasi seterusnya dan jangan lepaskan peluang untuk bersama kami. Foto program boleh dapatkan di www.l3rasc0.blogspot.com dan www.jelajahanakmalaysia.com.

Sumber : MyMahasiswa

Saujana Memikat Hati Jelajah Anak Malaysia


wartawan FARHAN ADNAN/Foto BRASCO

ISNIN, 4 February 2013 - Jelajah Anak Malaysia meneruskan jelajahnya di Kangar, Perlis. Pada hari ini, peserta jelajah menjalankan aktiviti KAM1PRIHATIN yang mana menaburkan bakti dan khidmat kepada penghuni Rumah Seri Kenangan, Kangar, Perlis.

Ketibaan kami disambut baik oleh pihak Jabatan Kebajikan Malaysia diketuai Tuan Manap bin Mahat, pengusaha Rumah Seri Kenangan Kangar. Dalam ucapan beliau, beliau amat gembira dan bersyukur kerana anak muda sedia korbankan masa cutinya untuk berkunjung dan bersama-sama penghuni rumah seri kenangan.

Dalam pada itu, peserta jelajah meluangkan masa yang singkat untuk menyelami kisah-kisah hidup penghuni rumah ini. Embun bt Ismail salah seorang penghuni rumah ini sangat terharu dengan kehadiran para peserta yang sanggup menghabiskan masa dan menggembirakan mereka.


"Kehadiran jelajah ini ke rumah Seri Kenangan adalah satu khidmat bakti anak muda kepada warga emas yang mana mampu memberi semangat serta berkongsi pengalaman hidup" kata saudara Mohd Shahar Abdullah, Presiden Aspirasi Malaysia.

Dalam kesempitan masa yang ada, penghuni rumah ini dihiburkan dgn pelbagai lagu oleh kumpulan buskers jelajah anak Malaysia (Suwara). Bermula dari rumah seri kenangan konvoi jelajah ini bermula untuk meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya iaitu Jerai, Kedah.

Perjalanan konvoi ini mengambil masa selama 2 jam 15 minit. Ketibaan konvoi disambut meriah oleh masyarakat setempat. Seterusnya, aktiviti diteruskan dengan Suara Rakyat yang dilakukan di dua tempat iaitu kumpulan A berada di Kg Keda Sungai Udang, Yan manakala kumpulan B pula berada di SM Agama Yan, Kedah.

Petangnya, diadakan Sukan Rakyat di mana perlawanan bola sepak dan bola jaring dijalankan. Dalam pada itu, konsep jelajah di destinasi ini adalah berfokus kepada Rakyat Service Center (RSC) yang melibatkan pelbagai agensi kerajaan seperti JKM, JPN, SPR dan pelbagai lagi.


Pada malamnya, diadakan Muzikal Rakyat bertempat di sekitar kawasan perhentian bas yang menampilkan kumpulan Nasyid Saujana, band setempat, buskers jelajah anak Malaysia dan lain-lain. Keunikan persembahan menggamitkan lagi kemeriahan Muzikal Rakyat. Nyanyian lagu-lagu nasihat & peringatan dari Saujana serta Latin dari buskers.

SELASA, 5 Februari 2013 - Jerai, Kedah. Rakyat Cergas menjadi pilihan di awal pagi hari ini untuk menjadikan rakyat sentiasa sihat dan mengamalkan kehidupan yang sihat. Selain daripada itu, telah diadakan juga sesi dialog bersama YB Datuk Dr Ku Rahman, Adun Guar Cempedak. Dalam ucapannya, beliau menyatakan bahawa "Yang membangunkan Negara adalah modal insan, sebagai contoh Negara Taiwan".

Sebagai simbolik penutup program jelajah ini di Jerai, YB Datuk Dr Ku Rahman telah melepaskan konvoi Jelajah Anak Malaysia untuk berlepas ke Tanah Merah, Kelantan bagi destinasi seterusnya. Perjalanan yang mengambil masa selama lebih 6 jam ini sangat-sangat mencabar dan memerlukan kesefahaman dalam konvoi kerana perjalanan ini mengumpulkan kembali kesemua kumpulan dari Route AB dan juga Route CD.



Konvoi meneruskan perjalanan ke Tanah Merah melalui Baling, Kedah dan seterusnya Gerik dan Kelantan. Konvoi tiba di Kelantan jam 9.30 pm di Tanah Merah.

Nantikan konvoi Jelajah Anak Malaysia ke destinasi anda. Tanah Merah, Jeli, Ketereh, Machang, Bachok destinasi seterusnya dan jangan lepaskan peluang untuk bersama kami. Foto program boleh dapatkan di www.l3rasc0.blogspot.com dan www.jelajahanakmalaysia.com.
 
Sumber: MyMahasiswa

Sunday, 3 February 2013

#JelajahAnakMalaysia Tawan Teluk Intan

Oleh : Wartawan FARHAN ADNAN/Foto BRASCO

Jumaat, 1 Februari 2013 - Jelajah Anak Malaysia memulakan jelajahnya bermula dari Kem Bina Negara Tanjung Rhu, Sepang.

Jelajah yang disertai oleh 180 orang belia dan mahasiswa ini melibatkan 28 buah kereta serta 4 biji bas menuju ke lokasi pertama iaitu ke Teluk Intan

Perjalanan kami berjalan lancar dengan bantuan daripada pihak PDRM dari Bukit Aman

Jelajah ini  dibahagikan kepada 4 kumpulan iaitu Kumpulan A, B, C dan D.Kumpulan-kumpulan ini dipecahkan kepada  2 pergerakan dimana Kumpulan A & B bergerak ke Teluk Intan, Perak manakala Kumpulan C & D bergerak ke Gopeng, Perak.Saya diberi tugas mengikuti kumpulan A dan B.


Di Teluk Intan, konvoi tiba pada jam 12.00 pm dan disambut oleh masyarakat Teluk Intan yang diketuai oleh Tn. Haji Ayub Mohamad,Timbalan Presiden Mimbar Permuafakatan IbuBapa (MAPIM) Kebangsaan.NGO ini bertanggungjawab menguruskan pergerakan jelajah kami di Teluk Intan.

Selesai solat Jumaat,para peserta bergerak ke sekitar Menara Condong dan Giant, Teluk Intan bagi menjalankan soal selidik bertemakan Suara Rakyat untuk mendapatkan maklumbalas tentang keberkesanan program Transformasi Negara yang dipelopori oleh YAB Perdana Menteri.Alhamdulillah,penduduk disini memberikan kerjasama yang baik.

Pada sebelah petang,para peserta menjalankan aktiviti #KAM1PRIHATIN dengan menjalankan aktiviti gotong-royong membersihkan serta mengecat balai raya & surau Taufiqiah, Kg Padang Tembak.Menurut pengerusi Jelajah,saudara Shahar Abdullah aktiviti ini diadakan bagi merapatkan hubungan antara peserta jelajah dengan masyarakat setempat.Ya saya akui ianya benar.Walaupun sumbangan yang diberikan kami tidaklah seberapa namun masyarakat Kg Padang Tembak amat gembira dengan kehadiran kami.

Seterusnya, para peserta bersama masyarakat Teluk Intan mengadakan aktiviti mesra rakyat iaitu beriadah bersama dibawah tema Sukan Rakyat.Aktiviti ini melibatkan perlawanan futsal bagi peserta perempuan dan pertandingan bola sepak bagi peserta lelaki yang mana masing-masing akan berlawan dengan kumpulan pilihan dari kawasan Teluk Intan. Perlawanan ysengit ini berpihak kepada tuan rumah dengan kemenangan 4-1 ke atas pemain dari Jelajah Anak Malaysia.

Dalam pada itu, kumpulan Suara iaitu busker yang mengikuti jelajah kami  turut mengadakan persembahan terbuka di Medan Selera Teluk Intan. Persembahan ini telah menarik minat masyarakat Teluk Intan dengan kepelbagaian lagu yang disampaikan untuk menghiburkan masyarakat setempat. Selain itu, tabung 'Save GAZA' juga berjalan untuk mengutip sejumlah wang sumbangan ikhlas dari masyarakat Teluk Intan di atas keprihatinan mereka terhadap nasib rakyat di GAZA. Apa yang menariknya buskers ini akan mengikuti jelajah ini sehingga tamat jelajah fasa 1 ini.


Bagi saya ini merupakan satu kelainan yang cuba ditonjolkan dalam siri jelajah ini dimana ia memberi peluang kepada golongan pemuzik jalanan mengembangkan potensi mereka serta mempromosi 'jenama' disamping mendekatkan diri dengan masyarakat kerana tanggungjawab mendekati masyarakat bukan sahaja terletak dibahu mahasiswa.Apabila saya aju soalan kepada Shahar tentang penglibatan buskers ini jawapannya cukup mudah.'Saya ingin semua pihak dekat dengan masyarakat'.

Pada malamnya pula, telah diadakan 'Muzikal Rakyat Puisi Kemanusiaan & Keamanan Tangisan GAZA' bertempat di Dataran Menara Condong. Program ini juga telah menampilkan bakat-bakat anak tempatan melalui penyampaian syair, deklamasi sajak & pelbagai lagi berpandukan kepada "Save GAZA'. Hal ini membuktikan bahawa masyarakat Teluk Intan sentiasa ambil tahu & serius akan kejadian yang menimpa nasib rakyat di GAZA. Majlis ini telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Tuan Haji Zainal Abidin Osman Amin, Pegawai Pelajaran Daerah Hilir Perak

Perjalanan kami bersambung ke Sungai Siput untuk hari kedua dan akan saya muatkan didalam laporan khas ini.Foto sepanjang jelajah boleh rujuk di l3rasc0.blogspot.com.Follow @JTransformasi untuk 'live' update.
 
 
Sumber: MyMahasiswa