Perjuangan Belum Selesai

Monday 24 September 2012

APA SUDAH JADI???

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia


CST sangat-sangat tidak sangka perkara ini juga berlaku di UMP. CST ingatkan hanya di Universiti yang terkenal seperti UM sahaja berlaku, malah di UMP juga berlaku. CST baru sahaja selesai menulis post untuk mempromosikan Perdebatan antara Mantan YDP MPP VS CLON UMUM MPP 12/13 Saudara ABDUL NA'EM B SUHAIME. Namun......


Apabila CST secara tidak sengaja melihat fb kedua-dua panel ini,CST terlihat sesuatu yang menarik iaitu " Perdebatan Yang Ingin Dijalankan Dipaksa & Ditetapkan Tanpa Persetujuan Individu yang Dicabarnya". Memang benarlah sang Mantan ini GILA KUASA hinggakan dia dengan EGONYA menetapkan TARIKH & MASA sesuka hati. Ini bermakna, kehancuran MPP yang lepas telah jelas kita nampak oleh SANG PENGUASA MANTAN YDP MPP.


Moh kita Cakna wahai Mahasiswa Hebat.......

Sungguh cantik Poster yang dikeluarkan


 Di sini, bermulalah penceritaan yang CST nak share dengan teman-teman CST sekalian




Dan ini pula Kenyataan Kepada Sang Mantan yang GILA KUASA
 
 

Kepada Mahasiswa sekalian, anda nilailah sendiri apa akan terjadi apabila anak didik Sang Mantan ini iaitu Calon UMUM yang sangat Bongkak Saudari NURI 'ADILAH. Kepada Mahasiswa sekalian, jangan hanya kerana Burung Nuri ini, anda menjadi mangsa keadaan.

MAHASISWA HEBAT SENTIASA MELIHAT

Sunday 23 September 2012

UMP & PRK

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia


Seperti yang telah semua maklum bahawa kini semua kampus IPTA tengah PANAS dengan sesi Pilihanraya Kampus untuk memilih siapa yang akan mewakili Mahasiswa & akan membawa suara Mahasiswa ke Pihak Atasan.


5 buah Kampus telahpun selesai menjalankan tanggungjawab memilih pemimpin pelajar. Kampus yang terlibat adalah UTeM, UTHM, UniMAP, UiTM & UniSZA. Hal ini telah menunjukkan bahawa Mahasiswa yakin akan kepentingan PRK ini. 


Kini, 16 buah IPTA pula baru sahaja menyelesaikan Penamaan Calon & akan mengundi pada 25/9/2012 bersamaan Selasa. Seperti biasa, UMP yang sentiasa menjadi pilihan post CST turut menjalankan penamaan calon. Keputusan penuh semasa di UMP adalah 14 calon untuk kerusi Umum & 13 calon Fakulti yang dipertandingkan. 10 calon kerusi fakulti menang tanpa bertanding.


Bermulanya sesi perkenalan diri dan berkempen pada malam tadi yg sangat panas dengan calon2 yang berketrampilan. Sama-samalah kita nantikan kehangatan PRK UMP ini. CST terlihat post dari UMP KINI tentang "Adakah UMP Telah Menerima ASPIRASI" http://umpkini.blogspot.com/2012/09/adakah-ump-telah-menerima-aspirasi.html


Jikalau benar UMP menerima ASPIRASI, siapakah ASPIRASI yang dimaksudkan. Bolehlah CST berkenalan untuk mudah CST dapatkan info lagi. Dalam keadaan sekarang juga, moh kita renungkan kembali apakah mantan YDP MPP 11/12 sudah laksanakan untuk Mahasiswa. Kita lihat Manifestonya, kita sama-sama nilaikan OK.

"YOUR WELFARE IS MY PRIORITY"

Adakah welfare yang beliau jadikan manifesto diketengahkan untuk anda semua? atau hanya demonstrasi untuk mendesak yang dilaksanakan? Sama-samalah kita menilai demi masa depan Mahasiswa untuk Pembangunan Mahasiswa dalam meraih kejayaan dalam Kepimpinan mahupun Masa Depan.


Antara Welfare yang dijalankan, DEMO GERAM, DEMO GEMPAK & Macam-macam lagi DEMO la. Inikah yang Mahasiswa inginkan????? Pemimpin mcm inikah yang perlu kita ikuti??? Jikalau beliau Pemimpin yang berjaya,kenapakah di kerusi fakultinya sendiri tiada wakil. Ini menunjukkan beliau adalah Pemimpin yang pentigkan diri sendiri & hanya mengikut apa yang disuruh. Inilah Pemimpin anda wahai Mahasiswa UMP yang dikatakan hebat dalam BERDEMONSTRASI!!!

Thursday 20 September 2012

CST DIFITNAH PRO-M UMP

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia


CST tidak tahu apa yang CST ingin lakukan apabila pihak yang menjadikan agama sebagai asas perjuangannya menfitnah CST. Ini adalah berkaitan dengan PRO-M UMP iaitu SAHAM UMP yang mana menyatakan CST sentiasa mencari kesalahan pihak SAHAM & ingin memecah belahkan Mahasiswa UMP.

Keadaan ini berlaku apabila CST membongkar kewujudan SAHAM yang mana dikatakan persatuan Mahasiswa kerana membuka keahlian kepada Mahasiswa Baharu. Hal ini sangat-sangat tidak relevan kerana bagi CST, Persatuan yang TIDAK BERDAFTAR tidak seharusnya wujud di UMP kerana persatuan sebegini semestinya mempunyai agenda tersembunyi. Apa agenda tersembunyi itu???


Untuk makluman rakan-rakan Mahasiswa sekalian, SAHAM adalah sebuah persatuan yang berpaksikan kepada Islam dalam perjuangannya & dikatakan sebagai bidang dakwah untuk memartabatkan Agama Islam itu sendiri. Malah, mereka ini menyalah gunakan kuasa yang ada dan sesuka hati melakukan aktiviti yang sealiran dengan parti Politik PAS. Bukan itu sahaja, mereka-mereka ini juga pernah membuang ahli yang menyokong kerajaan dalam organisasi kerana tidak sealiran. Klik SINI & SINI.


Tambahan lagi, mereka inilah yang selama ini menjadi tampuk kepimpinan Mahasiswa yang sentiasa memalukan Mahasiswa UMP itu sendiri. Jikalau anda tidak percaya, anda jadilah wakil UMP ke program yang mengumpulkan semua IPT yang lain. Sudah pasti mereka akan menyatakan anda adalah orang PEMBANGKANG. Jikalau anda inginkan perubahan dan inginkan UMP dalam kesejahteraan, nilailah sebaiknya wahai sahabat-sahabat CST sekalian.

 
Kepada Mahasiswa Baharu UMP, buatlah pilihan yang bijak untuk masa hadapan anda untuk berada di UMP. Andalah yang akan menerima musibah jikalau anda masih tidak tahu akan mana benar & mana salah. CST Prihatin akan anda.


 P/S :Nantikan Demonstrasi dari Pihak SAHAM yang akan menentang Pilihanraya Kampus UMP yang akan PANAS bermula esok. Lihatlah sendiri wahai Mahasiswa......


MAHASISWA HEBAT MAMPU MENILAI 

Wednesday 19 September 2012

MOHON JHEPA UMP PRIHATIN!!!

CST tidak sangka akan sebuah kumpulan bayangan PRO M di UMP iaitu SAHAM bertindak Kejam terhadap Mahasiswa Baharu. Betul ke APA CST khabarkan ni? CST nak FITNAH lagi ke? Moh sini teman-teman CST sekalian, CST nak cerita benda baaaaagus punya....


Untuk makluman semua, Sahabat Masjid atau lebih dikenali sebagai SAHAM yang juga merupakan bayangan PRO M UMP adalah satu pertubuhan Mahasiswa yang TIDAK PERNAH BERDAFTAR di peringkat Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni (JHEPA) UMP. Kalau anda tidak percaya, anda boleh semak sendiri di JHEPA untuk dapatkan detail OK. (Kalau malas, tanya je barisan kepimpinan SAHAM UMP). Atas sebab tidak berhati perut inilah menjadikan CST tidak teragak-agak untuk mengeluarkan post ini kerana CST Prihatin & Cakna akan nasib Mahasiswa UMP. Terutamanya Mahasiswa Baharu.


Keadaan ini juga telah menjadikan peluang kepada persatuan/kelab yang telahpun berdaftar di bawah JHEPA tidak berpeluang menerima ahli baru kerana sikap kejam yang sentiasa diamalkan oleh SAHAM UMP ini. Anda nilailah sendiri jika anda katakan CST hanya mereka cerita OK.


 


 Inilah bahan-bahan yang diedarkan semasa hari terbuka kelab/persatuan di UMP pada malam tadi (18/9/2012).

Esok dimaklumkan akan diadakan juga hari tebuka Kelab/Persatuan di UMP kampus Pekan. CST berharap Mahasiswa di Pekan dapat bertanya sendiri kepada mereka-mereka yang menjaga booth SAHAM tentang kebenaran cerita CST ini OK.


P/S: 1) Kepada pihak JHEPA UMP mahupun pihak-pihak yang bertanggungjawab, CST mohon untuk ambil tindakan SEGERA terhadap individu-individu yang terlibat OK. 

       2) Kepada Mahasiswa Baharu UMP, Jangan terpedaya dengan tipu helah insan yang bertindak kejam terhadap diri anda.

***Nantikan pula gambar-gambar dari CST.

MAHASISWA HEBAT SENTIASA CAKNA

Tuesday 18 September 2012

UNISZA & PRK

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia

Kini, seluruh IPT panas dengan Pilihanraya Kampus (PRK) untuk memilih pimpinan baharu Mahasiswa yang akan membawa suara Mahasiswa kepada saluran yang benar. Ingin tahu keadaan PRK UNISZA, jom Klik SINI. Mesti like ok.







Bekas YDP MPP UMP Dibelasah

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia

Jom kita cakna akan suatu kisah yang sangat bagus untuk sama-sama kita menilainya iaitu Bekas YDP MPP UMP beranggapan dirinya adalah Aktivis Mahasiswa. CST ketawa sendirian apabila beliau menggelarkan dirinya Aktivis Mahasiswa kerana CST maklum beliau adalah seorang YDP yang merosakkan lagi Mahasiswa bukannya memajukan Mahasiswa.

Moh kita cakna akan 'statement' beliau ini berkenaan kehadiran Dato' Siti Nurhaliza ke UMP....

Klik SINI

dan ini jawapan kepada beliau oleh salah seorang Mahasiswa yang cakna akan Mahasiswa & layak digelar Aktivis Mahasiswa.

Klik SINI


Kepada Mahasiswa Hebat sekalian, anda pasti dapat menilai apa yang terbaik untuk Mahasiswa. CST berharap agar pimpinan baharu MPP UMP akan datang menjadi pimpinan yang mampu mencorakkan Mahasiswa ke arah kemajuan & kecemerlangan.