Perjuangan Belum Selesai

Showing posts with label #JelajahAnakMalaysia. Show all posts
Showing posts with label #JelajahAnakMalaysia. Show all posts

Sunday, 3 February 2013

#JelajahAnakMalaysia Tawan Teluk Intan

Oleh : Wartawan FARHAN ADNAN/Foto BRASCO

Jumaat, 1 Februari 2013 - Jelajah Anak Malaysia memulakan jelajahnya bermula dari Kem Bina Negara Tanjung Rhu, Sepang.

Jelajah yang disertai oleh 180 orang belia dan mahasiswa ini melibatkan 28 buah kereta serta 4 biji bas menuju ke lokasi pertama iaitu ke Teluk Intan

Perjalanan kami berjalan lancar dengan bantuan daripada pihak PDRM dari Bukit Aman

Jelajah ini  dibahagikan kepada 4 kumpulan iaitu Kumpulan A, B, C dan D.Kumpulan-kumpulan ini dipecahkan kepada  2 pergerakan dimana Kumpulan A & B bergerak ke Teluk Intan, Perak manakala Kumpulan C & D bergerak ke Gopeng, Perak.Saya diberi tugas mengikuti kumpulan A dan B.


Di Teluk Intan, konvoi tiba pada jam 12.00 pm dan disambut oleh masyarakat Teluk Intan yang diketuai oleh Tn. Haji Ayub Mohamad,Timbalan Presiden Mimbar Permuafakatan IbuBapa (MAPIM) Kebangsaan.NGO ini bertanggungjawab menguruskan pergerakan jelajah kami di Teluk Intan.

Selesai solat Jumaat,para peserta bergerak ke sekitar Menara Condong dan Giant, Teluk Intan bagi menjalankan soal selidik bertemakan Suara Rakyat untuk mendapatkan maklumbalas tentang keberkesanan program Transformasi Negara yang dipelopori oleh YAB Perdana Menteri.Alhamdulillah,penduduk disini memberikan kerjasama yang baik.

Pada sebelah petang,para peserta menjalankan aktiviti #KAM1PRIHATIN dengan menjalankan aktiviti gotong-royong membersihkan serta mengecat balai raya & surau Taufiqiah, Kg Padang Tembak.Menurut pengerusi Jelajah,saudara Shahar Abdullah aktiviti ini diadakan bagi merapatkan hubungan antara peserta jelajah dengan masyarakat setempat.Ya saya akui ianya benar.Walaupun sumbangan yang diberikan kami tidaklah seberapa namun masyarakat Kg Padang Tembak amat gembira dengan kehadiran kami.

Seterusnya, para peserta bersama masyarakat Teluk Intan mengadakan aktiviti mesra rakyat iaitu beriadah bersama dibawah tema Sukan Rakyat.Aktiviti ini melibatkan perlawanan futsal bagi peserta perempuan dan pertandingan bola sepak bagi peserta lelaki yang mana masing-masing akan berlawan dengan kumpulan pilihan dari kawasan Teluk Intan. Perlawanan ysengit ini berpihak kepada tuan rumah dengan kemenangan 4-1 ke atas pemain dari Jelajah Anak Malaysia.

Dalam pada itu, kumpulan Suara iaitu busker yang mengikuti jelajah kami  turut mengadakan persembahan terbuka di Medan Selera Teluk Intan. Persembahan ini telah menarik minat masyarakat Teluk Intan dengan kepelbagaian lagu yang disampaikan untuk menghiburkan masyarakat setempat. Selain itu, tabung 'Save GAZA' juga berjalan untuk mengutip sejumlah wang sumbangan ikhlas dari masyarakat Teluk Intan di atas keprihatinan mereka terhadap nasib rakyat di GAZA. Apa yang menariknya buskers ini akan mengikuti jelajah ini sehingga tamat jelajah fasa 1 ini.


Bagi saya ini merupakan satu kelainan yang cuba ditonjolkan dalam siri jelajah ini dimana ia memberi peluang kepada golongan pemuzik jalanan mengembangkan potensi mereka serta mempromosi 'jenama' disamping mendekatkan diri dengan masyarakat kerana tanggungjawab mendekati masyarakat bukan sahaja terletak dibahu mahasiswa.Apabila saya aju soalan kepada Shahar tentang penglibatan buskers ini jawapannya cukup mudah.'Saya ingin semua pihak dekat dengan masyarakat'.

Pada malamnya pula, telah diadakan 'Muzikal Rakyat Puisi Kemanusiaan & Keamanan Tangisan GAZA' bertempat di Dataran Menara Condong. Program ini juga telah menampilkan bakat-bakat anak tempatan melalui penyampaian syair, deklamasi sajak & pelbagai lagi berpandukan kepada "Save GAZA'. Hal ini membuktikan bahawa masyarakat Teluk Intan sentiasa ambil tahu & serius akan kejadian yang menimpa nasib rakyat di GAZA. Majlis ini telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Tuan Haji Zainal Abidin Osman Amin, Pegawai Pelajaran Daerah Hilir Perak

Perjalanan kami bersambung ke Sungai Siput untuk hari kedua dan akan saya muatkan didalam laporan khas ini.Foto sepanjang jelajah boleh rujuk di l3rasc0.blogspot.com.Follow @JTransformasi untuk 'live' update.
 
 
Sumber: MyMahasiswa

Thursday, 31 January 2013

#JelajahAnakMalaysia Bersama Masyarakat

Kini, bermulalah #JelajahAnakMalaysia yang mana melibatkan Mahasiswa dari pelbagai IPT yang prihatin akan masyarakat & sanggup mengorbankan masa cutinya demi masyarakat. #JelajahAnakMalaysia ini bermula pada 1-16 Februari 2013 yang melibatkan negeri-negeri di Semenanjung Malaysia, 25 - 3 Mac 2013 di Sarawak, 5 - 13 Mac 2013 di Sabah & berakhir dengan Perhimpunan Anak Malaysia pada 16 Mac 2013. Program #JelajahAnakMalaysia kali ini bertemakan "TRANSFORMASI RAKYAT" yang terdiri daripada 11 kategori aktiviti  & berfokuskan kepada Pusat Perkhidmatan Rakyat (Rakyat Service Centre).
 
Presiden Persatuan Alumni Pemimpin Mahasiswa Aspirasi Malaysia (Aspirasi), Mohd. Shahar Abdullah berkata, program yang mendapat sokongan daripada 46 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu turut menawarkan 11 program yang menarik golongan muda terutama program Rakyat Service Centre.

"Di dalam aktiviti ini (Rakyat Service Centre) kita telah berjaya mengumpul sebanyak 16 agensi untuk membuka kaunter perkhidmatan dan sembilan agensi untuk membuat pameran," katanya semasa Sidang Media #JelajahAnakMalaysia yang telah diadakan di Bilik Seminar Kelab Sultan Sulaiman.
 
 
Dalam pada itu, Saudara Hafiz Ariffin, Pengerusi MPPK merangkap jurucakap MPPK berkata "Mahasiswa terkenal dengan idealisme mahasiswa dan kita tidak mahu idealisme itu pergi terlampau idealist tanpa ada pengalaman secara hands on sendiri"
"Program ini akan membantu bagaimana idealisme itu diterjemahkan dalam bentuk yang lebih praktikal" katanya.

#JelajahAnakMalaysia ini juga telah dirasmikan oleh YB Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Ahli Parlimen Putrajaya bertempat di SMK Presint 8, Putrajaya pada 30 Januari 2013. Dalam ucapannya, beliau mengingatkan mahasiswa supaya "Memelihara perpaduan yang menjadi tonggak perpaduan Malaysia selama ini".

 

#JelajahAnakMalaysia ini juga turut melawat Wad Pediatrik di Hospital Putrajaya dengan kerjasama Majlis Belia Putrajaya.