Perjuangan Belum Selesai

Wednesday 28 March 2012

UMT & Keselamatan

Assalamualaikum & Salam Sejahtera..

CST kali ini ke Terengganu pulak OK. Sebelum ni di Pahang dan Sekarang di Terengganu. IPT mana la pulak yang CST nak Cakna ni kan. Jom kita tengok tentang UMT & Keselamatan yang mana baru-baru ini Kepimpinan MPP UMT telah menyelesaikan 4 Isu berkaitan Keselamatan di UMT dan kenyataan ini adalah hasil perbincangan dengan pengurusan UMT.

Isu keselamatan yang menjadi tumpuan MPP UMT ini adalah berkaitan:

1) ISU LALUAN MOTORSIKAL DI PAGAR UTAMA UMT
2) ISU SAMAN PARKING DI FAKULTI
3) ISU STICKER KENDERAAN
4) ISU PARKING BERPUSAT

Tahniah buat MPP UMT kerana sentiasa Cakna akan Keselamatan Mahasiswa dan memang bertepatanlah dengan moto anda iaitu "PENCETUS PERUBAHAN KE ARAH KEGEMILANGAN". Pemimpin yang mementingkan kebajikan Mahasiswa serta Amanah dalam menjalankan tanggungjawab & tidak pernah jemu bertindak demi Mahasiswa akan sentiasa menemui jalan penyelesaian dengan cara yang Hebat.

CST bangga dengan Mahasiswa Hebat yang ada di Zon Timur ini kerana anda semualah Malaysia akan Maju dengan corak kepimpinan yang Adil & Telus. Semoga Mahasiswa Hebat terus lahir di Zon Timur ini.

Sumber dari MPPUMT

"CEPAT * SEGERA * TEPAT"

GEMPAK UMP Nak Air

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia...

CST sangat teruja untuk berkongsi dengan Mahasiswa sekalian berkenaan sebuah IPT yang sangat Hebat di Zon Timur iaitu Universiti Malaysia Pahang. Kenapa CST labelkan Hebat kerana Mahasiswanya yang memang Hebat dalam berkata-kata dan Hebat dalam menentang tindakan CST yang mana sering post cerita tentang perihal UMP.

CST sangat kagum dan bangga kerana CST dikatakan Mahasiswa UMP disebabkan selalu mainkan perihal masalah di dalam UMP dan kurang pasal IPT lain. (Nanti CST cerita pasal IPT lain sama OK Mahasiswa Hebat). CST bukannya nak berceloteh panjang tentang bukan-bukan, tapi CST nak kongsi dengan teman-teman Mahasiswa yang CST kasihi iaitu tentang Masalah Air di UMP yang sudah lama berlarutan hinggakan adanya gerakan yang Hebat dari Mahasiswa UMP iaitu "GEMPAK". Memang sangat GEMPAK namanya iaitu Gerakan Mahasiswa Penggesa Air Kampus. Wahhhh..memang GEMPAK lah UMP.

Ini adalah kenyataan media YDP MPP UMP 11/12 iaitu Saudara Fazli Abd Halim. Jom kita Cakna OK....

Klik Untuk Lebih Jelas

 Inilah YDP UMP 11/12

CST sangat teruja dan ketawa sendirian apabila membaca kenyataan akhbar YDP MPP UMP ini kerana inikah dikatakan Mahasiswa yang mengambil jurusan Jurutera @ Engineering. Semuanya inginkan dalam kadar segera dan anda sebagai Engineer, anda semestinya belajar macam mana sesuatu projek itu dilaksanakan dan tempoh masa yang diperlukan untuk melaksanakan dengan mengkaji faktor-faktor persekitaran yang perlu seperti keadaan tanah, jarak dan macam-macam la. CST tak pandai sebab CST bukannya bakal Engineer pun kan. (walaupun menjadi Mahasiswa UMP dalam tidak sedar).

CST kagum dengan inisiatif ini kerana inginkan kemajuan untuk Mahasiswa UMP dan menjaga kebajikan Mahasiswa UMP itu sendiri. Semoga GEMPAK akan terus GEMPAK air-air yang ada untuk mengalir ke UMP Kampus Pekan dengan segera kerana itulah Engineer yang Hebat. UMP Kampus Pekan bermulanya operasi pada 2010 kalau CST tak salah la.

Masalah ini semestinya mendapat perhatian YAB PM Dato' Sri Najib Bin Tun Abd Razak yang merupakan Ahli Parlimen Pekan kerana semestinya YAB PM inginkan yang terbaik untuk rakyatnya terutama dari kawasan Parlimen beliau. Insya-Allah YAB PM bersama rakyat seperti tema Transformasi YAB PM "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan". 1 Malaysia ok UMP. Kerana YAB PM lah UMP Kampus Pekan ada.

CST doakan semoga UMP Kampus Pekan akan mendapat air dalam masa terdekat ini. Mahasiswa Hebat sentiasa inginkan yang terbaik dengan cara yang Hebat. Bukannya dengan BerDEMO OK!!!  

CST TOLAK DEMO!!!

Tuesday 27 March 2012

Jom Bermuhasabah Sebentar

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia...

Kepada teman-teman Mahasiswa sekalian, CST kali ni nak share somthing lain daripada yang lain. Benda ni pun untuk pengetahuan kita semua sebagai Umat Islam dan juga aktiviti yang Wajib kita laksanakan setiap hari iaitu Amal Ibadah kita kepada yang ESA dengan menunaikan Solat. Mungkin kita semua tidak pernah tinggalkan Solat, namun adakah kita menyelami & memahami setiap makna setiap bacaan kita dalam Solat???

Di sini CST nak share ngan Mahasiswa sekalian Maksud setiap perlakuan kita dalam Solat. Jom kita Cakna.


Best dan mudah kan untuk kita memahami maksud setiap pergerakan dan bacaan kita dalam Solat. CST sentiasa mencari sesuatu yang mudah untuk Mahasiswa memahami dalam membentuk Mahasiswa Hebat. Bukan sahaja dalam perihal Politik Mahasiswa mahupun Politik Malaysia, tapi perihal kita sebagai Umat Islam yang sujud pada Yang 1, BerIman pada Yang 1 dan Agama Yang 1. Semua demi Islam dan masa depan Islam.

Jikalau kita sendiri tidak menilai sesuatu itu dengan baik dan asyik menyembunyikan kebenaran dan menyebarkan kemungkaran, semestinya Islam yang Indah ini akan hilang keindahannya oleh kerana Insan-Insan yang mempergunakan Islam dalam perjuangannya untuk menutup kesalahan peribadi & untuk kepentingan peribadi. Sama-samalah kita bermuhasabah.


Selamat Beramal & Menunaikan Ibadah yang merupakan salah satu dari Rukun Islam...

Monday 26 March 2012

PMI UTM Tersedak

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia...

Jom kita cakna pasal PMI UTM plak. Sama je dengan SAHAM UMP sebelum ini yang mana kedua-duanya beralaskan ISLAM dalam perjuangan sebagai 'Play Safe' punya keadaan. Sebelum ini CST dikatakan Fitnah oleh Presiden SAHAM UMP, Sekarang CST nak dedahkan pulak PMI UTM yang gelabah akan gerakan mereka selama ini untuk peribadi.

Kenapa CST kaitkan SAHAM UMP dengan PMI UTM ni? Jom kita cakna OK...


 Siapakah gerangan yang dalam Bulatan itu??


Wahhhh, Presiden PMI & SAHAM!!!

Sekarang PMI UTM mula gelabah sebab kenyataan salah seorang bekas Presiden PMI UTM, tengok SINI
Macam mana la pulak dengan keadaan Presiden SAHAM UMP akan gerakan Underground nya yang CST dedahkan ini.

CST sangat terkejut kerana kedua-dua Presiden PMI & SAHAM ini adalah sahabat rapat dan merekalah yang mentadbir Persatuan Mahasiswa Islam di IPT masing-masing. CST yakin, mesti SAHAM UMP juga telah bersama mengikut gerakan PMI. Namun, SAHAM UMP tidak berani membuka baju kebenaran yang mereka adalah Pro-Mahasiswa walhal PMI UTM memang terang-terangan adalah Pro-Mahasiswa.

Mahasiswa Hebat sentiasa mencari Kebenaran & bersama Kebenaran......

"Kami Bersama Khairul Nizam"
Tolong jangan beri ancaman kepada dia
Dia hanya menyatakan Kebenaran, Jikalau ianya Fitnah, 
Sila Dangkal

jom tengok blog2 rakan CST sama OK..INI untuk ke Utara & INI untuk ke Selatan

[PANAS] Pro-M Panas Punggung

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia...

CST nak dedahkan video panas pengakuan salah seorang bekas Presiden PMI UTM. jom sama2 kita dengar dan Cakna akan isu ini OK..


Berikut adalah ucapan saudara Khairul Nizam dalam kenyataan beliau sepanjang bersama PMI @ Pro-Mahasiswa. SAma-sama kita dengar dan teliti ayat-ayat beliau....

"Assalamualaikum W.B.T, Salam Sejahtera, salam perjuangan,

Saya Khairul Nizam bin Md Husin merupakan Mahasiswa tahun akhir Fakulti Kejuruteraan Mekanikal Universiti Teknologi Malaysia dan saya di UTM pernah diMandatkan sebagai Presiden Persatuan Mahasiswa Islam dan ketika itu saya memimpin gerakan yang dibawa oleh Persatuan Mahasiswa Islam yang mana kita semua tahu bahawa PMI ini menggerakkan satu gerakan yang mana berada di bawah PMI itu sendiri.


dan saya tertarik untuk saya beritahu bahawa landasan perjuangan saya bersama dengan PMI adalah satu landasan perjuangan yang saya kira, saya seolah dipergunakan!

bila mana saya bersama mereka, mereka menggunakan sepenuhnya daya tenaga dan juga kreativiti yang ada kepada mahasiswa untuk membawa kepada suatu tempat ataupun satu jalan yang mana hanya untuk memperjuangkan individu ataupun satu satu kepentingan, bukan hanya untuk kepentingan secara bersama.

Saya bagi analogi yang mudah, ketika mana saya berada dalam PMI, Saya mengetuai Pro-Mahasiswa di UTM yang ketika itu kita menang besar di UTM KL

Tapi dalam tempoh satu kepimpinan mereka menjanjikan macam macam bentuk manifesto yang ingin diberikan kepada mahasiswa, 

tapi sehiggalah satu kepimpinan MPM, Majlis Perwakilan Mahasiswa, Pro-Mahasiswa ini langsung tidak menjalankan tanggungjawab mereka sebagai mahasiswa. 

Sehinggakan ada suatu ketika salah seorang rakan saya berjumpa di surau, dia tanya mana manifesto yang Pro-Mahasiswa janjikan dan saya ketika itu selaku jentera Pro-Mahasiswa berasa sangat malu dan segan, 

sehinggakan saya dipersoalkan jika manifesto ini tidak dijalankan hari ini, kami akan tuntut walaupun di akhirat dan ketika itulah saya tergerak bahawa perjuangan saya bersama Pro-Mahasiswa ini adalah perjuangan yang bukan untuk mahasiswa.

Tetapi untuk kepentingan peribadi di luar. Bilamana saya menyertai, saya keluar daripada Pro Mahasiswa, saya menyertai ASPIRASI bersama rakan rakan yang pada hari ini saya nampak landasan perjuangan mereka lebih jelas

Perjuangan mereka lebih tuju ke arah memperkasa mahasiswa, untuk memperjuangkan kebajikan mahasiswa, dan segala kemudahan yang ada di kampus hari ini segala kemudahan yang telah diberikan kepada mahasiswa hari ini adalah hasil daripada kerja tangan mahasiswa mahasiswa aspirasi yang mana telah bertungkus lumus berbanding perjuangan saya yang sebelum ini. 

Jadi saya seru kepada rakan rakan yang masih berada disana, langkahlah kaki anda, sertailah kami, kerana sudah pasti saya tidak mahu anda menyesal seperti saya yang telah terjadi satu ketika dulu"
 
CST menyeru Mahasiswa sekalian berfikirlah matang-matang dalam memilih kepimpinan Mahasiswa yang mana bukannya sahaja berdegar-degar dalam bermanifesto dengan menjanjikan macam-macam hanya untuk memancing undi, malah pilihlah Mahasiswa yang dapat membangunkan Mahasiswa itu sendiri dan dapat menjalankan tanggungjawab dan amanah sebagai pemimpin Mahasiswa dengan sebaiknya. Janganlah kita menyesal kerana tidak memilih mereka yang mana berlandaskan perjuangan disebalik nama Persatuan Mahasiswa Islam. Tapi hanya mempergunakan perkataan ISLAM untuk kepentingan peribadi. Lihatlah sendiri MPP yang sedia ada di Kampus anda yang mewakili Pro-Mahasiswa dan PMI @ seangkatannya dengannya. Adakah mereka betul-betul menjalankan tanggungjawab mereka? Nilailah sendiri wahai Mahasiswa Hebat yang CST hormati.

Untuk lebih lanjut, bolehlah ke blog INI, INI, INI & INI.

Sunday 25 March 2012

Selamat Hari POLIS

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia...

Selamat Hari POLIS yang ke-205 kepada semua anggota Polis Diraja Malaysia.
Pada 24 Mac 2012 (Sabtu) telah diadakan 'Perbarisan Peringatan Hari Polis ke-205' di Dataran Merdeka yang bermotokan 'Komuniti Sejahtera, Komitmen Kami'.




Harimau Biru

Inilah Maskot PDRM iaitu “HARIMAU BIRU” yang bermatlamatkan:

1.Lebih mesra bersama rakyat dan melihat PDRM sebagai figura badan berkuasa dan sahabat yang boleh dipercayai.

2.Mempunyai kesedaran dan pengetahuan yang mantap mengenai fungsi dan peranan PDRM.

3.Melihat PDRM sebagai inspirasi untuk berhemah, bertanggungjawab dan berintegriti tinggi untuk menjadi yang terbaik.

4.Menghormati PDRM sebagai agensi penguatkuasa undang-undang negara yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga keamanan, ketenteraman dan keselamatan negara.

“Harimau Biru” menjadi harapan kepada kesinambungan kehadiran PDRM dalam kehidupan seharian rakyat Malaysia dan sentiasa mengekalkan minat masyarakat terhadap PDRM.





 Amanat Menteri Dalam Negeri : Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein

 Ucapan Aluan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Hj. Ismail bin HJ. Omar.

Tahniah buat semua anggota PDRM kerana anda Malaysia ini Aman. Hebat sungguh & memang syok la sambutan Hari Polis ini. CST doakan PDRM akan terus maju dan Mahasiswa Hebat akan terus Hebat.

Untuk lebih gambar, klik SINI

Saturday 24 March 2012

CST DI DESAK!!!

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia...

CST sangat2 tertekan dengan sesetengah pihak yang mana menDESAK CST untuk membongkar bukti yang menjadi pertanyaan Mahasiswa akan Perhimpunan di KPT pada petang semalam. Jom kita cakna....



Siapakah lelaki ini???









Hahhhh...AMK???

Apakah ini semua. Pro-M cakap tiada kaitan Politik & ini siapa pulak yang bersama mereka. Samalah2 kita fikir & renungkan wahai Mahasiswa Hebat. Mereka ini bijak dalam memutarbelitkan ayat namun tidak bijak dalam bermain realiti. CST betul2 didesak untuk kebenaran. Jom tengok blog Brader Jai & SARFAMS untuk lebih gambar & cerita.

Pro-M Desak PRK

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia...

Petang semalam seperti post CST sebelum INI, Pro-M telahpun berjaya menghantar Memorandum Pemurnian Demokrasi Kampus untuk Mendesak PRK di Awalkan. Tahniah buat Pro-M dan rakan2nya yang lain.


Gerakan Mahasiswa yang Di Desak Politik Luar

Bertapa Sopannya Mereka ini
Lebih Ramai dari Majlis YSS
Nak CST tolong Payungkan ke??

Wahai Mahasiswa sekalian, fikirlah betul2 OK. Nanti PRK jangan undi puak2 ni sebab nanti anda pun akan di DESAK untuk berDEMO. Jadilah Mahasiswa Hebat yang berfikiran Rasional dalam tindakan. Bukannya dengan berDEMO dan bagi Batu Nisan dalam selesaikan keadaan.(Kalau Bagi Kereta Nissan OK jugak kan). CST sentiasa bersama MAHASISWA HEBAT demi Masa Depan yang Hebat dan Negara yang Hebat.

Thursday 22 March 2012

Pro-M Nak BerDEMO lagi!!!

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia...

Esok pada 23/3/2012 iaitu Jumaat pada pukul 2.00pm geng2 Pro-M akan BERDEMO lagi. Memang xserik2 lagi budak2 ni. Aishhhhhhh~~


Sapa yang desak sapa sebenarnya ni. CST pun pelik, kenapalah nak buat PRK tu awal. Mungkin kerana mereka2 ini dah habis belajar? mereka2 ini tak boleh bertanding? mereka2 ini DIDESAK Pihak Politik luar??? Yang CST fikir, adakah AMAN himpunan yang akan diadakan???

Jom kita Cakna wahai Mahasiswa sekalian. Memandangkan PRU13 dah dekat, biarlah PRU dijalankan dulu then barulah kita laksanakan PRK, kan lebih Molek. Mahasiswa Hebat tahu apa motifnya. hehehehehe (^_^)

#[VIDEO] PM Di Serbu Mahasiswa

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia...

Semalam 21/3/2012 bersamaa hari Rabu, YAB PM Dato' Sri Najib Tub Abd Razak Diserbu oleh hampir 10 ribu Mahasiswa di UiTM Shah Alam. CST amat terkejut sekali dengan tindakan UiTM ini kerana membuatkan PM amat terharu walaupun diserbu. PM diserbu dalam "Majlis Pelancaran Yayasan Sukarelawan Siswa & Amanat Perdana Menteri Bersama Warga Kampus 2012".

Keadaan Sebelum Majlis


Penuh dengan Mahasiswa di luar dewan

 Dato' Farid pun kena serbu


Dalam Dewan pun Penuh dengan Mahasiswa

Semasa PM tiba di UiTM

Inilah Mahasiswa Hebat yang sentiasa bersama pemimpin no 1 Negara kita Malaysia tercinta. Bak kata PM dalam ucapan beliau "walaupun ada seorang Mahasiswa yang turunkan wajah beliau, namun masih ramai lagi Mahasiswa yang ingin naikkan wajah beliau". Mahasiswa Hebat sentiasa bersama Kerajaan Malaysia dan menyokong Transformasi Negara 1 Malaysia.

Wednesday 21 March 2012

Mari bertemu PM

klik untuk besar

SEMPENA MAJLIS PELANCARAN YAYASAN SUKARELAWAN SISWA (YSS) DAN AMANAT PERDANA MENTERI BERSAMA WARGA KAMPUS 2012.

Mari kita semua bersama-sama turun memeriahkan majlis ini. 

Malam ini dari jam 8.00 malam sehingga 11.00 malam. 
Bertempat di Dewan Agong Tuanku Canselor (DATC),
Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam. 

Jangan Lepaskan Peluang ini.




Monday 19 March 2012

#AmanKampus Bantah Robohkan Madrasah

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia...

Aman Kampus sentiasa menjadi saluran yang tepat untuk masyarakat yang ditindas. Bukannya apa, CST tak sangka kerajaan Kedah yang di bawah pimpinan PAS sanggup nak robohkan juga Madrasah Salihiah & nak bina Shopping Mall. Memang tak patut sungguh. Satu persatu hak rakyat diambil bila memerintah.

Sebelum ni #AmanKampus melawat Kilang Lynas di Kuantan dalam fasa 1. Sekarang pulak demi masalah rakyat, #AmanKampus fasa 2 berada di Madrasah pulak. CST memuji tindakan rakan2 Aspirasi yang sanggup turun padang untuk membela nasib masyarakat. Bukannya turun padang untuk berpolitik seperti sesetengah Mahasiswa tu kan.(Sapa lah agaknya?)..Jom kita Cakna akan nasib sahabat kita di Utara, Kedah mariii..

Hensem sungguh MB Kedah YB Azizan dalam upacara PECAH TANAH untuk Projek Pembangunan Kompleks Membeli-Belah Aman Central

 
Tanah Wakaf pun nak Ambil


 Inilah Madrasah Salihiah yang cantik berlatarbelakangkan Menara Kedah





Solat Hajat

Semoga niat Murni & Hasrat Baik #AmanKampus ini sentiasa di pihak benar. Sama2lah kita doakan Madrasah Salihiah ini kekal & jelajah #AmanKampus di Rahmati & juga Mahasiswa Hebat bersama masyarakat...Aminnnnnnnn~~

p/s:Nak tengok video, Jom tengok kt Blog Brader Jai

Friday 16 March 2012

#AmanKampus kini di Utara

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia...

Kini jelajah #AmanKampus fasa 2 telah pun bermula & lokasi pertama adalah Johor. Sekarang, #AmanKampus berada di Zon Utara di mana melibatkan IPT di ZOn Utara seperti UUM, USM, UPSI, Kolej Mara Kuala Nerang, IPG Perlis & UTAR...


Seperti dalam poster di atas, kini #AmanKampus berada di Kolej Mara Kuala Nerang. Bertuah sungguh orang Utara kan. Bilalah akan tiba di Timur pulak ni?? < Klik Sini > untuk tengok jadual pergerakan #AmanKampus OK.

Apa2 pun, jom Mahasiswa sekalian kita ramai2 serbu Zon Utara dan meriahkan lagi #AmanKampus ni OK. Pakai Mai Ramai2 Taw (Cakap Utara sket)....Mahasiswa Hebat menjamin keamanan negara.

Respon dari #AmanKampus fasa 1

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia...

CST nak share dengan Mahasiswa sekalian akan tohmahan2 Mahasiswa Pro-M yang mana menentang gerakan murni Mahasiswa Aspirasi yang menjalankan #Aman Kampus. Bagi CST, #AmanKampus adalah satu program yang amat naik di mana Mahasiswa itu sendiri turun kepada masyarakat & memberi bantuan yang perlu seperti semangat & meringankan beban masyarakat di luar. CST sangat kagum akan usaha murni ini. Namun, #AmanKampus sentiasa ditentang hebat oleh Pro-M kerana mereka ini jeles sebab Masyarakat menyokong #AmanKampus.

Bukti yang CST nak share ngan korang suma adalah maklum balas masyarakat terhadap program #AmanKampus fasa 1 dan kini, Mahasiswa Aspirasi meneruskan perjuangan demi masyarakat dengan melaksanakan #Amankampus fasa 2 yang kini sedang berada di Zon Utara. Jom kita baca apa respon masyarakat...

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
MAKLUM BALAS RAKYAT


Persepsi Negatif Terhadap Suasana Kampus 
–Wujud kegusaran dikalangan ibubapa mengenai suasana kampus yang digambarkan oleh media seolah-olah berada dalam keadaan huru hara berdasarkan beberapa insiden yang dicetuskan oleh kelompok minoriti mahasiswa yang bertindak diluar batasan. Isu ‘Mahasiswa Pelampau’ menjadi topik popular dan kerap kali disoal oleh masyarakat mengenai kesahihannya. 
Gagasan 1Malaysia Diterima Baik oleh Masyarakat  
–Berdasarkan soal selidik yang diedarkan, 85% daripada responden menyokong gagasan 1Malaysia.  
Kenaikan Harga Barang  
–Rata-rata masyarakat yang tinggal diluar bandar mahupun dibandaraya amat sukar untuk menerima isu kenaikan harga barang walaupun isu ini telah dijelaskan oleh pelbagai agensi kerajaan. Rakyat masih tetap enggan menerimanya. Inisiatif Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) yang belum meluas keseluruhan lokasi menyebabkan wujudnya rungutan dikalangan masyarakat mengenai aspek keadilan pengagihan kemudahan.  
Kemudahan Infrastruktur  
–Masih ada lagi kawasan diluar bandar yang mengalami masalah kerap kali berlaku putus bekalan elektrik. Terdapat juga beberapa kemudahan yang telah dijanjikan oleh kerajaan yang masih belum ditunaikan, antaranya Benteng Sungai Pulau Ketam dan Pulau Duyong, Kuala Terengganu. Masalah jalan rosak dan longkang tersumbat adalah dapatan yang popular bagi setiap lokasi.  
Kemiskinan Rakyat  
–Perlaksanaan Projek Perumahan Rakyat Termiskin dan Program Mesra Rakyat secara lansung telah membantu menyelesaikan masalah kemiskinan dikalangan masyarakat luar bandar dan kota raya. Kecekapan pengagihan bantuan oleh jentera kerajaan juga menerima rungutan daripada masyarakat. Masalah harga perumahan yang sangat mahal juga ditimbulkan oleh masyarakat terutama mereka yang tinggal di bandaraya (Pulau Pinang, Selangor dan Johor).  
Fahaman Politik  
–Secara majoriti masyarakat yang ditemui menolak fahaman politik yang ganas dan tidak mengutamakan keharmonian dan perpaduan sesama masyarakat. Selain itu juga, mereka juga menolak demonstari jalanan yang dianggap sebagai tindakan tidak bermoral dan hanya mementingkan perjuangan individu semata-mata.  
Birokrasi Agensi Kerajaan  
–Sebahagian besar masyarakat yang didekati telah menyatakan masalah birokrasi yang mereka hadapi semasa berurusan dengan agensi kerajaan. Masyarakat mengharapkan agensi kerajaan dapat mempercepatkan dan mempermudahkan urusan mereka. Kadang-kadang kala permintaan sebahagian agensi tidak dapat difahami dan dipenuhi oleh mereka diatas kebatasan ilmu pengetahuan yang dimiliki. 
Tuntutan Anak Muda  
–Isu penghijrahan anak muda ke bandar dilihat sebagai masalah kritikal yang wujudkan dikalangan masyarakat luar bandar. Dikampung sudah kurang tenaga muda yang akan mewarisi sosio budaya setempat. Isu ketiadaan pekerjaan yang menjamin pendapatan yang mencukupi menjadi penyebab utama penghijrahan tersebut. Terdapat juga rungutan mengenai pelanjutan umur persaraan penjawat awam kepada 60 tahun sebagai meningkatkan lagi masalah pengangguran dikalangan anak muda sama ada graduan atau sebaliknya. Aktiviti kemasyarakatan atau sosial semakin berkurangan di kawasan luar bandar kerana kurangnya tenaga muda. Manakala, di kota juga menghadapi masalah yang sama kerana anak muda juga sibuk bekerja.  
Projek Lynas (Malaysia) Berhad  
–Secara keseluruhan masyarakat masih tidak mengetahui perkara sebenar mengenai isu Lynas dan sebahagian mereka menerima maklumat hanya daripada dakyah pembangkang melalui ceramah politik, kain rentang, flyers dan media baru. Strategi yang kreatif dan pro aktif harus digerakkan untuk membuktikan keselamatan dan kebaikan projek Lynas ini kepada negara terutamanya masyarakat tempatan. Contohnya, ribuan peluang pekerjaan yang disediakan oleh pihak Lynas. Siri penerangan ini juga perlu diadakan secara santai di pusat pengajian tinggi agar golongan cerdik pandai ini diberi permahaman yang jelas agar mereka tidak hanya bergantung kepada persepsi semata-mata. Akhirnya, mereka menyampai pula kepada rakyat maklumat yang tidak benar.


Inilah maklum balas dari #AmanKampus fasa 1. Semoga Mahasiswa Hebat dengan gerakan yang Hebat oleh Mahasiswa Aspirasi dapat membentuk peribadi Mahasiswa yang cemerlang dalam akademik mahupun penglibatan. Nantikan pula pergerakan #AmanKampus fasa 2 yang kini lebih Hebat bersama Masyarakat & Pelajar.

Tuesday 13 March 2012

Mahasiswa HEBAT!!!


CST nak share ngan rakan2 Mahasiswa inilah video Mahasiswa Hebat yang mana berjuang di atas kaki Mahasiswa. Bukannya berjuang di atas paksi Politik luar. Jom kita hayati Video ini dan hayat lirik serta gambar yang ada...


Wadah Penggerak Mahasiswa
Bangkitlah PEJUANG bangkitlah
Rapatkan BARISAN rapatkan

Meneruskan langkah PERJUANGAN
Suara dan harapan mahasiswa

Korbankan dirimu korbankan
Kentalkan jiwamu kentalkan

Takkan pernah usai pertarungan
Hingga tertegak KEBENARAN

NYAHKAN rasa takut dan gentar
ROBOHKAN segala kebatilan

PERJUANGAN harapan bersama
Untukmu VARSITI tercinta
Kepada Mahasiswa Sekalian, CST suka sangat jika negara kita ini dapat melahirkan Mahasiswa Hebat yang mana tahu apa itu erti perjuangan, apa itu kebenaran & apa itu pengorbanan. jom kita like ramai2 video ni OK di Youtube

Teruskan perjuangan wahai Mahasiswa dan berjuanglah demi Mahasiswa.
Bawalah suara Mahasiswa untuk Mahasiswa....Aspirasi Dihatiku~~

#AmanKampus2 Kembali Lagi

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia...

Wahhhh....Aman Kampus kembali lagi la. Bestnye.....Jom Mahasiswa sekalian kita cakna akan program Mahasiswa iaitu Aman Kampus yang mana mendekatkan Mahasiswa dengan masyarakat & rakyat. Aman Kampus siri ke-2 ini bermula di Johor bersama Mahasiswa UTHM dan masyarakat Johor.

Untuk fasa 2 ni, Aman Kampus terbahagi kepada 4 perkara iaitu:
  1. Mahasiswa & Masyarakat (11 Mac 2012)
  2. PC Fair & Book Fiesta (14-16 Mac 2012)
  3. Aktis Siswa (14-17 Mac 2012)
  4. Bicara Ilmu Bersama Imam Muda Hassan (18 Mac 2012)

Untuk lebih lanjut, jom baca di blog Harapan Esok.


Jom Mahasiswa Sekalian kita beri sokongan padu & Hebat kepada usaha murni Aman Kampus ini dalam membentuk Mahasiswa Hebat. CST suka sangat Mahasiswa sekalian terlibat dalam program2 seperti ini daripada join Demonstrasi2 Haram mahupun Halal. Ini bukannya proses pembentukan Mahasiswa Hebat, malah Mahasiswa Memberontak macam geng2 yang HOT la sgt kan.

Nantikan kemunculan Aman Kampus di ZOn Timur OK......
 
 

Monday 12 March 2012

Volkswagen Passat di Pekan???


NAJIB melihat dari dekat kereta Volkswagen Passat selepas melancarkan Volkswagen Passat Pemasangan Tempatan sambil Mohd Kamil Jamil (kiri) pada pelancaran di DRB Hicom Pekan, semalam.
NAJIB melihat dari dekat kereta Volkswagen Passat selepas melancarkan Volkswagen Passat Pemasangan Tempatan sambil Mohd Kamil Jamil (kiri) pada pelancaran di DRB Hicom Pekan, semalam.
Kerajaan ambil pelbagai tindakan termasuk tarik nilai pelaburan besar

PEKAN: Datuk Seri Najib Razak berkata, kerajaan sedang mengambil pelbagai tindakan termasuk menarik nilai pelaburan besar untuk merealisasikan Pekan sebagai pusat automotif utama antarabangsa.


Perdana Menteri berkata, ia dijangka mewujudkan 10,580 peluang pekerjaan dan akan menyumbang RM12 bilion kepada pendapatan negara kasar menjelang 2015.
Beliau berkata, usaha transformasi itu membolehkan Pekan digelar hab automotif yang terkenal terutama bagi kerja pemasangan kereta, pembuatan dan komponen serta aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D).

Malah, katanya, suntikan pelaburan RM1 bilion menerusi usaha sama DRB-HICOM Berhad dan Volkswagen bagi tempoh empat tahun adalah antara tindakan diambil kerajaan bagi tujuan itu.

“Projek usaha sama dimeterai Disember 2010 sebenarnya banyak memberi manfaat kepada kita seperti mewujudkan peluang pekerjaan dan menyumbang pendapatan kepada warga tempatan.

“Jumlah pekerja DRB-HICOM yang ketika ini 2,300 akan bertambah 3,300 dan Pekan juga sedang dibangunkan menjadi sebahagian kelompok bandar pertumbuhan pembangunan merangkumi Kuantan, Gebeng dan Gambang sama seperti Lembah Klang, Pulau Pinang dan Johor Bahru. 
”Kita boleh lihat transformasi ini secara berperingkat menerusi kemudahan prasarana rangkaian jalan raya lebih baik, perkhidmatan jalur lebar untuk teknologi maklumat, institusi pengajian tinggi, penjagaan kesihatan dan kemudahan lain yang semuanya untuk keselesaan rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan pelancaran kereta Volkswagen Passat pemasangan tempatan di Kompleks Automotif DRB-HICOM, di sini, semalam.

Setakat ini, 300 unit Volkswagen Passat 1.8TDI pemasangan tempatan sudah dihasilkan di Kompleks Automotif DRB-HICOM, yang mengikut standard kualiti yang ketat.

Hadir sama, Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob, Pengerusi DRB-HICOM, Syed Mohamad Syed Murtaza, Pengarah Urusan Kumpulan DRB-HICOM, Datuk Seri Mohd Khamil Jamil, Ketua Perkilangan Luar Negara Kumpulan Volkswagen AG, Dr Christof Spathelf dan Ketua Operasi Komersial China/ASEAN Volkswagen, Wei Ming Soh.

Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan berkata, untuk industri automotif mengekalkan daya saing, mereka perlu melakukan penstrukturan semula bagi menghasilkan produk secara besar-besaran.

Sementara itu, ketika melancarkan program Vitamin 1Malaysia peringkat kebangsaan, penyampaian sumbangan program Yayasan Pembangunan 1Malaysia Berhad (Yayasan 1MDB) serta penyampaian ang pau Tahun Baru Cina, di Dataran Pekan, beliau berkata pelbagai sumbangan dan bantuan berterusan diberi kepada rakyat adalah hasil kemampuan kerajaan mengurus tadbir serta menjana keuntungan negara secara berhemat dan bijak.

Sebanyak 7,321 sekolah seluruh negara dengan 516,472 pelajar terbabit dalam program Vitamin 1Malaysia, bagi membantu meningkatkan tumbesaran dan taraf pemakanan, seterusnya kecemerlangan pencapaian akademik pelajar.


copy from berita harian

CST : Membakar semangat pelajar2 di Pekan untuk jadi Mahasiswa Hebat akan datang. =)

Saturday 10 March 2012

Bertuahnya Mahasiswa UMP

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia...

CST nak share ngan rakan2 Mahasiswa sekalian bahawa UMP sangat bertuah. Kenapa??? Moh sini baca apa yang bertuahnya Mahasiswa UMP ni. Disebabkan UMP istimewalah CST selalu Cakna akan UMP.

Apa yang bertuahnya UMP ni??? Untuk makluman rakan2 Mahasiswa di IPT lain, UMP pada hari ini (10 Mac 2012 = Sabtu) telah menerima kunjungan Hebat dari YB Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob iaitu Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi & Kepenggunaan. Memang klasss kau UMP. Tujuan kunjungan YB Menteri bukannya saja2, namun untuk memberitahu Mahasiswa UMP bahawa Kerajaan Malaysia amat sayangkan Mahasiswa dan tidak pernah abaikan kebajikan & keperluan sebagai seorang Mahasiswa. Apa Keperluan tu??

Keperluan yang CST maksudkan adalah YB Menteri pada hari ini telah merasmikan Kedai Buku Koop UMP yang menjual pelbagai jenis bahan bacaan untuk Mahasiswa. Bukan itu sahaja, YB menteri juga merasmikan Menu Rakyat 1 Malaysia di kafeteria UMP dan juga Produk 1 Malaysia di kedai siswa UMP iaitu Ina Shoppe. Wahhhh, bertuah sungguh Mahasiswa UMP ni.

Perasmian Kedai Buku Koop UMP





Barangan 1 Malaysia di Ina Shoppe



Menu Rakyat 1 Malaysia @ UMP




CST rasa bertuah juga bila menjejakkan kaki di UMP tadi kerana begitu Hebat sambutan dari Pihak UMP. CST harap dapat lagi datang ke UMP untuk program2 yang lain. Untuk Makluman, bertuahnya UMP ni lagi adalah kerana pada malam semalam, Jumaat (9/3/2012) UMP mendapat perhatian & sangat bertuah kerana pihak Berita Harian & UMP bekerjasama mengadakan program yang sangat istimewa iaitu "Malam Puisi Riong" yang menampilkan seniman2, artis2, dan juga karyawan yang Hebat2 seperti Sabri Yunus, Imam Muda Hassan, Hazama, Prof Dato' Dr Daing Nasir (NC UMP), Prof Dr Yuserrie Zainuddin (PNC JHEPA), Dr Zurinah Hassan & ramai lagi. CST sempat berada di sana & memang bertuah jadi Mahasiswa UMP.

Inilah satu daripada proses pembentukan Mahasiswa Hebat yang dijalankan oleh Pihak Kerajaan Malaysia kepada Mahasiswa. Kepada Mahasiswa sekalian, bukalah minda & mata anda OK!!!