Perjuangan Belum Selesai

Sunday 27 November 2011

Akta Perhimpunan Aman: Model Terbaik Kawal Lembu Jalanan


Penulis lihat majoriti kalau bukan semua pemimpin pakatan haram pembangkang yang mengutuk dan mengeji rang undang-undang Akta Perhimpunan Aman yang dibentangkan di Parlimen semalam.
Sedikit yang diketahui ramai, akta ini diasaskan dari akta sama yang digunakan negara Belgium yang diiktiraf sebagai terbaik di dunia.

Sebab itu kita takde dengar Belgium menghadapi masalah demonstrasi merosakkan seperti mana yang berlaku di Britain baru-baru ini. Di Malaysia pula, kecekapan polis saja yang menjadi sempadan antara aman dan kacau bilau.

Dari pembacaan hari ini, penulis simpulkan bahawa pakatan haram pembangkang bukan sangat nak berdemo dengan aman, mereka mahu berdemo dan buat kacau bilau. Sebab itu depa tak mahu menyokong akta terbaru ini sebab akta ini akan menghalang depa buat kacau di atas jalan.

Penulis nak memetik sikit tulisan Hishamuddin Rais, katanya “Keadilan dilahir, dikandung dan dibidankan di atas jalan raya”, Hishamuddin tulis itu bagi mengulas Kongres Nasional PKR tapi penulis nak tunjukkan tauladan bahawa politik jalanan adalah sebahagian dari darah dan daging pembangkang terutama PKR dan PAS.
Nasib baik Kongres Nasional tak diadakan ditengah jalan, kalau tidak……

Dengan begitu penting politik jalanan kepada pembangkang, sudah tentulah depa akan menolak rang undang-undang Akta Perhimpunan Aman ini, bukan sebab Akta itu tidak baik tapi sebab akta itu nanti bakal menghalang mereka dari berdemo seperti lembu di atas jalan. Kalau berhimpun dalam stadum, tak cool lah, jalan tak jem, tak kena sembur air asid, tak boleh main kejar-kejar dan sebagainya.

Sedangkan adegan-adegan itu semua penting untuk dirakam lensa kamera, boleh guna nak buruk-burukkan negara sendiri bertahun-tahun lamanya.

Disamping kefahaman bahawa menjadi pembangkang bermaksud, bangkang selagi boleh. Tapi yang lebihnya dalam hal Akta Perhimpunan Aman ini ialah sebab pembangkang dihalang dari menggunakan jalan raya sebagai tempat berhimpun, mana boleh itu macam!!

Sama macam Lynas jugalah, semua dah diterangkan, dah didebatkan, tapi kenapa ia masih menjadi isu? Sebab bukan puak-puak ini pentingkan keselamatan rakyat yang konon terjejas dek ‘radiasi’ yang dilepaskan kilang Lynas, tapi sebab kerajaan BN bawa masuk pelaburan lebih RM 1 billion dan wujudkan beratus peluang pekerjaan.

Konsep yang sama juga pembangkang aplikasikan dalam hal penolakan kepada Akta Perhimpunan Aman ini.
Hanipa Maidin dilapurkan dalam haramkahjadah daily yang Pakatan akan membawa akta ini ke Mahkamah kerana katanya berlawanan dengan Artikel 10 Perlembagaan Malaysia. Seperti biasa, depa hanya ambik separuh saja Artikel 1o itu, bab yang separuh (Artikel 10(2)) lagi dimana Parlimen boleh menggunakan undang-undang untuk menyekat hak berhimpun yang diberikan dalam Artikel 10(1), tidak disebut.
Disebutkan juga dalam entri yang sama bahawa Akta ini “akan mempercepatkan ajal BN”. Pergh, macam penting je kan tapi kenapa pula nak dibawa ke mahakamh, biarkan sajalah kalau Akta itu mampu ‘mempercepatkan ajal BN”‘

Apa harapan penulis? Harapan penulis ialah supaya rakyat dapat memberi penilaian yang tepat tentang Akta Perhimpunan Aman ini. Tujuan kerajaan ialah untuk mengelakkan masalah kepada keharmonian dan keselesaan rakyat sebab itu akta ini menghalang perhimpunan diadakan berdekatan sekolah, stesen janakuasa dan sebagainya.

Sebab kalau terjadi malapetaka, yang akan dipersalahkan dan dipertanggungjawabkan ialah kerajaan memerintah. Jadi penting untuk kerajaan bertindak awal daripada menunggu malapetaka berlaku baru masa tu nak bergerak.

Masa Perhimpunan haram 9 Julai dulu orang mati sakit jantung, siapa yang disalahkan? Kerajaan jugak. Orang ambik kesempatan pura-pura mati, siapa yang dapat imej buruk? Kerajaan jugak. Puak-puak ni tau buat kacau dan berlakon mati saja, orang lain yang terpaksa menjawab baginya.

Jadi penting untuk kerajaan melindungi imej negara ini dan keselamatan rakyat dengan pengenalan Akta Perhimpunan Aman ini.


Dipetik daripada MYKMU.net

No comments:

Post a Comment