Perjuangan Belum Selesai

Monday 28 November 2011

Jika Dah Yakin, Mansuh Saja Seksyen 15 AUKU itu..

Antara orang yang bertanggungjawab untuk membentuk dan mewujudkan AUKU adalah bekas Perdana Menteri iaitu Tun Dr Mahathir Mohamed semasa beliau bergelar Menteri Pelajaran.


Sedarkah kalian kenapa Tun M mewujudkan AUKU pada 1970an dulu? Sebenarnya hasrat sebenar Tun M mewujudkan AUKU adalah untuk memastikan mahasiswa 100% memberi komitmen kepada pengajian mereka dalam kampus.

Situasi ketika itu memperlihatkan bahawa majoriti mahasiswa terutama berbangsa Melayu masih ketinggalan dalam pengajian mereka di universiti. Jika ini berlarutan, Malaysia mungkin akan memiliki percambahan masyarakat yang tidak mempunyai mentaliti kelas pertama.

Jika diamati hasrat dan pandangan Tun M ini, maka jelaslah bahawa Tun M ingin melihat mahasiswa di Malaysia ini memiliki nilai keintelektualan tinggi dan mampu menjadi modal insan unggul yang mampu menyumbang kepada agama, bangsa dan negara.

Oleh itu, sekiranya masyarakat luar dan pihak dalaman kampus sudah yakin dengan tahap keintelektualan mahasiswa sekarang dan yakin dengan kematangan mereka, serta boleh memberi keyakinan bahawa mahasiswa sekarang ini boleh menjadi mahasiswa cemerlang dalam akademik serta kuat dalam jati dirinya, eloklah AUKU terus dipinda terutama Seksyen 15 itu.

Persoalan dalam kes AUKU ini sebenarnya adalah tertakluk kepada mahasiswa itu sendiri yang berada dalam kampus selama 3-5 tahun itu. Jika mereka sudah mampu bersedia untuk cemerlang dalam akademik dan mampu menyumbang dengan sebaik mungkin dalam parti politik di luar kampus, eloklah AUKU itu dikaji kembali keberkesanannya.

Kesimpulannya cukup mudah, jika dah yakin, mansuh saja Seksyen 15 AUKU itu..

Sumber daripada SARFAMS


Cakna Siswa Timur: Haruskah kita meminda AUKU ini. Sedangkan AUKU yang sedia ada sangat bagus dan tiada kompromi untuk menyekat Mahasiswa itu sendiri daripada berpolitik. Daripada kita meminda, lebih baik terus mansuh AUKU ini. Kita lihat sendiri apa nasib Mahasiswa itu selepas AUKU dimansuhkan.Jangan sudah terhantuk baru nak terngadah nanti...

No comments:

Post a Comment