Perjuangan Belum Selesai

Saturday 19 May 2012

#JDAB Pembuka Harapan Anak Bangsa

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia...

#JDAB iaitu Jelajah Destini Anak Bangsa merupakan suatu inisiatif program yang amat bagus & berimpak tinggi. Apa yang CST nak share ngan teman-teman sekalian, #JDAB ini telah membuka ruang & peluang yang luas kepada anak bangsa untuk meneruskan perjuangan dengan melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi iaitu Diploma mahupun Ijazah.

JDAB ini sangatlah bermakna buat anak bangsa kerana ianya membuka jalan yang luas & lapang untuk anak muda sambung belajar. Terutamanya lepasan SPM dan juga anak muda yang keciciran pelajaran.

Pada hari ini, JDAB berada di Utara Malaysia iaitu negeri Kedah untuk bersama-sama anak Kedah. Dalam jelajah pada hari ini, Naib Canselor UiTM, Dato' Prof Ir Dr Sahol Abdul Hamid sendiri turun ke padang untuk menerima rayuan & MELULUSKAN permohonan pelajar yang selayaknya dengan serta merta berlandaskan syarat kelayakan. TAHNIAH kepada adik-adik yang dapat menyambung pelajaran di IPTA.

Sehingga setakat ini, JDAB telah menjelajah keserata negeri di Malaysia ini & Dato' Sahol sendiri telah menerima kemasukan Mahasiswa Baharu seramai 3781 orang.

#JDAB2012 : Dato' Sahol Terima 3781 Permohonan Lepasan SPM Setakat ini.

 
Azreyn Binti Zamri melakarkan senyuman bersama ibundanya yang tercinta 
apabila permohonannya untuk masuk ke UiTM telah diluluskan 
oleh Dato Sahol kerana memenuhi syarat kelayakan. Adik Azreyn akan melanjutkan 
pengajiannya di UiTM Merbok dalam kursus Pra Diploma Pengurusan Teknologi Pejabat.
Tahniah diucapkan kepada Adik Azreyn  !!!


Adik Nur Enani Bt Kamarudin bersama ayahandanya melakarkan 
senyuman apabila permohonannya untuk melanjutkan pengajian ke UiTM berjaya..
Adik Nur Enani akan melanjutkan pengajianya di UiTM Arau dalam kursus Diploma Agroteknologi.
Adik Nur Enani mendapat 9 kredit (3A) dalam SPMnya..
sebelum ini permohonan UPUnya tidak berjaya dan hari ini rezekinya..Tahniah!!!

 Wajah-wajah ceria bakal mahasiswa UiTM yang telah berjaya mendapat 
tempat melalui program JDAB2012
 
CST nak mengucapkan TAHNIAH kepada adik2 yang telah berjaya. Semoga adik2 menjadi insan yang berjaya dalam hidup dan menjadi MAHASISWA HEBAT yang akan mencorakkan masa depan negara kearah kemajuan & kecermelangan. InsyaALLAH..

Dapatkan maklumat terkini Jelajah Destini Anak Bangsa 1 Malaysia (JDAB2012) di BLOG [SINI] TWITER @JelajahDestini, HASHTAGS#JDAB2012 & FACEBOOK [SINI].
 
Boleh juga tengok2 di blog [ni] OK






No comments:

Post a Comment