Perjuangan Belum Selesai

Thursday 17 May 2012

[Video] Selamat Hari Guru

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia

Kepada guru-guru sekalian, CST nak ucapkan selamat hari guru buat anda semua. Andalah insan yang amat mulia kerana andalah yang telah bersusah payah mendidik kami semua menjadi insan yang berguna hinggalah dapat melanjutkan pelajaran & menimba Ilmu yang tiada pengakhirannya ini hingga ke Menara Gading Idaman setiap manusia. Kepada guru-guru yang CST kasihi & cintai sekalian, terimalah lagu ini buat anda...


Lirik Terima Kasih Guruku

Pagiku cerahku
Matahari bersinar
Ku gendong tas merahku
Di punda

Selamat pagi semua
Ku nantikan dirimu
Di depan kelas mu
Menantikan kami

***Guruku tersayang
Guru tercinta,
Tanpamu, apa jadinya aku
Tak bisa baca tulis
Mengerti banyak hal
Guruku Terima Kasih ku

nyatanya diriku kadang buat mu marah
namun segala maaf kau berikan

Guruku....
Seperti lilin sewaktu waktu akan cair
Gugur lalu membeku
Sepi pun datang menutup pandang
Tinggallah waktu
Mengakhiri sejarah panjangnya

Seperti engkau sewaktu waktu penyuluh hidupku
Betapa dalam kegelapan maya
Engkau perkenalkan daku dengannya
Suria dan bintang cakerawala
Sehingga seluruh jagat raya ini
Tiba-tiba menjadi milikku

Kehadiranmu adalah suatu fikrah
Lepas itu, engkau ku tinggalkan
Ku kira engkau kesepian kini
Mengakhiri sisa-sisa hidupmu
Tanpa belaian kasih
Ratusan anak-anakmu
Yang telah engkau berikan obor

Dan pagi ini ku dakap
Wajahmu dalam kenangan
Seorang anak yang pernah engkau lukai
Kini pencintamu paling setia
Sehingga akhir hayat


Hargailah jasa guru...Kita berjaya bukan kerana diri sendiri, tapi kerana GURU...dan berkat doa guru dan ibu bapa kita, kita berjaya...

Selamat Hari Guru CST ucapkan kepada semua guru. CST sayang guru-guru CST.

Keranamu Guru, Mahasiswa Hebat kini dapat dibentuk....

Semoga tema hari guru tahun ini menjadi realiti dengan semangat yang membara dalam membentuk insan cemerlang & hebat... 
"GURU INOVATIF MELONJAKKAN TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA"



No comments:

Post a Comment