Perjuangan Belum Selesai

Monday, 9 January 2012

Macam Ni lah Bakal Terjadi

Suka CST nak kongsi ngan semua tentang ramalan yang bakal berlaku siang nanti di hadapan Mahkamah Tinggi...Kalau btol la xdak 1 pun yang terjadi,CST respek giler..Jom kita tengok ramalan ni:




Tahukah anda,

Ramalan kejadian untuk Perhimpunan 901 hari ini?

1) Penyokong kuat Anwar: "Mahkamah penipu! Mari berhimpun! Tunjuk kita lagi power dari mahkamah! Apa barang undang2! Rebel without a cause la kool!"
2) Polis terpaksa diturunkan untuk menjaga crowd
3) Polis relax aje, beri arahan supaya tidak merusuh
4) Crowd: "Ini tak leh jadi! Kenapa polis/FRU cool sangat? Kita mesti tunjuk polis jahat!"
5) Mula provoke polis. Buat apa dilarang.
6) Polis halang perbuatan mereka (merusuh, memanjat pagar, cuba masuk ke kawasan yg dilarang, etc.)
7) Crowd menganggap apa yang mereka buat, hak mereka. Ya, menjadi beruk ialah hak asasi manusia.
8) Provoke polis dengan lebih hebat, contohnya memaki polis, "anjing", "barua UMNO", dan sebagainya dengan harapan mereka dipukul
9) Polis muda naik darah. Ada yang ditangkap, ada yg dipukul kerana cuba melawan.
10) Jika tiada adegan pukul-memukul, pelakon tambahan akan dipanggil supaya aksi mereka boleh dirakam, dan seteusnya menjadi bualan hangat di Youtube.
11) Oleh sebab kejadian itu, lalulintas sesak, jalan2 ditutup, sebahagian kedai tidak dapat beroperasi
12) Para penyokong crowd tersebut akan membuat kesimpulan "Arghhhh, ini semua kerja polis! Kalau biarkan saja, mana ada jalan ditutup? Kame berhimpun secara aman. Tak semena2 polis block jalan dan memukul kami semua! Polis bangsat! Mana keadilan?"
13) Semua blog pro pembangkang akan update benda yang sama
14) Rakyat percaya kerajaan sekarang harus ditumbangkan. Undi pembangkang masalah semua settle. Harga minyak turun, gaji semua orang naik, polis jadi lebih budiman, Yahudi terus terhapus dari muka bumi, Islam berkembang masyhur, pendek kata Malaysia jadi perfek la nanti.
14) MISSION ACCOMPLISHED.

(Boleh juga apply pada kebanyakan demonstrasi lain berasaskan politik di Malaysia)
Hahaha..amacam,korang fikir2 ada sama tak??? Nama je Himpunan Aman..Setakat mana aman tu ntah la..bukannye apa, dengan Ketua Polis KL pun da berani tipu..
Inilah antara perjanjian antara Ketua Polis KL dengan Azmin Ali
boleh jugak tengok blog HHalem

Inilah yang dikatakan AMAN oleh pihak yang inginkan keamanan..Akan aman ke bila perjanjian pun da berani tipu..hahaha..

CST harap Mahasiswa-Mahasiswa tak payah la nak susah2kan diri pergi join Himpunan 901 nanti k..mungkin anda menjadi mangsa...Apa-apapun CST nak cakap, Sentiasalah Beringat k.....


Sunday, 8 January 2012

Mahasiswa & 901

Suka CST tengok post dari blog sahabat CST tentang Pandangan Mahasiswa Tentang 901. CST dapat makluman bahawa terdapat dari kalangan Mahasiswa yang beri pendapat ini ditentang oleh rakan-rakan kerana mereka ini diibaratkan mewakili seluruh suara Mahasiswa IPT masing-masing. Tergelak CST sebab ada juga Mahasiswa yang cetek tahap pemikiran mereka ini. Apa-apa pun, jom kita tengok & baca komen Mahasiswa-Mahasiswa yang berani tampil dan beri pandangan,


PANDANGAN MAHASISWA TENTANG 901
SALAM KEPADA SEMUA.

JOM IKUTI APA KATA BEBERAPA ORANG MAHASISWA MALAYSIA! SEMUA PENDAPAT INI KB PEROLEHI DARI SAHABAT KB YANG BERADA DI PELBAGAI UNIVERSITI.


1. CHE WAN RAFFEEZUDDIN ( MAHASISWA UITM, SHAH ALAM )


"Demonstrasi jalanan bukan ajaran Islam, ini berdasarkan hadis nabi yang berbunyi :“Akan datang nanti kepada manusia, masa-masa yang penuh tipu daya. Para pendusta dianggap sebagai orang yang jujur, manakala orang yang jujur dianggap pendusta. Orang khianat dianggap amanah dan orang yang amanah dilabel sebagai pengkhianat. Dan para Ruwaibidhah mula berkata-kata (bersuara).”Ada yang bertanya, “Siapa Ruwaibidhah?” Rasulullah menjawab, “Orang yang bodoh sibuk berbicara (mengulas) tentang masalah masyarakat.” [Hadis Riwayat Ibnu Majah, Kitab al-Fitan, 12/44, no. 4026. Dinilai sahih oleh al-Albani]. Selain itu juga,Perhimpunan 901 seolah olah tidak menghormati rukun negara yang ke-4 tambahan lagi perhimpunan ini juga terdapat konspirasi dan tidak mengikut undang-undang. "


2. ANAS MISBAHUDIN ( MAHASISWA UniSZA, TERENGGANU )


"Perhimpunan ini memang tidak wajar sebab meruntuhkan institusi kehakiman negara ini dan tidak menghormati perlembagaan yang telah termaktub. kita sebagai mahasiswa yang berpengetahuan tinggi, perlu melihat beberapa kejadian yang berlaku diluar negara seperti di London sebelum ini yang mengundang kepada rusuhan harus dijadikan iktibar kerana ianya gagal menyelesaikan masaalah sebaliknya hanya merosakan harta benda awan. Mahasiswa perlu merenung dan berfikir sejenak, jangan terlalu ikutkan hati. janganlah terlalu terikut trend berdemonstrasi dan mengejar populariti. Semua masyarakat khususnya mahasiswa perlu lebih berkiran matang dan rasional sebelum menjalankan sebarang tindakan. gunakan medium yang betul dan tepat selaras dengan perlembagaan yang membolehkan rakyat bebas bersuara."


3. MOHD AIZUL BIN ISA ( MAHASISWA USM, P.PINANG )


"apa2 pn yg melibatkan perhimpunan,aku tetap x setuju..x kisah la apa pn tujuan or aman ke x aman ke,aku tetap x stuju..knapa rkyat mlsia skrg nk jdi mcm ngara lain?ngara lain brhmpun utk suarakn keXpuashatian,plu ke kite pn buat bnda yg sama?kalo btol nk suarakn apa2,guna la saluran lain tp bkn dgn cara prhmpunan or demonstrasi,tnjuk prasaan n sbgainya yg terang2 mnyusahkn org lain n mggugat kslmtn n ktenteraman awam.Aku memg sgt2 x stuju dgn apa2 prhmpuann x kira la sape pn yg buat..Perhmpuann bleh mnyebbkn demonstrasi pas2 tnjuk prasaan,lepas 2 pergaduhan..2 la rentetan yg brlaku di ngara2 luar yg byk krisis dlmn skrg..mulanya cuma prhmpuann aman..n bgi aku jgak,plajar xplu la trlau obses utk join n brhmpun sprtmna yg brlaku skrg..apa beza org yg x brpndidikan ngn org yg brpndidikn kalo pmikiran,n tindakan sama n xda beza"


4. MUHAMMAD FARHAN BIN ADNAN ( MAHASISWA UMP, GAMBANG )


"mahasiswa xwajar n xperlu sertai demo 901 kerana mahasiswa harus sedar & fikir secara terbuka kerana himpunan nie xrelevan sebab ianya ibarat menyalahkan undang2 Malaysia yang sedia ada.Selain itu,ini menunjukkan yang bahawa badan kehakiman dan peguam2 di Malaysia nie x telus dalam mengadili rakyat. Pastu,mesti keputusan nanti akan dipengaruhi dgn ugutan dorg yang berhimpun & ni ibarat ugutan yang menyalahkan kerajaan persekutuan."


Itulah antara pendapat mereka tentang 901. Namun, bagi mereka yang ada pendapat lain, nyatakan jela. Dalam permulaan entry untuk blog ini pun sudah tertera " JOM IKUTI APA KATA BEBERAPA ORANG MAHASISWA MALAYSIA! SEMUA PENDAPAT INI KB PEROLEHI DARI SAHABAT KB YANG BERADA DI PELBAGAI UNIVERSITI". Jadi, mereka ini bukanlah mewakili suara majoriti Mahasiswa IPT kalian malah mewakili suara sendiri dan pendapat sendiri yang mana mereka ini adalah pelajar IPT. 

CST harapkan Mahasiswa Hebat dapat berfikir secara matang dan luas.


Sumber dari KB

Saturday, 7 January 2012

Mahasiswa AMAN Tidak Menyokong Himpunan 901

Pagi tadi CST sempat turut serta dan berada dalam sesi Sidang Media Jelajah Aman Kampus oleh Mahasiswa Pro-Aspirasi yang mana diwakili oleh NGO-NGO dan Mahasiswa-Mahasiswa dari seluruh IPT dalam menyatakan hasrat TIDAK MENYOKONG HIMPUNAN 901 yang bakal di adakan pada 9 Januari 2012 di sekitar perkarangan Mahkamah Tinggi, Jalan Duta Kuala Lumpur. Berikut adalah Memorandum yang akan diserahkan kepada YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato' Sri Najib Tun Abdul Razak.







Antara isi kandungan Memorandum ini adalah MAHASISWA AMAN MENOLAK HIMPUNAN 901:
1) Minggu Peperiksaan Akhir dan Waktu Kuliah
2) Keselamatan Diri Mahasiswa
3) Himpunan 901 Tanpa Penglibatan Mahasiswa & Pelajar Sekolah
4) Penguatkuasaan AUKU 1971 Pindaan 2009 Dapat Mengekang Mahasiswa Diperalatkan Oleh Pihak Tidak Bertanggungjawab
5) Pertahankan AUKU 1971 Pindaan 2009

CST harap Mahasiswa yang Bestari & Cemerlang dapat menjadi Mahasiswa yang berguna untuk masa depan negara dan bukannya untuk kepentingan peribadi seseorang. "Mahasiswa Hebat Peneraju Masa Depan Berjaya"

Boleh juga melawat blog Double-Y & Panglima Perang Cyber.