Perjuangan Belum Selesai

Wednesday, 19 September 2012

MOHON JHEPA UMP PRIHATIN!!!

CST tidak sangka akan sebuah kumpulan bayangan PRO M di UMP iaitu SAHAM bertindak Kejam terhadap Mahasiswa Baharu. Betul ke APA CST khabarkan ni? CST nak FITNAH lagi ke? Moh sini teman-teman CST sekalian, CST nak cerita benda baaaaagus punya....


Untuk makluman semua, Sahabat Masjid atau lebih dikenali sebagai SAHAM yang juga merupakan bayangan PRO M UMP adalah satu pertubuhan Mahasiswa yang TIDAK PERNAH BERDAFTAR di peringkat Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni (JHEPA) UMP. Kalau anda tidak percaya, anda boleh semak sendiri di JHEPA untuk dapatkan detail OK. (Kalau malas, tanya je barisan kepimpinan SAHAM UMP). Atas sebab tidak berhati perut inilah menjadikan CST tidak teragak-agak untuk mengeluarkan post ini kerana CST Prihatin & Cakna akan nasib Mahasiswa UMP. Terutamanya Mahasiswa Baharu.


Keadaan ini juga telah menjadikan peluang kepada persatuan/kelab yang telahpun berdaftar di bawah JHEPA tidak berpeluang menerima ahli baru kerana sikap kejam yang sentiasa diamalkan oleh SAHAM UMP ini. Anda nilailah sendiri jika anda katakan CST hanya mereka cerita OK.


 


 Inilah bahan-bahan yang diedarkan semasa hari terbuka kelab/persatuan di UMP pada malam tadi (18/9/2012).

Esok dimaklumkan akan diadakan juga hari tebuka Kelab/Persatuan di UMP kampus Pekan. CST berharap Mahasiswa di Pekan dapat bertanya sendiri kepada mereka-mereka yang menjaga booth SAHAM tentang kebenaran cerita CST ini OK.


P/S: 1) Kepada pihak JHEPA UMP mahupun pihak-pihak yang bertanggungjawab, CST mohon untuk ambil tindakan SEGERA terhadap individu-individu yang terlibat OK. 

       2) Kepada Mahasiswa Baharu UMP, Jangan terpedaya dengan tipu helah insan yang bertindak kejam terhadap diri anda.

***Nantikan pula gambar-gambar dari CST.

MAHASISWA HEBAT SENTIASA CAKNA

13 comments:

  1. terima kasih atas keperihatinan anda CST.... susah2 jer....

    ReplyDelete
  2. Butthurt Ker Weyh...
    Rilexlah Cakap Kejam Tapi Apa Kejamnya..
    Cakaplah Ko Tak Suka Saham Sebab Ko pernah kena Tegur Masa Dating Kat Cafe.. Alahai... Kebudak Budakkan....

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum W.B.T.
    Alhamdulillah, selawat dan salam ke atas rasulullah S.A.W.

    Di saat umat Islam hari ini bangkit menegakkan agama Islam dan cuba menjaga kesuciannya, wujud pula golongan2 yg cuba merosakkan Islam, meruntuhkan moral umat Islam, menghina nabi Allah yang agung, Rasulullah S.A.W. dengan menyebarkan fitnah2 di media2 baru, tidak lain dan tidak bukan hanya kerana ingin memburuk2kan kehebatan dan keagungan agama Islam itu sendiri.

    Namun, propaganda jahat mereka terhenti tatkala umat Islam seluruh dunia bangkit dan menghukum mereka2 yang cuba melakukan propaganda jahat ini. Hal ini menggambarkan bahawa kemenangan buat Islam kian hampir, biarlah kemenangan yang mungkin buat seketika, namun kemenangan ini mampu menunjukkan kepada seluruh dunia bahawa agungnya agama yang dibawa oleh junjungan mulia, Nabi Muhammad S.A.W..

    Yang lebih menariknya, di kelompok yang lebih kecil ini, kewujudan CST yang lebih dilihat cuba menjatuhkan kumpulan pendakwah di UMP dilihat tiada bezanya dengan apa yang berlaku di dunia masa kini..cuma, bezanya ialah CST juga merupakan individu muslim yang sepatutnya menyokong usaha dakwah di bumi UMP ini. Apakah ini membuktikan bahawa CST tiada bezanya dengan golongan2 yang mereka filem "INNOCENCE OF MUSLIM"??sekadar persoalan yang perlu dilahirkan dalam pemikiran kita semua.

    Asasnya adalah sesebuah institusi atau organisasi yang bergerak menyebarkan kesucian Islam dipandang tinggi disisi Allah S.W.T. kerana usaha mereka dalam membawa manusia kepada kebenaran dan cuba menjauhkan ummat manusia daripada kejahilan. Sehubungan dengan itu, tidak hairanlah sekiranya golongan pendakwah / aktivis dakwah ini sentiasa cuba untuk dijatuhkan dan diburuk2kan disebabkan usaha yang mereka jalankan, kerana bertepatan dengan sirah, Nabi Muhammad S.A.W sendiri yang cuba membawa Islam dihina, dicerca, diherdik oleh orang2 musyrik semasa cuba membawa Islam kepada masyarakat.

    Kesimpulannya, mereka yang bersama perjuangan Islam semestinya akan mendapat penentangan daripada golongan2 yang tidak redha dengan Islam. Oleh itu, usah gentar wahai pejuang2 Islam sekalian, contohilah Rasulullah S.A.W., biarpun ditentang, tetapi usaha dakwah tetap giat dijalankan, semakin banyak penentangan, semakin giatlah bergerak demi agama Islam yang tercinta.

    Wallahualam...

    ReplyDelete
  4. relax la bro =P kalau betul SAHAM tu xberdaftar sekalipun,niat persatuan tuh ditubuhkan adalah untuk menarik minat muslimin n muslimat belajar ilmu ALLAH..jadi sahabat masjid lagik tu.xsesat pon..Xberdaftar di dunia,berdaftar di akhirat. InsyaAllah. saya budak degree 1st year UMP,saya nak tanya,apa tujuan bro hentam satu persatuan yang berunsur islamik? kejam kah SAHABAT MASJID ini terhadap mahasiswa UMP? kalau lah betul SAHAM ni tak berdaftar sekalipun,saya rasa persatuan sebegini lah yang kita nak sebab memberi pengisian rohani kepada pelajar2 UMP. saya join club ni semalam bukan kerana ketagihan merit..tp kerane rase tanggungjawab terhadap diri sendiri. sape kate club lain xberpeluang terima ahli baru? saye join 4 club semalam..bleh je club lain terima ahli baru.. mohon same2 muhasabah diri ea :)

    ReplyDelete
  5. Saya x faham apa yg kejamnya SAHAM..saya dah lama join SAHAM..setahu saya, SAHAM la satu2nya persatuan yang bnyak menganjurkan program2 ISLAMIK di bumi UMP ni..mana ada persatuan lain yg menganjurkan program2 ISLAMIK..kalau ada pon, sikit je..Alhamdulillah bnyak perkara yang saya belajar..selain usrah, ada program2 yang menarik yang mampu mengisi jiwa dan rohani saya yang kosong ni..

    Selama saya berada dalam SAHAM, banyak yang saya join..Antaranya, program mukhayyam (perkemahan) di Lata Jarum, Cameron Highland, Tasik Kenyir DLL..sy pernah mendengar tazkirah subuh dalam air terjun yang sejuk malahan kami sempat melihat keindahan ciptaan ALLAH seperti bunga reflesia dan pelbagai lagi..mmg sangat menarik dan lain dari yang lain..Selain itu, SAHAM juga mengajak saya dan kawan2 mengamalkan sunnah nabi..beriftar pada hari khamis dan makan secara berjemaah dalam talam..satu pengalaman yang tidak akan saya lupakan sampai bila2 pon.. SAHAM jugak mengajak kami berqiamullail beramai2 di masjid..Teringat semasa 1st year dulu, kami semua akan bangun jam 4.30pg utk kejutkan kawan2 muslimat lain utk sama2 turun qiamullail di masjid..sebab bukan kita seorang je kan nak masuk syurga?

    Salahkah Islam berkembang di bumi UMP? Apa yg kejamnya jika SAHAM mengajak kita semua menambah pahala..bukan buat dosa..
    Setahu saya, memang sesiapa yg datang ke booth SAHAM semalam dah di mentionkan bahawa merit x akan diberikan jika join program..so apa yang kejamnya?

    Dan semalam, sesiapa pon berhak utk masuk mana2 kelab dan persatuan yg mereka sukai..tiada limitation pon..jadi, biar mahasiswa sendiri yang tentukan kelab dan persatuan mana yang mereka nak join..

    Kepada SAHAM, teruskan usaha menyebarkan dakwahmu..setiap perkara baik yang ingin dilakukan pasti akan ada rintangan dan cabaran..berdoalah supaya mereka diberi hidayah dan segera bertaubat..

    ReplyDelete
  6. kepada pimpinan SAHAM... tahniah.. kerana kalian semua sudah sebarkan ISLAM ke seluruh UMP... sampai CST pun da tau pasal SAHAM... saya ahli SAHAM... saya bangga jd warga SAHAM dan UMP..

    ReplyDelete
  7. selaku pelajar di UMP, saya BANGGA KERANA SAHAM ADA DI UMP!!

    ReplyDelete
  8. sepanjang sy menyertai SAHAM, xda masalah pun nk join program lain.. malah antara program2 yg sy join, program SAHAM lh yg byk meninggalkn kenangan d samping menambah ilmu sedia ada.. peluang besar pda SEMUA MAHASISWA apabila ada golongan yg sanggup bersusah payah nk buat program utk sama2 kumpul SAHAM akhirat dan tdk mementingkn diri.. mmg dh mklum tiada merit dunia akn d berikn.. buknnya kna paksa pun nk masuk SAHAM.. fitrah manusia sukakn kebaikn..
    wallahualam..

    ReplyDelete
  9. awak ni cakap tanpa bukti yang kukuh.saya budak SAHAM dan saya bangga kerna wujudnya persatuan ni.Dan untuk pengetahuan awak yang kononnya tak reka cipta tapi hakikatnya memang kenyataan awak ni tak benar,SAHAM tak pernah menyekat mana2 mahasiswa untuk bergiat aktif dalam persatuan/aktiviti lain.Tak usahlah mengfitnah lagi..berat dosa yang awak tanggung tu...
    Assalamualaikum ~

    ReplyDelete
  10. moga penulis ni dapat Hidayah Allah SWT..

    ReplyDelete
  11. Ada persatuan yg buat amal islami, ajak org dekati dan hayati islam, dikira kejam ke? Cst nk persatuan yg mcm mana? Saham ni ada ajak org buat benda tak elok ke?

    ReplyDelete
  12. Apa yang anda katakan seolah-olah mempertikaikan kewujudan badan berpersatuan Islam di UMP... apakah anda seorang Islam...kaji dulu apa yang anda cakap. kalau mempertikaikan kewujudan SAHAM , dalam JHEPA, KNP DULU tiada pertikaian JKC , JKI... itu pon selepas rundingan BERSAMA kelab kebudayaan UMP n wakil JKC , JKI , mereka bersetuju untuk sub ke dlm Kelab Kebudayaan ...apa anda katakan kejam hanya kerana SAHAM menyekat kebebasan anda semua berpeleseran?
    SAHAM masih di bawah PIPI... tiada pertikaian .... yang penting aktiviti.Adakah anda membenci SAHAM kerana anda bukan ISLAM ??? atau membenci kerana mereka MEMBAWA imej ISLAM????
    MAAF, mungkin kasar pada anda. be profesional .... kalau dah imej Islam yg dibawa SAHAM pon anda kutuk dan tak terima, apatah lagi kalau Islam tu dibawa oleh pemerintah Malaysia,..

    ReplyDelete
  13. saya skrg pelajar tahun 2 di UMP dah telah bersama SAHAM selama setahun..saya tidak nmpk kekejaman selama berada di dalam SAHAM malah saya mendapat pengisian rohani dan ilmu2 yg berkaitan duniawi dan ukhrawi..jd kepada penulis di atas jgn lah memfitnah ..memfitnah lbh teruk drpd membunuh..

    ReplyDelete