Perjuangan Belum Selesai

Sunday, 8 January 2012

Mahasiswa & 901

Suka CST tengok post dari blog sahabat CST tentang Pandangan Mahasiswa Tentang 901. CST dapat makluman bahawa terdapat dari kalangan Mahasiswa yang beri pendapat ini ditentang oleh rakan-rakan kerana mereka ini diibaratkan mewakili seluruh suara Mahasiswa IPT masing-masing. Tergelak CST sebab ada juga Mahasiswa yang cetek tahap pemikiran mereka ini. Apa-apa pun, jom kita tengok & baca komen Mahasiswa-Mahasiswa yang berani tampil dan beri pandangan,


PANDANGAN MAHASISWA TENTANG 901
SALAM KEPADA SEMUA.

JOM IKUTI APA KATA BEBERAPA ORANG MAHASISWA MALAYSIA! SEMUA PENDAPAT INI KB PEROLEHI DARI SAHABAT KB YANG BERADA DI PELBAGAI UNIVERSITI.


1. CHE WAN RAFFEEZUDDIN ( MAHASISWA UITM, SHAH ALAM )


"Demonstrasi jalanan bukan ajaran Islam, ini berdasarkan hadis nabi yang berbunyi :“Akan datang nanti kepada manusia, masa-masa yang penuh tipu daya. Para pendusta dianggap sebagai orang yang jujur, manakala orang yang jujur dianggap pendusta. Orang khianat dianggap amanah dan orang yang amanah dilabel sebagai pengkhianat. Dan para Ruwaibidhah mula berkata-kata (bersuara).”Ada yang bertanya, “Siapa Ruwaibidhah?” Rasulullah menjawab, “Orang yang bodoh sibuk berbicara (mengulas) tentang masalah masyarakat.” [Hadis Riwayat Ibnu Majah, Kitab al-Fitan, 12/44, no. 4026. Dinilai sahih oleh al-Albani]. Selain itu juga,Perhimpunan 901 seolah olah tidak menghormati rukun negara yang ke-4 tambahan lagi perhimpunan ini juga terdapat konspirasi dan tidak mengikut undang-undang. "


2. ANAS MISBAHUDIN ( MAHASISWA UniSZA, TERENGGANU )


"Perhimpunan ini memang tidak wajar sebab meruntuhkan institusi kehakiman negara ini dan tidak menghormati perlembagaan yang telah termaktub. kita sebagai mahasiswa yang berpengetahuan tinggi, perlu melihat beberapa kejadian yang berlaku diluar negara seperti di London sebelum ini yang mengundang kepada rusuhan harus dijadikan iktibar kerana ianya gagal menyelesaikan masaalah sebaliknya hanya merosakan harta benda awan. Mahasiswa perlu merenung dan berfikir sejenak, jangan terlalu ikutkan hati. janganlah terlalu terikut trend berdemonstrasi dan mengejar populariti. Semua masyarakat khususnya mahasiswa perlu lebih berkiran matang dan rasional sebelum menjalankan sebarang tindakan. gunakan medium yang betul dan tepat selaras dengan perlembagaan yang membolehkan rakyat bebas bersuara."


3. MOHD AIZUL BIN ISA ( MAHASISWA USM, P.PINANG )


"apa2 pn yg melibatkan perhimpunan,aku tetap x setuju..x kisah la apa pn tujuan or aman ke x aman ke,aku tetap x stuju..knapa rkyat mlsia skrg nk jdi mcm ngara lain?ngara lain brhmpun utk suarakn keXpuashatian,plu ke kite pn buat bnda yg sama?kalo btol nk suarakn apa2,guna la saluran lain tp bkn dgn cara prhmpunan or demonstrasi,tnjuk prasaan n sbgainya yg terang2 mnyusahkn org lain n mggugat kslmtn n ktenteraman awam.Aku memg sgt2 x stuju dgn apa2 prhmpuann x kira la sape pn yg buat..Perhmpuann bleh mnyebbkn demonstrasi pas2 tnjuk prasaan,lepas 2 pergaduhan..2 la rentetan yg brlaku di ngara2 luar yg byk krisis dlmn skrg..mulanya cuma prhmpuann aman..n bgi aku jgak,plajar xplu la trlau obses utk join n brhmpun sprtmna yg brlaku skrg..apa beza org yg x brpndidikan ngn org yg brpndidikn kalo pmikiran,n tindakan sama n xda beza"


4. MUHAMMAD FARHAN BIN ADNAN ( MAHASISWA UMP, GAMBANG )


"mahasiswa xwajar n xperlu sertai demo 901 kerana mahasiswa harus sedar & fikir secara terbuka kerana himpunan nie xrelevan sebab ianya ibarat menyalahkan undang2 Malaysia yang sedia ada.Selain itu,ini menunjukkan yang bahawa badan kehakiman dan peguam2 di Malaysia nie x telus dalam mengadili rakyat. Pastu,mesti keputusan nanti akan dipengaruhi dgn ugutan dorg yang berhimpun & ni ibarat ugutan yang menyalahkan kerajaan persekutuan."


Itulah antara pendapat mereka tentang 901. Namun, bagi mereka yang ada pendapat lain, nyatakan jela. Dalam permulaan entry untuk blog ini pun sudah tertera " JOM IKUTI APA KATA BEBERAPA ORANG MAHASISWA MALAYSIA! SEMUA PENDAPAT INI KB PEROLEHI DARI SAHABAT KB YANG BERADA DI PELBAGAI UNIVERSITI". Jadi, mereka ini bukanlah mewakili suara majoriti Mahasiswa IPT kalian malah mewakili suara sendiri dan pendapat sendiri yang mana mereka ini adalah pelajar IPT. 

CST harapkan Mahasiswa Hebat dapat berfikir secara matang dan luas.


Sumber dari KB

No comments:

Post a Comment