Assalamualaikum, Salam Mahasiswa...
CST kali ni nak share dengan Mahasiswa di Pantai Timur ni terutamanya & tak dilupakan Mahasiswa seluruh Malaysia. CST mula2 terkejut jugak dengan tindakan PM dan KPT yang mempergunakan Mahasiswa dengan tambah kos sara hidup Mahasiswa di IPT zon Tengah, Selatan & Utara. Selamat zon Timur. Gila apa PM kita nak tambah beban Mahasiswa ni. Dah la kos sara hidup Mahasiswa sekarang pun dah tak stabil, ni nak tambah lagi. Memang x patut sungguh....
Jom Kita Cakna apalah yang PM dah buat utk Mahasiswa ni.hmmmmmmm.....
Pada Khamis yang lepas, Menteri KPT ditugaskan untuk merasmikan Kedai Siswa 1 Malaysia di UIAM. Ini bakal menjadikan kos sara hidup Mahasiswa bertambah BAIK kerana mereka memiliki kedai yang mana menjual barangan Buatan Malaysia yang seiring dengan stok2 yang berada di Kedai Rakyat 1 Malaysia..
Kedai Siswa 1 Malaysia ini satu inisiatif kerajaan yang perlu kita sokong yang mana membantu Mahasiswa dalam menguruskan kos hidup di IPT masing2. Jadi selepas ini Mahasiswa akan lebih berjimat & pengurusan kewangan pun akan stabil hingga ke hujung sem sebab CST tahu kebanyakan Mahasiswa di hujung2 sem dah kureng duit poket nye kn.
Setakat ini terdapat 5 buah universiti yang mendapat kemudahan Kedai Siswa 1 Malaysia ini iaitu UIAM, UiTM, UUM, UTeM & UTHM. IPT zon Timur bila plak??? katanya Menteri KPT semasa perasmian Kedai Siswa 1 Malaysia di UIAM bahawa " 8 buah Kedai Siswa 1 Malaysia akan dibuka dalam masa terdekat dan melibatkan 13 IPT kesemuanya". Alhamdulillah....Ingatkan apa lah tadi....
Kedai ini bermotokan "Siswa Save" yang mana betul2 boleh menjadikan Mahasiswa berjimat dalam berbelanja. Sayang betul Kerajaan Malaysia pada Mahasiswa kan. Tapi yang CST pelik Mahasiswa ni xpernah nak bersyukur. Kedai Siswa 1 Malaysia ini juga bekerjasama dengan Koperasi Usahawan Siswa (KOSISWA).
Apa2 pun, CST mengucapkan TAHNIAH kepada Kerajaan Malaysia yang sentiasa bersama Mahasiswa dan prihatin akan kebajikan Mahasiswa. Inilah sikap pemimpin dan kepimpinan yang kita mahukan yang Cakna akan segala hal.
Apabila Kerajaan Cakna akan Mahasiswa & prihatin akan Mahasiswa, Ini bakal Melahirkan Mahasiswa Hebat!!!
No comments:
Post a Comment