Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia
CST tidak tahu apa yang CST ingin lakukan apabila pihak yang menjadikan agama sebagai asas perjuangannya menfitnah CST. Ini adalah berkaitan dengan PRO-M UMP iaitu SAHAM UMP yang mana menyatakan CST sentiasa mencari kesalahan pihak SAHAM & ingin memecah belahkan Mahasiswa UMP.
Keadaan ini berlaku apabila CST membongkar kewujudan SAHAM yang mana dikatakan persatuan Mahasiswa kerana membuka keahlian kepada Mahasiswa Baharu. Hal ini sangat-sangat tidak relevan kerana bagi CST, Persatuan yang TIDAK BERDAFTAR tidak seharusnya wujud di UMP kerana persatuan sebegini semestinya mempunyai agenda tersembunyi. Apa agenda tersembunyi itu???
Untuk makluman rakan-rakan Mahasiswa sekalian, SAHAM adalah sebuah persatuan yang berpaksikan kepada Islam dalam perjuangannya & dikatakan sebagai bidang dakwah untuk memartabatkan Agama Islam itu sendiri. Malah, mereka ini menyalah gunakan kuasa yang ada dan sesuka hati melakukan aktiviti yang sealiran dengan parti Politik PAS. Bukan itu sahaja, mereka-mereka ini juga pernah membuang ahli yang menyokong kerajaan dalam organisasi kerana tidak sealiran. Klik SINI & SINI.
Tambahan lagi, mereka inilah yang selama ini menjadi tampuk kepimpinan Mahasiswa yang sentiasa memalukan Mahasiswa UMP itu sendiri. Jikalau anda tidak percaya, anda jadilah wakil UMP ke program yang mengumpulkan semua IPT yang lain. Sudah pasti mereka akan menyatakan anda adalah orang PEMBANGKANG. Jikalau anda inginkan perubahan dan inginkan UMP dalam kesejahteraan, nilailah sebaiknya wahai sahabat-sahabat CST sekalian.
Kepada Mahasiswa Baharu UMP, buatlah pilihan yang bijak untuk masa hadapan anda untuk berada di UMP. Andalah yang akan menerima musibah jikalau anda masih tidak tahu akan mana benar & mana salah. CST Prihatin akan anda.
P/S :Nantikan Demonstrasi dari Pihak SAHAM yang akan menentang Pilihanraya Kampus UMP yang akan PANAS bermula esok. Lihatlah sendiri wahai Mahasiswa......
MAHASISWA HEBAT MAMPU MENILAI
"Jikalau benar UMP menerima ASPIRASI, siapakah ASPIRASI yang dimaksudkan. Bolehlah CST berkenalan untuk mudah CST dapatkan info lagi."
ReplyDeletewahh...hebat... apabila pelajar itu pro-Aspirasi, seolah2 anda melayan nye dgn baik... bler pro-Mahasiswa sahaja anda melenting bagai nak rak...
sedangkan kedua2 nya dicedok drpd hasil politik luar kampus...
bahkan anda begitu berani dan bijak dalam menfitnah sebuah organisasi yg berteraskan ISLAM sebagai pro-Mahasiswa sedangkan ianya tidak begitu...
bagaimana anda boleh melabel organisasi tersebut sebagai Pro-M?
adakah disebabkan oleh dasar perjuangan ISLAM yg dibawa atau ideologi politik oleh salah seorang ahli didalam organisasi itu maka ianya terus dilabel sebagai pro-M?
mengapa perlu takut dgn dasar perjuangan ISLAM tersebut?? ohh,, anda mengatakan bahawa ianya sealiran dgn PAS?
ok..
PAS = parti politik yang memperjuangkan ISLAM..
Organisasi tersebut= sebuah organisasi di Universiti yang memperjuangkan ISLAM..
wahhh,,,hebat...anda mmg bijak, sgt tepat dan teliti dalam semua aspek yang anda bangkitkan...
kerana akidah umat ISLAM adalah same dan sememangnya sealiran..rukun IMAN , rukun ISLAM...tiada yang membezakan dan tiada perubahan apa2 sekalipun...sealiran ISLAM...
tetapi apa yg membezakan organisasi tersebut dgn PAS ialah gerak kerja mereka...
dimana, PAS menghasut org ramai mengundi mereka demi kebaikan ISLAM..
manakala, organisasi tersebut pula menghasut orang ramai terutamanya pelajar2 dtg ke masjid mendengar dan menyertai aktiviti/kuliah/ceramah2 agama...jadi apa kesalahan nya disitu?
ohh...ada seorang dua yg berideologi politik luar kampus...?alaaa....baru 2-3 orang sahaja..
tp, masih lagi berdiri atas platform yg satu2 nya organisasi ISLAM dalam kampus...majoriti clean&clear...dan prinsip tersebut tidak akan berganjak sampai bila2...mengapa tidak persoalkan pro-Aspirasi yang juga berideologi politik luar kampus?
ohh...organisasi tersebut mempunyai bayangan pro-Mahasiswa?...alaa...baru bayangan? ingatkan betul2...ini bermakna, itu hanyalah persepsi anda yang tidak menyertai sebarang aktiviti yg dijalankan oleh organisasi tersebut dan bukannya persepsi daripada ahli organisasi itu sendiri..
jadi, siapa yang perlu lebih dipercayai?
anda atau mereka?
dan akhir sekali,, sekiranya anda menganggap bahawa organisasi yang memperjuangkan ISLAM tersebut sebagai Pro-Mahasiswa..maksudnya, pro-Mahasiswa ini berada dalam landasan yang betul lah kiranya kerana memperjuangkan ISLAM?begitu?
jadi kenapa tidak mahu menyokong?mengapa perlu dibantah dan dihalang?
adakah anda ini merupakan seorang manusia yang bukan ISLAM maka nya organisasi yang berteraskan ISLAM itu dibantah?
benarkah begitu?
p/s: kamu menfitnah tetapi kamu pula mnuduh orang menfitnah kamu....pelik sguh karekter kamu nie..
perangai tidak matang tidak mengapa.. tetapi pemikiran biarlah matang...sikit pun jadilahh...ok..
wassalam dan selamat bertaubat...