Perjuangan Belum Selesai

Wednesday, 10 October 2012

Mahasiswa UMP Mengamuk??

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia


CST terlihat satu kejadian yang sangat PANAS yang mana Mahasiswa UMP Mengamuk akan pembatalan Kuliah Ustaz Azhar Idrus (UAI) yang telah dijadualkan pada 10/10/2012 bertempat di UMP Kampus Gambang. CST tertarik untuk berkongsi bersama teman Mahasiswa akan kejadian ini kerana CST lihat, Mahasiswa UMP sentiasa mempertikaikan & mempersalahkan Pihak Pengurusan UMP yang mana apakah kebenarannya tentang pembatalan ini adalah kerana Pihak Pengurusan UMP itu sendiri mahupun terdapat pihak lain yang telah membatalkannya.


Di sini, kita dapat lihat bahawa keadaan yang amat tegang ini menjadikan Mahasiswa UMP mempersalahkan pihak MPP itu sendiri walhal mereka sendiri tidak tahu akan pembatalan Kuliah UAI ini. Namun, CST suka dengan kata-kata dari seorang Sahabat Baginda Sayidina Abu Bakar


"Sesungguhnya aku telah mengatur urusan kamu, tetapi aku bukanlah org yg paling baik di kalangan kamu maka berilah pertolongan kepadaku. Kalau aku bertindak lurus maka ikutilah aku tetapi kalau aku menyeleweng maka betulkan aku!"
(Sayidina Abu Bakar) 

CST berharap, teman-teman Mahasiswa sekalian dapat bersabar dengan menantikan jawapan sebenar apakah sebenarnya yang terjadi disebalik kejadian ini. Usahlah kita membuat keputusan mempersalahkan pihak tertentu tanpa usul periksa yang sah & tepat.

" ..boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." (Al-Baqarah 2:216)

Sama-samalah kita renungkan bersama wahai Mahasiswa Hebat sekalian....... 

 
"Kita merancang, Allah juga merancang, Dan Allah adalah sebaik-baik perancang-Nya.
Kita hanyalah merancang dan Allah adalah penentu segalanya"

1 comment:

  1. Salam.
    Saya harap pihak moderator blog ini menggunakan ayat-ayat Quran berdasarkan terjemahan yang sahih. Ayat 2:216 diturunkan sbg motivasi kepada org mukmin di kala Allah menyuruh mereka pergi berperang. Tidak dinafikan bahawa dalam konteks yang lebih luas, ayat ini bermaksud Allah Maha Mengetahui kesudahan baik buruk setiap perkara yang berlaku kepada kita. Namun, apabila pihak moderator cuba mengaitkan isu pembatalan kuliah agama sebagai perkara buruk yang Allah lebih tahu kebaikan, maka maksud ayat ini telah tersasar dari konteks asalnya.Ini kerana kuliah agama/majlis ilmu mempunyai kedudukan yang istimewa dalam agama dan hadis Nabi SAW yang berkenaan kelebihan majlis ilmu juga byk. Dalam erti kata lain, apabila moderator menggunakan ayat ini utk menjelaskan isu tersebut memberi gambaran seolah2 meyukai majlis ilmu ini adalah perkara yang buruk yang Allah tahu kebaikannya (utk menggelaknya). Saya harap pihak moderator cuba periksa balik tulisan ini. Semoga Allah merahmati kita dan memberi kita hidayah untuk memilih 'jalan yang lurus'.
    Wallahhua'lam.

    ReplyDelete