Kini, bermulalah #JelajahAnakMalaysia yang mana melibatkan Mahasiswa dari pelbagai IPT yang prihatin akan masyarakat & sanggup mengorbankan masa cutinya demi masyarakat. #JelajahAnakMalaysia ini bermula pada 1-16 Februari 2013 yang melibatkan negeri-negeri di Semenanjung Malaysia, 25 - 3 Mac 2013 di Sarawak, 5 - 13 Mac 2013 di Sabah & berakhir dengan Perhimpunan Anak Malaysia pada 16 Mac 2013. Program #JelajahAnakMalaysia kali ini bertemakan "TRANSFORMASI RAKYAT" yang terdiri daripada 11 kategori aktiviti & berfokuskan kepada Pusat Perkhidmatan Rakyat (Rakyat Service
Centre).
Presiden Persatuan Alumni Pemimpin Mahasiswa Aspirasi Malaysia
(Aspirasi), Mohd. Shahar Abdullah berkata, program yang mendapat
sokongan daripada 46 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu turut
menawarkan 11 program yang menarik golongan muda terutama program Rakyat
Service Centre.
"Di dalam aktiviti ini (Rakyat Service Centre) kita telah berjaya
mengumpul sebanyak 16 agensi untuk membuka kaunter perkhidmatan dan
sembilan agensi untuk membuat pameran," katanya semasa Sidang Media #JelajahAnakMalaysia yang telah diadakan di Bilik Seminar Kelab Sultan Sulaiman.
Dalam pada itu, Saudara Hafiz Ariffin, Pengerusi MPPK merangkap jurucakap MPPK berkata "Mahasiswa terkenal dengan idealisme mahasiswa dan kita tidak mahu
idealisme itu pergi terlampau idealist tanpa ada pengalaman secara hands on sendiri"
"Program ini akan membantu bagaimana idealisme itu diterjemahkan dalam bentuk yang lebih praktikal" katanya.
#JelajahAnakMalaysia ini juga telah dirasmikan oleh YB Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Ahli Parlimen Putrajaya bertempat di SMK Presint 8, Putrajaya pada 30 Januari 2013. Dalam ucapannya, beliau mengingatkan mahasiswa supaya "Memelihara perpaduan yang menjadi tonggak perpaduan Malaysia selama ini".
#JelajahAnakMalaysia ini juga turut melawat Wad Pediatrik di Hospital Putrajaya dengan kerjasama Majlis Belia Putrajaya.