Perjuangan Belum Selesai

Friday, 9 March 2012

Jom Berpuisi di UMP

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia...

Sudah lama CST tak post pasal UMP kan?? Kali ni CST nak jugak bongkarkan satu program yang Hebat yang bakal diadakan iaitu "Malam Puisi Riong" Berita Harian. Program ini bakal menampilkan artis2 yang Hebat seperti Sabri Yunus, Hazama, Tia & lain2 lagi. Jom kita baca lebih lanjut di bawah ni OK....

SIRI pertama jelajah Malam Puisi Riong Berita Harian (BH) 2012 dengan Universiti Malaysia Pahang (UMP) di Kampus Gambang UMP, jam 8.30 malam esok, membariskan persembahan artis popular termasuk finalis kategori Artis Baru Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 (ABPBH), Hazama.

Pertama kali membabitkan diri dalam acara berbentuk kebudayaan dan memartabatkan sastera, Hazama, menyifatkan kepercayaan yang diberikan kepadanya sebagai penghargaan besar kerana dirinya masih bertatih dalam dunia seni suara.

“Berpeluang menyanyi di hadapan ramai belia yang sering menjadikan artis sebagai idola, membolehkan saya menyampaikan mesej menerusi lagu bagi membangkit semangat generasi muda yang perlu sedar sumbangan mereka penting dalam memastikan kemajuan bangsa, masyarakat dan negara.

“Malah program sebegini mampu memberi ingatan dan kesedaran kepada masyarakat agar tidak mengenepikan hiburan yang mengangkat jati diri dan budaya Melayu seperti pantun, puisi, syair dan gurindam,” katanya.

Hazama bakal menggegarkan pentas Puisi Riong dengan menyampaikan lagu secara akustik dan antara pilihan lagu yang akan disampaikan termasuk single popularnya, Cinta Teragung dan sebuah lagu puisi kegemarannya yang enggan didedahkan sehingga malam persembahan.

Malam Puisi Riong BH-UMP yang mendapat kerjasama Majlis Belia Malaysia (MBM) dan Persatuan Wanita UMP (Matahari) itu memilih tema Menjana Minda Mentransformasi Belia - Suara Hati Generasi Baru, akan turut dimeriahkan dengan persembahan gurindam, syair dan teromba daripada penyair mapan tanah air.
Acara apresiasi puisi itu akan turut menampilkan vokalis Jinbara, Tia yang berhasrat menyampaikan lagu balada popular kumpulan itu, Patri yang sarat dengan lirik puitis dan sering menjadi siulan anak muda, selain berjanji akan tampil dengan persembahan memukau.

“Ini pembabitan kali kedua saya selepas muncul pada Malam Puisi Riong BH- Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di Dataran Pahlawan pada Oktober lalu dan diharapkan sambutan yang lebih memberangsangkan akan diterima daripada mahasiswa UMP dan belia sekitar Gambang mahupun Kuantan,” katanya ketika ditemubual, baru-baru ini.

Selain Tia, pelakon, pelawak dan pengarah drama berkaliber, Sabri Yunus yang sudah beberapa kali menjayakan Malam Puisi Riong sebelum ini, dijangka menggamatkan Malam Puisi Riong BH-UMP, apabila mengemudi acara terbabit di samping akan mendeklamasikan puisi humor.

“Saya akan cuba menarik perhatian belia yang menjadi golongan sasar pada program ini dengan memberi sentuhan jenaka sepanjang majlis berlangsung. Puisi yang akan saya kongsikan dengan khalayak Malam Puisi Riong BH-UMP biarlah saya rahsiakan dulu,” katanya.

Seorang lagi personaliti kelahiran Astro daripada program realiti Imam Muda Musim Ke-2, Imam Muda Hassan, turut dijadualkan beraksi pada Malam Puisi Riong BH-UMP yang akan berlangsung esok, tepat jam 8.30 malam.

“Saya tidak akan mempersembahkan alunan puisi, tetapi tampil dengan monolog berserta tazkirah yang akan turut diselangi petikan ayat suci al-Quran dan akan memetik sejarah nabi bagi memberi kesedaran kepada belia mahupun khalayak yang hadir pada malam itu,” katanya.

Penyair yang akan beraksi pada malam itu ialah Ketua Jabatan Kesusasteraan Bahasa Melayu, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Datuk Dr Mohd Rosli Saludin; Penerima Anugerah Penulisan Asia Tenggara (SEA Write) 2004 dan 2005, Dr Zurinah Hassan dan Abdul Ghafar Ibrahim atau AGI serta pensyarah Fakulti Teknologi Kreatif & Artistik, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Puncak Perdana, Wani Ardy.

Malam Puisi Riong BH-UMP bersempena tahun ke-10 UMP akan turut diserikan Naib Canselor UMP, Prof Datuk Dr Daing Nasir Ibrahim dan Penolong Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UMP, Prof Dr Yuserrie Zainudin, sambil diiringi alunan muzik oleh pelajar UMP.

Kepada Mahasiswa Hebat sekalian, jom kita Cakna akan isu2 semasa dan jangan dilupakan juga pada pusaka Bangsa Melayu akan puisi, sajak, pantun & etc.

Sumber dari BH

Friday, 2 March 2012

CST di ugut Pro-M UMP

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia...

Setelah pelbagai gerakan Pro-M UMP didedahkan, kini CST di UGUT plak. Mungkinkah mereka ini sudah gelabah akibat gerakan mereka diketahui??? Mungkinkah mereka ini takut akan tentangan Mahasiswa???

Jadi, CST akan sentiasa bersama Mahasiswa untuk kebenaran yang lebih lagi. Kepada Pro-M UMP, tidak perlu berselindung disebalik SAHAM lg kerana Mahasiswa Hebat sentiasa waspada & alert dengan gerakan-gerakan ini.


Jom kita like ramai2 OK

CST lihat page ini dari mula CST dapat kesan hingga ke hari ini hanya ada pertambahan seramai 12 orang je walaupun CST tolong promote untuk mereka. Mungkin Mahasiswa sudah pandai menilai...............

Thursday, 1 March 2012

Pro-M UMP FITNAH!!!

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia.

Kepada semua teman2 Mahasiswa sekalian, CST rasakan beberapa hari ini CST di kecam hebat oleh pihak tertentu sebab mendedahkan hal sebenar dalam gerakan mereka. Siapa mereka??? sudah pasti Pro-M UMP = SAHAM. Pelbagai jawapan mereka terpaksa jawab apabila CST dedahkan gerakan mereka ini. Sebab apa? Sebab bau mereka sudah jelas.

CST berbangga dengan kecaman hebat Mahasiswa UMP terutama puak2 SAHAM kerana mereka tidak dapat duduk senang sekarang. Gerakan mereka pun semakin hebat kerana ingin membuktikan mereka ini tidak bersalah. Cukup2lah wahai Pro-M UMP skalian, CST dedahkan keadaan anda sebenar pun kerana CST Peduli akan nasib Mahasiswa sekarang yang mudah dipergunakan oleh senior2 & parti politik luar.

Jom kita lihat, jikalau mereka benar tidak melakukan, kenapa perlu menubuhkan 'page' "Kami Boikot CST penyebar fitnah". Mungkin rahsia mereka diketahui ramai & kalau tidak pun mendapat amaran dari pihak lain yang mereka tidak akan di sponsor lg jika Mahasiswa tidak boikot CST. Inilah page mereka...Jom kita like ramai2 OK. Ini link dia >>> Tekan Sini


Mungkin ini dikatakan fitnah. Kalau manusia yang "Hipokrit" pulak camne ekk??? Hahahaha. CST akan sentiasa bersama Pro-M UMP = SAHAM UMP. tidak perlu gelabah mahupun takut jika CST mmg sebarkan fitnah.Namun,camne plak yang pernah join usrah2 mereka ini???

Tuesday, 28 February 2012

SAHAM UMP menolak Pro-M???

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia...

CST terlihat post dari Presiden SAHAM UMP sendiri bahawa SAHAM UMP menolak Pro-M???. Betulkah kenyataan Saudara Basith ini??? Mungkinkah demi menyembunyikan fakta mereka adalah Pro-M, beliau sanggup korbankan diri. Hal ini sentiasa berlaku dalam kalangan ahli Pro-M kerana semata2 untuk pertahankan Pro-M @ PMI @ SAHAM, mereka sanggup menggadaikan maruah diri & agama Islam itu sendiri kerana bertapa taksubnya mereka terhadap Pro-M & bertapa takutnya belanjawan mereka digantung oleh pihak2 tertentu.

Berikut adalah kenyataan Saudara Basith>>>>>>




Inilah kenyataan beliau yang mana mencemuh tindakan CST kerana membongkar rahsia gerakan mereka yang berselindung disebalik nama SAHAM.

Jikalau betul SAHAM ini bersih dari gerakan Pro-M dan tidak memihak mana2 parti politik, Kenapa dalam usrah perlu ditanya anda sokong PAS @ UMNO???

Jika ahli menjawab UMNO, mereka terus dipinggirkan dan tidak diajak untuk bersama2 berusrah dalam perjumpaan berikutnya....

Apakah MOTIF semua tu??? Adakah usrah hanya untuk yang menyokong PAS sahaja??? atau usrah untuk Pengkaderan PAS dalam UMP???

Kepada ahli SAHAM, CST tahu anda pasti telah melalui soalan2 ini bukan??? Jujurlah dalam perjuangan & berdakwah. Mahasiswa Hebat tidak mudah diperdaya oleh pihak2 yang menggunakan "Spirit Dakwah" untuk kepentingan diri.

SAHAM UMP = Pro-M!!!

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia.....

CST menerima respon yang baik dari post "Pro-M bertapak di UMP" kerana pihak SAHAM UMP mahupun Pro-M UMP telah mengaku wujudnya Pro-M di sana. Hal ini telah menjadikan gerakan Pro-M semakin diketahui oleh Mahasiswa UMP itu sendiri. Dengan itu, secara terbuka memang benar Pro-M telah bertapak di UMP dengan berwajahkan SAHAM yang mana mempergunakan Mahasiswa yang baru dalam agenda gerakan mempolitikkan Pilihanraya Kampus. Lihatlah sendiri OK
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

 Anda boleh menilai sendiri apa itu Pro-M dengan klik link ini => MU

Mahasiswa Hebat pasti dapat menilai baik buruk setiap sesuatu. Kepada Mahasiswa baru iaitu Pelajar Tahun 1, diharapkan anda tidak terpedaya dengan tipu helah mereka2 ini....Sekian.....

Sunday, 26 February 2012

Pro-M bertapak di UMP

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia........

CST nak share ngan korang suma yg mana CST maklum bahawa Pro-Mahasiswa (Pro-M) telah mula bertapak di UMP. Mereka ini masih belum membuka baju mereka iaitu menyatakan mereka adalah Pro-M malah gerak kerja mereka seiras gerakan Pro-M. Mungkinkah UMP telah ditakluk oleh Pro-M??? Jom kita Cakna~

Pada hari Jumaat yang lepas iaitu 24/2/2012, para gerakan MASUL, PIMPINAN & UPTA bersama Mahasiswa Sahabat Masjid (SAHAM) UMP dikatakan berkumpul di tempat KAFA Balok, iaitu belakang Masjid Balok, Kuantan, Pahang. Secara kebetulannya, tempat mereka itu adalah antara pusat gerakan parti politik luar iaitu PAS. Mungkin ini adalah secara kebetulan juga kerana kemarahan pihak SAHAM UMP terhadap pengurusan UMP yang menangguhkan program yang bakal diadakan oleh mereka. Mungkinkah ini juga secara kebetulan???

Pada malam Sabtu pula, mereka dikatakan bertemu dengan penasihat PKR iaitu DS Anwar Ibrahim di sekitar kawasan Kuantan, Pahang. Ini juga adalah kebetulan kerana DSAI & YB Nurul Izzah akan berhujah dalam isu 'Penolakan terhadap Lynas' di sekitar Kuantan pada hari Ahad (26/2/2012).

Persoalan CST.....Haruskah Mahasiswa terlibat sama dalam hal yang melibatkan isu parti politik & bukannya hal masyarakat mahupun Mahasiswa??? Adakah Mahasiswa masa kini yakin bahawa PR pasti akan bantu mereka apabila PR menang dalam PRU nanti. Selain itu, CST pelik kerana mengapa DSAI menziarahi Mahasiswa2 Pro-M ini kerana seperti yang kita tahu Pilihanraya Kampus (PRK) hanya dalam lingkungan masa yang ada kini sahaja. Mungkinkah DSAI mahukan Mahasiswa berkempen atas dasar parti politik PR yang beria2 ingin menawan Putrajaya.

CST harap, Mahasiswa Hebat dapat memilih jalan yang benar. Kepada Pro-M UMP, tidak perlu berselindung lagi kerana CST sudah lama tahu akan gerakan 'underground' anda dalam SAHAM. Kembalilah berada di jalan yang benar iaitu pijak berpaksikan Mahasiswa.

Cukuplah utk setakat ini kupasan CST. Kepada Mahasiswa UMP, sila berjaga2 akan gerakan Pro-M ini kerana mereka bakal memporak-porandakan Mahasiswa. Sedarlah semua dari bayangan2 hitam yang kini mendekati kita

Friday, 24 February 2012

Pro-M pilihan Mahasiswa

CST amat kagum bila tengok Pro-Mahasiswa ni mendapat sokongan padu Mahasiswa UM. Seramai hampir 2000 Mahasiswa UM akan membanjiri Dataran Tuanku Canselor(DTC) Universiti Malaya pada malam tadi. Hebat sungguh Pro-M kerana menjadi pilihan Mahasiswa masa kini.

Pro-M ini menjadi pilihan Mahasiswa kerana kehadiran yang dianggarkan seramai 2000 dalam Pelancaran Jentera & perkenalkan calon2 Pro-M. Malah kehadirannya memang di luar jangkaan Pro-M ini kerana merekalah pilihan Mahasiswa.

Jom kita Cakna :
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
Begitu Ramai tengah membanjiri dataran

 Hampir 2000 org tgh berkumpul utk pelancaran Pro-M


Tindakan Pro-M ini sangat membimbangkan Mahasiswa Pro-Aspirasi yang mana gerakan mereka ibarat sunyi & tiada langsung...Adakah Pro-A sudah mula takut akan Pro-M kerana Pro-M pilihan Mahasiswa...Mahasiswa Hebat bijak memilih......

Sumber : Sarfams