Perjuangan Belum Selesai

Saturday, 12 May 2012

Perjuangan Belum Selesai

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia

Apa khabar semua??? CST harapkan semuanya sihat-sihat belaka OK. Kali ni CST nak berkongsi dengan teman-teman sekalian berkenaan Perjuangan Belum Selesai. Apa yang CST ingin maksudkan adalah keadaan Negara kita yang amat kita cintai ini yang mana sejak kebelakangan ini sering ditimpa pelbagai musibah & bencana yang mana akan memecahbelahkan kaum. Samada kaum yang berbangsa Melayu, Cina, India mahupun lain-lain. 

Sebelum CST bercerita lebih panjang lagi, moh kita hayati sajak bekas Perdana Menteri Malaysia ke-4 iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad ini...


Sesungguhnya tidak ada yang lebih menyayat hati,
Dari melihat bangsaku dijajah
Tidak ada yang lebih menyedihkan
dari membiarkan bangsaku dihina
Air mata tiada ertinya
Sejarah silam tiada maknanya
Sekiranya bangsa tercinta terpinggir
Dipersenda dan dilupakan
Bukan kecil langkah wira bangsa
Para pejuang kemerdekaan
Bagi menegakkan kemuliaan
Dan darjat bangsa
Selangkah bererti mara
Mengharung sejuta dugaan
Biarkan bertatih
asalkan langkah itu yakin dan cermat
bagi memastikan negara
merdeka dan bangsa terpelihara

air mata sengsara

mengiringi setiap langkah bapa-bapa kita

Bukan kecil tugas kita
Meneruskan perjuangan kemerdekaan kita
Kerana rupanya selain memerdekakan,
Mengisi kemerdekaan itu jauh lebih sengsara
Bangsaku bukan kecil hati dan jiwanya
Bukankah sejak zaman berzaman
Mereka menjadi pelaut, pengembara
Malah penakluk terkemuka?
Bukankah mereka sudah mengembangkan sayap
Menjadi pedagang dan peniaga
Selain menjadi ulama dan ilmuwan terbilang?
Bukankah bangsaku pernah mengharung Samudera 
Menjajah dunia yang tak dikenal
Bukankah mereka pernah menjadi wira serantau
Yang tidak mengenal erti takut dan kematian?
Dimanakah silapnya?
Hingga Bangsaku merasa begitu kecil
Dan rendah diri
Apakah angkara penjajah?
Lalu Bangsaku mulai melupakan sebilangan silam
 Dan sejarah gemilang membina empayar
Tugas kita belum selesai rupanya
Bagi memartabat dan memuliakan bangsa
Kerana hanya bangsa yang berjaya 
Akan sentiasa dihormati

Rupanya masih jauh dan berliku jalan kita
Bukan sekadar memerdeka dan mengisinya
tetapi mengangkat darjat dan kemuliaan
buat selama-lamanya
Hari ini, jalan ini pasti semakin berliku
Kerana masa depan belum tentu menjanjikan syurga
Bagi mereka yang lemah dan mudah kecewa
Perjuangan kita belum selesai

Kerana hanya yang cekal dan tabah

Dapat membina mercu tanda
Bangsanya yang berjaya.

- Tun Dr. Mahathir Mohamad (Malam Puisi Utusan, 4 Mei 1996)

Kepada Bangsaku sekalian, bersatulah kita untuk menjadikan Negara yang Berjaya & Maju. Lupakanlah segala niat & hasrat ingin menjatuhkan Bangsa sendiri kerana sikap kita ini menjadikan Bangsa lain tertawakan akan perpecahan yang berlaku. Sedarlah wahai Bangsaku sekalian bahawa Malaysia adalah Negara yang Aman Damai & Negara yang Maju. Marilah kita bersatu dalam mencapai Negara Maju 2020 & bukannya menjadikan Negara Hancur 2020. 

Bangunlah wahai Mahasiswa Hebat & bangkitlah dari tidurmu. Sedarlah dari mimpimu bahawa Malaysia memerlukan pejuang yang berjuang untuk Bangsa & seterusnya mampu untuk menegakkan kegemilangan Agama Islam di Negara Malaysia tercinta ini.

CST : mengagumi setiap usaha Tun Dr Mahathir ..

No comments:

Post a Comment