Siapa yang tidak mengenali Ustad Don Daniyal Don Biyajid atau lebih dikenali dengan panggilan manja Ustad Don. Terbaru, Pusat Islam Universiti Malaysia Terengganu telah menganjurkan satu program yang dikenali sebagai sedetik bersama Ustad Don.
"Syurga Ditelapaknya" merupakan tajuk yang diberi pendedahan kali ini. Tentu rakan-rakan CST dapat menjangkakan isi apa yang dikupas oleh Ustad Don melalui tajuk tersebut. Di sini CST dapat membuat kesimpulan serba sedikit tentang ceramah yang diberikan oleh Ustad Don. Antara pengisiannya ialah "walau seberat manapun kita mendukung mak kita ketika menunaikan tawaf sekali pun tidak akan
terbalas susu setitik yang telah mak kita beri kepada kita.” Dalam ceramah ini juga ustad don turut memesan kepada para ibubapa agar jangan cepat terasa dengan perangai
anak-anak. Sebagai Mahasiswa yang terpelajaran, kita harus sentiasa beringat bahawa sekiranya ibu tidak menghalalkan setitik air susu
ibu maka kita akan tergolong dalam kalangan anak derhaka walaupun kita sudah berjaya dan menjadi orang berpengaruh kelak.
Ini sedikit sedutan dari program tersebut :-
Ini sedikit sedutan dari program tersebut :-
-Seawal ketibaanUstad Don disambut oleh mahasiswa UMT-
-Sungguh ramai peminat Ustad Don di Universiti Malaysia
Terengganu rupanya-
-Terukir di senyuman Ustad Don dengan gelagat Mahasiswa UMT yang ramah belaka-
Ini merupakan pengisian yang seharusnya diberi kepada semua Belia yang bergelar Mahasiswa agar segala gejala moral yang tidak berguna dapat dibendung. Tahniah UMT.
Sumber : PUSAT ISLAM DAN MAHASISWA UMT
No comments:
Post a Comment