Perjuangan Belum Selesai

Showing posts with label Islam. Show all posts
Showing posts with label Islam. Show all posts

Friday, 18 May 2012

[Video] Agama Islam Diperalatkan

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia

Jom sama-sama kita lihat & dengar pandangan Negarawan terulung ini iaitu Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. 


Seperti apa yang dikatakan oleh Tun, Agama Islam sekarang ini telah pun diperalatkan oleh individu yang inginkan kuasa. 

"Orang yang paham tentang ajaran agama Islam, suka gunakan kefahaman mereka untuk membantu mereka merebut kuasa bagi diri mereka bukan bagi agama Islam"

Adakah ini yang kita mahukan untuk Negara Malaysia yang kita cintai ini bahawa Agama Islam bukan lagi Agama Persekutuan seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Dalam kitab Allah, Al-Quran pun telah menyebut bahawa Agama Islam Agama yang Syumul...

Kepada Mahasiswa Hebat sekalian, gunakanlah akal fikiran kita yang bijak lagi hebat ini untuk sama-sama kita berfikir dan melihat apakah kehendak Malaysia ini untuk kehidupan kita & anak cucu kita akan datang. CST berani katakan, keadaan sekarang sudah baik & aman...


Friday, 20 April 2012

#LGBT & Seks Bebas Terancang!!

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia...

Sukakah anda pada Budaya LGBT & Seks Bebas ini wujud di Malaysia???
Jom kita Cakna dan Ayuh sama2 Bantah akan Gerakan yang tidak bermoral dan budaya songsang ini..



 
Program 
Kesedaran Ancaman Seks & LGBT
21 April 2012, Jam 2.30 Petang Di Stadium Bola Universiti Putra Malaysia 
Antara yang akan hadir:
En. Azwanddin Hamzah, Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM), YB Datuk Zulkifli Nordin, Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baru, YB Dato' Dr Hassan Ali, Presiden Jalur Tiga (JATI), Y.Bhg Datuk Dr Makmur Othman, Setiausaha Agung PPIM, Tuan Maulana Syed, Ketua Syura, Jemaah Tabligh Malaysia, Datuk Mohd Ali Baharom, Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu Malaysia (PVTM).
Mohd Jurid Ramli, Setiausaha Badan Gabungan NGO Malaysia, En. Sheikh Rizal, Waris Malaya, Sdr Hamidzun Khairuddin, Pengerusi GAPS, Sdr Mohd Shahar Abdullah, Presiden Persatuan Alumni Pemimpin Aspirasi Malaysia (ALUMNI),  
En. Mohd Iqbal Ismail, Pengerusi Badan Bertindak PIBG Selangor.
 
 
JOM HADIR tanda sokongan akan perjuangan menentang isu ini demi masa depan Anak Bangsa Malaysia tanpa mengira fahaman Politik & Ideologi masing-masing.  
 
DEMI AGAMA ISLAM, BANGSA MELAYU & TANAH AIR KU MALAYSIA.

untuk lebih makluman, klik SINI

Tuesday, 27 March 2012

Jom Bermuhasabah Sebentar

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia...

Kepada teman-teman Mahasiswa sekalian, CST kali ni nak share somthing lain daripada yang lain. Benda ni pun untuk pengetahuan kita semua sebagai Umat Islam dan juga aktiviti yang Wajib kita laksanakan setiap hari iaitu Amal Ibadah kita kepada yang ESA dengan menunaikan Solat. Mungkin kita semua tidak pernah tinggalkan Solat, namun adakah kita menyelami & memahami setiap makna setiap bacaan kita dalam Solat???

Di sini CST nak share ngan Mahasiswa sekalian Maksud setiap perlakuan kita dalam Solat. Jom kita Cakna.


Best dan mudah kan untuk kita memahami maksud setiap pergerakan dan bacaan kita dalam Solat. CST sentiasa mencari sesuatu yang mudah untuk Mahasiswa memahami dalam membentuk Mahasiswa Hebat. Bukan sahaja dalam perihal Politik Mahasiswa mahupun Politik Malaysia, tapi perihal kita sebagai Umat Islam yang sujud pada Yang 1, BerIman pada Yang 1 dan Agama Yang 1. Semua demi Islam dan masa depan Islam.

Jikalau kita sendiri tidak menilai sesuatu itu dengan baik dan asyik menyembunyikan kebenaran dan menyebarkan kemungkaran, semestinya Islam yang Indah ini akan hilang keindahannya oleh kerana Insan-Insan yang mempergunakan Islam dalam perjuangannya untuk menutup kesalahan peribadi & untuk kepentingan peribadi. Sama-samalah kita bermuhasabah.


Selamat Beramal & Menunaikan Ibadah yang merupakan salah satu dari Rukun Islam...