Perjuangan Belum Selesai

Showing posts with label Pro-M. Show all posts
Showing posts with label Pro-M. Show all posts

Saturday, 26 October 2013

Pilihanraya Kampus (PRK) Kembali Ke Kampus Anda

PRK 2013 kini mula menerjah ke seluruh IPTA. CST yang sudah lama tidak menulis kini kembali melaporkan keadaan-keadaan kampus yang akan dan telahpun melalui PRK.....

Banyak persoalan yang CST ingin bangkitkan buat para Mahasiswa sekalian. Sepertimana kita tahu, inilah persaingan antara 2 atau lebih kumpulan Mahasiswa yang ingin menjadi salah seorang ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) atau Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM) yang akan meletakkan dirinya dalam Politik Kampus.

Buat masa sekarang. beberapa kampus telahpun selesai menjalankan proses pengundian yang mana menjadi penentu kepada kemenangan untuk parti politik Mahasiswa iaitu Pro-Aspirasi mahupun Pro-Mahasiswa. Kini, UPNM telahpun dimenangi oleh Pro-Aspirasi yang mana kumpulan ini menang bersih kesemua kerusi yang dipertandingkan. Perkara ini telahpun diumumkan oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UPNM, Prof. Madya Dr. Mohamad Fadzil Che Din selepas sesi penamaan calon pada 17 Oktober 2013. Klik SINI untuk tambahan maklumat.

Seterusnya, Universiti Sains Islam Malaysia (USiM) pula telah dikejutkan dengan kemungkinan mendapat Yang di-Pertua MPP seorang Mahasiswi dimana Saudari Nurul Syakirin Ahmad Najid, 22, daripada Fakulti Syariah dan Undang-Undang, memperoleh 6,879 undi dan dijangka mencatat sejarah sebagai Yang Dipertua MPP wanita pertama. Klik SINI. Di USIM, tiada kumpulan parti Mahasiswa kerana mereka dilarang untuk bertanding secara berkumpulan.

Kehangatan PRK2013 diteruskan lagi dengan Kampus Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dimana kemenangannya berpihak kepada kumpulan GMUKM (Gerakan Mahasiswa UKM). Insiden yang luar biasa telahpun berlaku di UKM sehinggakan calon dari GMUKM yang bertanding diugut dengan dilempar BOM dirumah mereka. Perkara ini sedang disiasat oleh uUnit Forensik dari Bukit Aman. Insiden ini telahpun memberi kemenangan kepada pihak yang dianiaya (kononya) iaitu GMUKM. Klik SINI.

Seterusnya, Universiti Sains Malaysia pula menunjukkan kemenangan berpihak kepada Pro-Aspirasi Mahasiswa dimana kumpulan pro-Aspirasi di kampus itu menang dengan memperolehi 16 kerusi di kampus induk - empat kawasan umum dan 12 pusat pengajian. Bagi kumpulan pro-M USM pula, mereka hanya memperolehi sembilan kerusi - dua kerusi umum dan tujuh kerusi pusat pengajian. Situasi ini membuktikan bahawa Mahasiswa USM masih yakin kepada kepimpinan Pro-Aspirasi yang kini telahpun mencecah selama 10 Tahun. Tahniah USM.

Bagi Kampus Universiti Malaysia Sabah kampus Labuan (UMSKAL) dan Universiti Malaysia Sarawak (UNiMAS), kemenangan berpihak kepada Pro-Aspirasi Mahasiswa. Keadaan ini membuktikan bahawa krediabiliti pemimpin yang dilahirkan dari Pro-Aspirasi diterima oleh Mahasiswa dan kumpulan inilah yang sentiasa membawa suara Mahasiswa ke peringkat yang sewajarnya dengan kaedah yang betul.

Dalam pada itu, CST masih menanti apa pula kemungkinan yang akan berlaku di Universiti Utara Malaysia (UUM) dimana akan melalui proses pengundian pada 28 Oktober ini. Pertarungan 3 penjuru antara Pro-Mahasiswa, Perubahan dan Hijrah Mahasiswa. Siapakah yang dipilih dan layak untuk berhijrah bersama Hijrah Mahasiswa.....

Untuk itu, CST setia menanti apa pula kemungkinan yang akan berlaku di IPTA Zon Timur yang menjadi kawasan jajahan CST. Adakah kemenangan berpihak kepada  Pro-Aspirasi Mahasiswa??? ataupun Pro-Mahasiswa??? Jika mungkin kumpulan Mahasiswa yang tidak berpihak kepada mana-mana parti Mahasiswa??? iaitu Mahasiswa yang bersama Universiti.... Apakah mungkin wujudnya kumpulan-kumpulan Mahasiswa yang selama ini merahsiakan identitinya dan bangkit untuk meraih suara Mahasiswa untuk memilih mereka...Mungkin SAHAM UMP mula membuka baju mereka dengan menunjukkan mereka dari kumpulan Pro-Mahasiswa??? mahupun GAMIS???...


Nantikan laporan seterusnya dari CST khas buat anda semua para Mahasiswa...Mahasiswa Hebat sentiasa inginkan KEJAYAAN & kemunculan yang HEBAT....

Tuesday, 3 April 2012

Pro-M Bahan Lawak #AmanKampus

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia...

Jom rakan-rakan Mahasiswa sekalian kita tengok VIDEO tentang program #AmanKampus yang telah pun diadakan di ZOn Utara pada hujung minggu yang lepas. Memang terbaiklah CST nak bagitaw korang semua. Siap kumpulan "Mamu Raja Lawak" join sama...Pastiiiii mariiiiiiii...Jom kita cakna ramai-ramai OK,


KahkahKahkahKah...Lawak betul Mamu Raja Lawak ni kan. Memang geng Pro-M pasni cari batu Nisan dan berDemo "Kami Boikot Mamu Raja Lawak".

Kepada rakan Mahasiswa sekalian yang rasa-rasa tindakan geng Pro-M ini betul, renungkan & fikirkanlah OK. Mahasiswa Hebat pasti bijak menilai yang mana baik & yang mana buruk. Kalau anda inginkan seperti apa yang dalam video ini berlaku, pilihlah Pro-M, kalau tidak mahu, BOIKOT Pro-M.

Anda boleh klik SINI & SINI sama OK