Perjuangan Belum Selesai

Showing posts with label IPT. Show all posts
Showing posts with label IPT. Show all posts

Saturday, 26 October 2013

Pilihanraya Kampus (PRK) Kembali Ke Kampus Anda

PRK 2013 kini mula menerjah ke seluruh IPTA. CST yang sudah lama tidak menulis kini kembali melaporkan keadaan-keadaan kampus yang akan dan telahpun melalui PRK.....

Banyak persoalan yang CST ingin bangkitkan buat para Mahasiswa sekalian. Sepertimana kita tahu, inilah persaingan antara 2 atau lebih kumpulan Mahasiswa yang ingin menjadi salah seorang ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) atau Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM) yang akan meletakkan dirinya dalam Politik Kampus.

Buat masa sekarang. beberapa kampus telahpun selesai menjalankan proses pengundian yang mana menjadi penentu kepada kemenangan untuk parti politik Mahasiswa iaitu Pro-Aspirasi mahupun Pro-Mahasiswa. Kini, UPNM telahpun dimenangi oleh Pro-Aspirasi yang mana kumpulan ini menang bersih kesemua kerusi yang dipertandingkan. Perkara ini telahpun diumumkan oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UPNM, Prof. Madya Dr. Mohamad Fadzil Che Din selepas sesi penamaan calon pada 17 Oktober 2013. Klik SINI untuk tambahan maklumat.

Seterusnya, Universiti Sains Islam Malaysia (USiM) pula telah dikejutkan dengan kemungkinan mendapat Yang di-Pertua MPP seorang Mahasiswi dimana Saudari Nurul Syakirin Ahmad Najid, 22, daripada Fakulti Syariah dan Undang-Undang, memperoleh 6,879 undi dan dijangka mencatat sejarah sebagai Yang Dipertua MPP wanita pertama. Klik SINI. Di USIM, tiada kumpulan parti Mahasiswa kerana mereka dilarang untuk bertanding secara berkumpulan.

Kehangatan PRK2013 diteruskan lagi dengan Kampus Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dimana kemenangannya berpihak kepada kumpulan GMUKM (Gerakan Mahasiswa UKM). Insiden yang luar biasa telahpun berlaku di UKM sehinggakan calon dari GMUKM yang bertanding diugut dengan dilempar BOM dirumah mereka. Perkara ini sedang disiasat oleh uUnit Forensik dari Bukit Aman. Insiden ini telahpun memberi kemenangan kepada pihak yang dianiaya (kononya) iaitu GMUKM. Klik SINI.

Seterusnya, Universiti Sains Malaysia pula menunjukkan kemenangan berpihak kepada Pro-Aspirasi Mahasiswa dimana kumpulan pro-Aspirasi di kampus itu menang dengan memperolehi 16 kerusi di kampus induk - empat kawasan umum dan 12 pusat pengajian. Bagi kumpulan pro-M USM pula, mereka hanya memperolehi sembilan kerusi - dua kerusi umum dan tujuh kerusi pusat pengajian. Situasi ini membuktikan bahawa Mahasiswa USM masih yakin kepada kepimpinan Pro-Aspirasi yang kini telahpun mencecah selama 10 Tahun. Tahniah USM.

Bagi Kampus Universiti Malaysia Sabah kampus Labuan (UMSKAL) dan Universiti Malaysia Sarawak (UNiMAS), kemenangan berpihak kepada Pro-Aspirasi Mahasiswa. Keadaan ini membuktikan bahawa krediabiliti pemimpin yang dilahirkan dari Pro-Aspirasi diterima oleh Mahasiswa dan kumpulan inilah yang sentiasa membawa suara Mahasiswa ke peringkat yang sewajarnya dengan kaedah yang betul.

Dalam pada itu, CST masih menanti apa pula kemungkinan yang akan berlaku di Universiti Utara Malaysia (UUM) dimana akan melalui proses pengundian pada 28 Oktober ini. Pertarungan 3 penjuru antara Pro-Mahasiswa, Perubahan dan Hijrah Mahasiswa. Siapakah yang dipilih dan layak untuk berhijrah bersama Hijrah Mahasiswa.....

Untuk itu, CST setia menanti apa pula kemungkinan yang akan berlaku di IPTA Zon Timur yang menjadi kawasan jajahan CST. Adakah kemenangan berpihak kepada  Pro-Aspirasi Mahasiswa??? ataupun Pro-Mahasiswa??? Jika mungkin kumpulan Mahasiswa yang tidak berpihak kepada mana-mana parti Mahasiswa??? iaitu Mahasiswa yang bersama Universiti.... Apakah mungkin wujudnya kumpulan-kumpulan Mahasiswa yang selama ini merahsiakan identitinya dan bangkit untuk meraih suara Mahasiswa untuk memilih mereka...Mungkin SAHAM UMP mula membuka baju mereka dengan menunjukkan mereka dari kumpulan Pro-Mahasiswa??? mahupun GAMIS???...


Nantikan laporan seterusnya dari CST khas buat anda semua para Mahasiswa...Mahasiswa Hebat sentiasa inginkan KEJAYAAN & kemunculan yang HEBAT....

Wednesday, 23 May 2012

[Video] Debat PTPTN KJ vs Rafizi

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia

Alhamdulillah, selesai sudah detik yang bersejarah pada 22 Mei 2012 iaitu debat PTPTN antara YB Khairi Jamaludin VS Tuan Rafizi. Sungguh hebat & tepat hujah yang diberikan.

Kepada yang tidak sempat tengok secara LIVE debat sebentar tadi, moh sama-sama kita cakna akan isu Mahasiswa ini. Berehhhhhh...








Di sini CST nak katakan bahawa Mahasiswa Hebat pasti dapat menilainya dengan baik.

Tuesday, 22 May 2012

PTPTN??? Jom BerDebat

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia

Apa itu PTPTN??? Pinjam Tahu Pulangkan Tak Nak??? Di sini CST nak maklumkan pada teman-teman Mahasiswa mahupun rakyat Malaysia sekalian,jom bersama CST kita saksikan DEBAT PTPTN antara Saudara Khairi Jamaludin VS Saudara Rafizi pada 22 Mei 2012 (Selasa) jam 10 malam yang akan berlangsungnya di Auditorium Kompleks Kumpulan Media Karangkraf. LIVE di Astro AWANI pun ada sama & radio 24 di frekuensi 93.9...



JOM semua kita saksikan bersama. Jadilah Mahasiswa yang CAKNA akan perihal Mahasiswa & bukannya Mahasiswa yang asyik sibuk dengan berpolitik tanpa arah tuju hingga menggadaikan masa depan diri sendiri. Jadilah Mahasiswa Hebat yang berfikiran positif, realistik & berimpak tinggi dalam menjamin Mahasiswa yang Berkualiti tinggi. Buktikan Mahasiswa adalah yang terbaik.


 Opsssss...terkena batang hidung sendiri pulak.




Saturday, 14 April 2012

Apa Sudah Jadi Terhadap Mahasiswa???

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia...

CST agak terkilan dengan sikap sekumpulan Mahasiswa yang tidak tahu bersyukur dengan segala nikmat & kesenangan yang telahpun mereka perolehi. Apa yang CST kesalkan, inikah bakal-bakal pemimpin Negara yang ingin kita lahirkan & juga graduan Universiti yang bakal bergraduat suatu hari nanti dan juga bakal menjadi Pengarah, Pengurus, Pemimpin dan sebagainya.

Seperti post CST sebelum INI, kenapalah mereka-mereka ini tidak lakukan sedemikian dan cara tersebut lebih bagus daripada menganggu ketenteraman negara kita Malaysia yang kini makin tidak stabil disebabkan oleh pihak yang pentingkan diri & hanya tahu menjaja janji-janji palsu untuk meraih simpati.

Jom Kita Cakna & lihat Gambar-gambar di bawah....




 

CST tak nak komen panjang-panjang tentang DEMO PTPTN ini. Anda Mahasiswa Hebat, anda pasti dapat menilainya sendiri. Adakah wajar @ tidak wajar tindakan segelintir Mahasiswa yang turut serta dalam DEMO ini. Inikah dikatakan Mahasiswa pewaris Negara??

Untuk lebih lanjut, boleh tengok blog rakan CST: Gerakan13, SARFAMS, Malaysia Bangkit

PTPTN = Pinjam Tahu Pulangkan Tak Nak

Tuesday, 3 April 2012

PTPTN Akan Dimansuhkan???

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia...

CST nak share dengan teman Mahasiswa sekalian tentang satu perkara yang sangat sinonim dengan Mahasiswa di IPT iaitu PTPTN. CST dapat maklum PTPTN akan dimansuhkan sekiranya Parti Pembangkang memerintah kerajaan Malaysia. Fuhhhh, memang x patut betul la dorang ni. Tak habis-habis nak menyusahkan Mahasiswa. Dah la mempergunakan Mahasiswa untuk berDEMO demi kepentingan politik.

CST pelik dengan pembangkang ni bukannya apa, waktu dekat PRU13 ni, macam-macam plak 'Janji Kosong' yang ditaburkan kepada Mahasiswa untuk sokong dorang dengan bakal memberikan pendidikan percuma. Apa yang percumanya pun tak tahulah CST sebab CST fikir Mahasiswa ni memang percuma menerima pendidikan yang ditipu oleh Pihak Pembangkang ini.

Kenapa CST katakan sebegini, jom kita cakna dengan keadaan Mahasiswa di Turki yang Ketua Pembangkang ni mempergunakan...

  •  
  •  
  •  
 Pastu kita tengok apa jadi di Turki yang sebenarnya


Klik SINI dan SINI OK untuk lebih pasal keadaan Mahasiswa di Turki ni.

Adakah anda yakin dengan Pindidikan Percuma yang ditawarkan ini oleh Ketua Janji Kosong ini??? CST yakin keadaan ini bukannya meringankan beban Mahasiswa di IPT malah bertambah beban dengan kos peralatan untuk pendidikan yang sangat tinggi.


Janganlah jadi Mahasiswa yang seronok dengan tawaran yang belum pasti pendapatannya namun jadilah Mahasiswa Hebat yang sentiasa bersyukur dengan nikmat keAmanan & keMakmuran yang kita ada di IPT. Jikalau PTPTN itu membebankan, xperlu pinjam @ terima OK. Kalau mansuhkan, apalah nasib Mahasiswa yang berlatarbelakangkan keluarga miskin. Berfikirlah menggunakan Akal fikiran dengan baik demi masa hadapan yang Cemerlang & Terbilang.

Sumber dari SARFAMS