Perjuangan Belum Selesai

Showing posts with label demonstrasi. Show all posts
Showing posts with label demonstrasi. Show all posts

Thursday, 3 May 2012

Khalid Ismath Pembunuh??

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia

Kepada semua teman2 CST, diharapkan anda menjauhkan diri daripada manusia yang bernama Khalid Ismath ini yang mana merupakan golongan syiah yang sangat taksub. Apa itu Syiah?? moh sini CST nak share.....

Syiah ialah golongan yang mendakwa Sayyidina Ali lebih utama daripada sahabat-sahabat lain dan mengkafirkan sahabat-sahabat yang lain. Inilah perkara pokok yang membezakan golongan Syiah daripada golongan-golongan Islam yang lain. Terdapat beberapa banyak aliran di dalam Syiah itu sendiri yang pada dasarnya masing-masing mempunyai konsep yang tersebut di atas. Tetapi aliran-aliran itu berbeza antara satu dengan yang lain kerana wujudnya fahaman-fahaman atau ajaran-ajaran yang saling berbeza. Tetapi tumpuan yang utama akan diberikan kepada Syiah Imamiyyah Ithna Asyariyyah* kerana kekeliruan yang timbul di dalam masyarakat sekarang ini ialah berhubung dengan Syiah Imamiyyah Ithna Asyariyyah. Syiah inilah yang dipertikaikan oleh para ulama di setiap tempat pada masa ini kerana ramainya bilangan mereka dan kedudukan mereka yang semakin popular terutama selepas tercetusnya revolusi di Iran.

mungkin terdapat banyak lagi definisi yang lain. Tapi daripada apa yang CST nak share dengan teman2 sekalian, Syiah ni mempunyai kefahaman yang bercanggah dengan Agama Islam.

Mengapa CST katakan Khalid Ismath ni pembunuh, Jom kita cakna




Pandai2lah korang menilainya sendiri OK. CST sangat tak sangka orang yg bergelar Mahasiswa macam dia ni menghina pekerjaan yang Mulia & Baik. Inilah contoh Mahasiswa yang tidak menggunakan Akal ketika berfikir. Moh ramai2 kita tolak Khalid Ismath. Mahasiswa Hebat sentiasa berpijak kepada kebenaran dan bukannya mudah diperdaya oleh insan yang hanya pentingkan perjuangan peribadi & kepentinga puak luar yang akan Menjahanamkan Agama Islam & Bangsa Melayu itu sendiri di Malaysia ini.

Untuk lebih maklumat, Klik SINI, SINI & SINI

Thursday, 19 April 2012

Mahasiswa Oh Mahasiswa!!!

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia...


Sejak kebelakangan ini, kita selalu dibuaikan dengan pelbagai cerita & kisah tentang Mahasiswa. Semakin hari, semakin mengganas Mahasiswa yang tidak tahu bersyukur ini dan sentiasa mendesak pihak Kerajaan Persekutuan untuk menurut hasrat mereka yang rata-rata bakal merugikan Negara & menjahanamkan keadaan Negara Malaysia, Negaraku yang ku Cintai ini...

CST sempat mengarang sedikit kisah berkenaan Mahasiswa sekarang ni.

Mahasiswa
Mahasiswa, 
Namanya indah lagi Megah,
Megahnya sungguh Hebat tidak terkata,
Maha itulah tahap Darjatnya,
Siswa itulah nama Pewaris Negara

Mahasiswa,
Kenapakah kini engkau lupa,
Akan pengorbanan pejuang Bangsa & Negara,
Kenapakah engkau mudah diperdaya,
Oleh tipu daya dan kata dusta,
Insan yang dendamnya belum terlaksana

Mahasiswa,
Bangunlah, Bangunlah, Bangunlah wahai Mahasiswa,
Sedarlah dari tidurmu yang terjaga,
Sedarlah dirimu akan Negara,
Yang kini menjadi porak peranda keranamu Mahasiswa.

Wahai Sahabatku,
Cukuplah dengan tindak tandukmu yang dicela,
Cukuplah akan kejahilanmu itu,
Mahasiswa sungguh murni namanya,
Jikalau engkau sering diperdaya,
Habislah sudah Pewaris Agama, Bangsa dan Negara.

Nukilan:CST

p/s: CST sentiasa doakan yang tebaik demi Mahasiswa. Mahasiswa Hebat tahu asal usulnya dan kewujudannya.......

Mahasiswa di Cari kerana PTPTN!!!

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia...

Jom kita Cakna bersama CST tentang PTPTN ni. CST nak dedahkan kepada semua bahawa Mahasiswa2 yang CST tunjukkan di bawah nanti di cari kerana PTPTN. Kenapa mereka di cari??? Moh kita sama2 cakna bersama CST....


Kepada semua yang kenal akan muka-muka ini, mohon maklumkan kepada mereka supaya bayar balik duit pinjaman yang telah mereka pinjam OK...

Untuk makluman semua & CST pun telah maklum bahawa sebelum kita mendaftar ke IPTA/IPTS lagi kita dah diberitahu bahawa PTPTN ini adalah 'Option' kepada semua bakal Mahasiswa @ Mahasiswa yang menuntut di IPTA/IPTS untuk membuat permohonan meminjam atau tidak. Betul tak???? Lagipun,kita sendiri yang perlu ke BSN untuk beli NO PIN PTPTN sebab nak isi borang permohonan. Kalau tak,tak dapat lah duit kan........

So,kepada yang dah pinjam tu,buatlah cara pinjam & pandai pinjam, pandailah bayar balik. Ni tak, malas bayar nak berDEMO je keje. CST bukannya nak aibkan sesiapa OK, malah CST nak tunjukkan kebenaran kepada Mahasiswa sekalian mereka2 inilah yang mencemarkan nama Mahasiswa. Tengok video ni untuk lebih lanjut.....


Sama-samalah kita nilai balik wahai Mahasiswa Hebat yang CST hormati......

PTPTN = Pinjam Tahu Pulangkan Tak Nak

Sumber : Gerakan13

Saturday, 14 April 2012

Apa Sudah Jadi Terhadap Mahasiswa???

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia...

CST agak terkilan dengan sikap sekumpulan Mahasiswa yang tidak tahu bersyukur dengan segala nikmat & kesenangan yang telahpun mereka perolehi. Apa yang CST kesalkan, inikah bakal-bakal pemimpin Negara yang ingin kita lahirkan & juga graduan Universiti yang bakal bergraduat suatu hari nanti dan juga bakal menjadi Pengarah, Pengurus, Pemimpin dan sebagainya.

Seperti post CST sebelum INI, kenapalah mereka-mereka ini tidak lakukan sedemikian dan cara tersebut lebih bagus daripada menganggu ketenteraman negara kita Malaysia yang kini makin tidak stabil disebabkan oleh pihak yang pentingkan diri & hanya tahu menjaja janji-janji palsu untuk meraih simpati.

Jom Kita Cakna & lihat Gambar-gambar di bawah....




 

CST tak nak komen panjang-panjang tentang DEMO PTPTN ini. Anda Mahasiswa Hebat, anda pasti dapat menilainya sendiri. Adakah wajar @ tidak wajar tindakan segelintir Mahasiswa yang turut serta dalam DEMO ini. Inikah dikatakan Mahasiswa pewaris Negara??

Untuk lebih lanjut, boleh tengok blog rakan CST: Gerakan13, SARFAMS, Malaysia Bangkit

PTPTN = Pinjam Tahu Pulangkan Tak Nak