Perjuangan Belum Selesai

Monday 20 February 2012

Pesta Buku Negeri Terengganu 2012


Salam 1Malaysia
CST nak kongsi sedikit info mengenai  Pesta Buku Negeri Terengganu 2012 yang akan diadakan dari 23 hingga 29 Februari ini di Pusat Dagangan Terengganu (TTC).
Menurut Urusetia Program, Rohaya Yahya berkata, pelbagai acara menarik akan diadakan sepanjang minggu, antaranya Sepetang Bersama Pakar Motivasi dan Selebriti TV Al Hijrah, Amin Idris.

Saudara Amin Idris


Pada hemat CST, mahasiswa boleh mengambil peluang ini untuk mengutarakan sebarang persoalan dan masalah untuk memuhasabah dan meningkatkan tahap kemampuan diri. Tip-tip pembelajaran yang berkesan juga mungkin boleh diajukan memandangkan segelintir mahasiswa masih mengalami masalah untuk belajar di alam universiti ini.

Diharap para mahasiswa UMT dan UniSZA boleh meluangkan sedikit masa untuk memeriahkan Pesta Buku ini memandangkan Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu (PPAT) menyasarkan kehadiran 100,000 pengunjung ke Pesta Buku Negeri Terengganu 2012. Manalah tahu ada buku  yang boleh membantu kita untuk memilih bakal presiden baru. Barisan bakal pemimpin juga boleh ke sini untuk menambah ilmu kepimpinan dan mudah-mudahan akan menjadi wakil pelajar yang disegani di universiti anda

diambil & diubahsuai dari
http://notsooezy.blogspot.com

No comments:

Post a Comment