Perjuangan Belum Selesai

Thursday 23 February 2012

Himpunan Sejuta Umat di Terengganu


Assalamualaikum & Salam 1Malaysia...
CST nak kabbo skek pasal Himpunan Sejuta Umat 2012 di Kuala Terengganu
Lokasinya terletak kat Stadium Negeri, Jalan Sultan Mahmud, pada 25 Februari (Sabtu) ini, jam 8.30 pagi.

Program anjuran Sekretariat Himpun Terengganu dan Majlis Perundingan NGO’sTerengganu itu bakal menampilkan penceramah terkenal yang juga bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Dato’ Dr Hassan Ali.





Menurut jurucakap, program yang bertujuan menghimpunkan seluruh umat Islam daripada pelbagai latar dan sosio kehidupan, tanpa mengira fahaman politik bertujuan untuk menzahirkan suara serta sikap umat Islam terhadap siri percubaan memurtadkan umat serta mencemarkan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan.

“Kami menyeru seluruh umat Islam hadir ke perhimpunan ini, sekaligus melupakan segala perbezaan fahaman politik dan ideologi untuk bersama-sama bersatu mengambil tanggungjawab bagi mempertahankan dan menyelamatkan akidah umat daripada sebarang bentuk pencerobohan,” katanya.


Ha, ce tengok dan baca balik...
Tolak segala perbezaan politik dan ideologi demi memperkukuhkan Agama Islam yang semakin dicabar kedudukannya sekarang ini di Malaysia
Mahukah kita sebagai belia melihat Agama Islam yang selama ini menjadi agama rasmi tumbang kepada tuntutan-tuntutan yang tidak munasabah itu, hanya sebab sikap ego masing-masing atas alasan berbeza politik dan fahaman?
Jadi, CST mengajak semua umat untuk meluangkan masa bersama-sama untuk menjayakan Program Himpunan Sejuta Umat ini, kerana tanpa kejayaan program ini bergantung kepada kehadiran kita

Kepada mahasiswa Universiti Malaysia Terengganu (UMT) & Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), yang bercadang nak gi Pesta Buku tu, ape kata pagi tu bersiap awal2 kita pakat gi Himpunan ni dulu
Tak tahu kat mana?
Takpe, CST tolong carikan dah...

A- Stadium Negeri Jalan Sultan Mahmud
B- Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
C- Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)
Ha, dekat je kan?
CST berharap agar kita semua dilapangkan masa untuk sama-sama menjayakan Himpunan ini
Moga-moga kedudukan Agama Islam sebagai agama Persekutuan akan terus kekal di negara kita,
Insyaalah

"Bersatu teguh, bercerai roboh"

No comments:

Post a Comment