Perjuangan Belum Selesai

Sunday 19 February 2012

Di Manakah Orang Melayu???

Assalamualaikum, Salam 1 Malaysia....

Jom kita tengok, di bawah ini adalah senarai 20 orang terkaya di Malaysia bagi tahun 2012 yang dikeluarkan dalam Malaysian Business Magazines. CST tak terkejut langsung tengok benda ni sebab memang patut sebeginilah keadaannya. Apa yang dimaksudkan oleh CST adalah, cuba kita perhatikan dimanakah kedudukan bangsa Melayu dalam senarai ni?? Berapa ramai orang bangsa Melayu yang ada dalam senarai top10?? Come on la wahai bangsa Melayu, xmalu ka dengan bangsa2 len. Walaupun India bangsa palik sikit pun dok no2..Yang bangsa Melayu majoriti di Malaysia ni dok no brapa?? dok no 5 paling tinggi pun. Yang lain suma bangsa Cina yang pegang...Xsedar diri lagi ka dengan keadaan ekonomi kita di Malaysia ni....Xsedar lagi ka di mana tahap bangsa Melayu....itulah, politik ja bangsa Melayu ni...hmmmmmm....

CST bukannya nak salahkan bangsa2 yang ada di Malaysia ni sebab kita kan 1 Malaysia, tapi cubalah kita fikir,kenapalah bangsa Cina banyak yang berjaya tapi bangsa Melayu amat menyedihkan....CST malu + bangga dengan bangsa Melayu ni kerana kita hebat di jalanraya namun lemah dalam ekonomi....

 Bil.
Nama
Kekayaan (RM Billion)
Syarikat
1.
Robert Kuok Hock Nien
45.700
Kerry Group/Kuok Group
2.
T Ananda Krishnan
42.998
Usaha Tegas
3.
Tan Sri Teh Hong Piow
12.642
Public Bank
4.
Tan Sri Lee Shin Cheng
11.356
IOI Group
5.
Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary
9.530
Albukhary Foundation
6.
Tan Sri Quek Leng Chan
8.002
Hong Leong Malaysia
7.
Tan Sri Lim Kok Thay
7.585
Genting Group
8.
Puan Sri Lee Kim Hua
6.588
Genting Group
9.
Tan Sri Tiong Hiew King
6.411
Rimbunan Hijau
10.
Ong Beng Seng
4.919
Hotel Properties Ltd
11.
Tan Sri Azman Hashim
3.470
Arab-Malaysian Corp
12.
Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun
2.541
Berjaya Group
13.
Datuk Mokhzani Mahathir
1.937
Kencana Petroleum
14.
Datuk Lee Yeow Chor
1.787
IOI Group
15.
Tan Sri Tony Fernandes
1.772
AirAsia
16.
Lee Yeow Seng
1.746
IOI Group
17.
Tan Sri Lau Cho Kun
1.721
Hap Seng Consolidated
18.
Tan Sri Yeoh Tiong Lay
1.711
YTL Group
19.
Tan Sri Lee Oi Hian
1.589
Batu Kawan
20.
Datuk Lee Hau Hian
1.586
Batu Kawan
Untuk makluman semua Tan Sri Syed Mokthar Albukhary kekal sebagai individu Melayu paling kaya dengan jumlah aset RM6.01 billion (2010) kepada RM.84 billion (2011) dan meningkat kepada RM9.53 Billion pada tahun 2012. Kedudukan Tan Sri Mokhtar keseluruhan top 20 terkaya Malaysia juga meningkat dari tangga ke tujuh 2010 dan 2011 ke tangga ke lima pada 2012.

Tan Sri Robert Kuok pulak kekal sebagai orang paling kaya di Malaysia dengan kekayaan RM45.7 billion tetapi merosot 8% berbanding jumlah aset beliau pada tahun 2011. Tan Sri Ananda Krisnan juga kekal sebagai orang kedua paling kaya di Malaysia dengan kekayaan yang bertambah dan menghampiri jumlah aset TS Robert Kuak iaitu RM42.998 Billion.

Mengikut biografi semua individu terkaya di Malaysia kejayaan yang mereka kecapi sekarang adalah hasil kerja kuat, disiplin dan tidak takut gagal. Walaupun telah mengumpul billion ringgit mereka terus kuat bekerja menyediakan peluang pekerjaan kepada beratus ribu rakyat Malaysia. Hampir semua orang kaya yang tersenarai ini mempunyai sifat pemurah dengan menyumbang jutaan ringgit untuk kepentingan masyarakat dan kumpulan yang memerlukan. Sifat yang kita semua mesti contohi.

CST harap, akan datang lebih ramai bangsa Melayu akan berada dalam senarai ni. CST pun harap CST adalah salah seorang yang bakal tersenarai....hehehehehe...Apa2 pun, jom semua kita berusaha & belajar bersungguh2 untuk mencapai kejayaan dan berjaya dalam semua bidang. Jangan mudah putus asa kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya. bak kata CST Mahasiswa Hebat sentiasa terbaik....... 

No comments:

Post a Comment