Perjuangan Belum Selesai

Wednesday 8 February 2012

UMP & Baucer Buku 1 Malaysia

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia. Sekarang sering kita dijamah dengan cerita tentang Baucer Buku 1 Malaysia (BB1M) untuk semua pelajar sama ada yang belajar di IPT mahupun di sekolah (tingkatan 6) dan Matrikulasi. Ini bagi meringankan beban Mahasiswa & Pelajar bagi membeli buku2 rujukan yang agak mahal harganya. 

Semua IPT buat masa ini telahpun memperoleh BB1M. Malah telahpun habis digunakan. CST dengar macam2 juga yang dibeli seperti buku rujukan mahupun novel2. Ada jugak Mahasiswa yang tidak bertanggungjawab menjualnya @ menukar baucer ini dengan wang ringgit. Inilah Mahasiswa yang tidak bertanggungjawab. Menggunakan sesuatu bukan pada tempatnya.

Namun, Universiti Malaysia Pahang (UMP) masih belum mendapat baucer ini. Adakah pihak pengurusan sengaja tidak mahu memberikan kepada para Pelajarnya?? Adakah sengaja pihak pengurusan UMP melewat2kan pemberiannya?? Jom kita baca apa komen CST.

Hari ini CST dapat makluman bahawa tindakan pihak pengurusan UMP ini sangat bagus & harus mendapat pujian kerana Mahasiswa UMP dapat menggunakan BB1M ini dengan betul iaitu pihak pengurusan UMP bakal mengadakan 'Karnival Buku @ UMP'. Oleh itu, Mahasiswa UMP dapat membeli buku rujukan yang perlu digunakan untuk semester yang baru nanti dan tidak perlu bersusah2 untuk mencari di kedai buku lain.




Walaupun tempoh sah laku sehingga sehingga 31 Mac 2012, namun para Pelajar boleh menggunakan BB1M di semua kedai buku di seluruh Malaysia dan juga boleh digunakan di Karnival Buku @ UMP yang dianjurkan oleh Koperasi Universiti Malaysia Pahang pada 14 – 18 Februari 2012 dari 9am-5pm bertempat di Aras 1 Pusat Kegiatan Pelajar Kampus Pekan dan 16 – 20 Februari 2012 dari 9 am – 5 pm di Perkarangan Kompleks Perkhidmatan Siswa UMP Kampus Gambang.

Ini pula hasrat pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) mengenai BB1M ini

Klik Untuk Maklumat Lanjut

 
Kedai2 Buku yang boleh dikunjungi bagi menggunakan BB1M ini :





Kepada Mahasiswa UMP, selamat menggunakan BB1M ini dengan sebaiknya. Kepada Mahasiswa IPT lain yang masih belum habis menggunakannya, jom beli buku2 yang akan digunakan untuk semester baru anda nanti OK....

Sekali lagi CST mengucapkan TAHNIAH kepada UMP di atas tindakan yang bagus dalam menggunakan BB1M oleh Kerajaan Malaysia kepada Mahasiswa UMP. Semoga Mahasiswa UMP dapat menggunakan BB1M ini dengan sebaiknya dalam melahirkan Mahasiswa HEBAT!!!

3 comments:

  1. tindakan pihak UMP memg patut dipuji wlupun pada mulanya ramai yg merungut lmbat dapat baucer.nah skrg da tau sebbnya kan.

    ReplyDelete
  2. UMP TERBAIK!!!

    jangan jeles :P

    ReplyDelete