CST nak share ngan rakan2 Mahasiswa sekalian bahawa UMP sangat bertuah. Kenapa??? Moh sini baca apa yang bertuahnya Mahasiswa UMP ni. Disebabkan UMP istimewalah CST selalu Cakna akan UMP.
Apa yang bertuahnya UMP ni??? Untuk makluman rakan2 Mahasiswa di IPT lain, UMP pada hari ini (10 Mac 2012 = Sabtu) telah menerima kunjungan Hebat dari YB Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob iaitu Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi & Kepenggunaan. Memang klasss kau UMP. Tujuan kunjungan YB Menteri bukannya saja2, namun untuk memberitahu Mahasiswa UMP bahawa Kerajaan Malaysia amat sayangkan Mahasiswa dan tidak pernah abaikan kebajikan & keperluan sebagai seorang Mahasiswa. Apa Keperluan tu??
Keperluan yang CST maksudkan adalah YB Menteri pada hari ini telah merasmikan Kedai Buku Koop UMP yang menjual pelbagai jenis bahan bacaan untuk Mahasiswa. Bukan itu sahaja, YB menteri juga merasmikan Menu Rakyat 1 Malaysia di kafeteria UMP dan juga Produk 1 Malaysia di kedai siswa UMP iaitu Ina Shoppe. Wahhhh, bertuah sungguh Mahasiswa UMP ni.
Perasmian Kedai Buku Koop UMP
Barangan 1 Malaysia di Ina Shoppe
Menu Rakyat 1 Malaysia @ UMP
CST rasa bertuah juga bila menjejakkan kaki di UMP tadi kerana begitu Hebat sambutan dari Pihak UMP. CST harap dapat lagi datang ke UMP untuk program2 yang lain. Untuk Makluman, bertuahnya UMP ni lagi adalah kerana pada malam semalam, Jumaat (9/3/2012) UMP mendapat perhatian & sangat bertuah kerana pihak Berita Harian & UMP bekerjasama mengadakan program yang sangat istimewa iaitu "Malam Puisi Riong" yang menampilkan seniman2, artis2, dan juga karyawan yang Hebat2 seperti Sabri Yunus, Imam Muda Hassan, Hazama, Prof Dato' Dr Daing Nasir (NC UMP), Prof Dr Yuserrie Zainuddin (PNC JHEPA), Dr Zurinah Hassan & ramai lagi. CST sempat berada di sana & memang bertuah jadi Mahasiswa UMP.
Inilah satu daripada proses pembentukan Mahasiswa Hebat yang dijalankan oleh Pihak Kerajaan Malaysia kepada Mahasiswa. Kepada Mahasiswa sekalian, bukalah minda & mata anda OK!!!
No comments:
Post a Comment