Perjuangan Belum Selesai

Monday 26 March 2012

[PANAS] Pro-M Panas Punggung

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia...

CST nak dedahkan video panas pengakuan salah seorang bekas Presiden PMI UTM. jom sama2 kita dengar dan Cakna akan isu ini OK..


Berikut adalah ucapan saudara Khairul Nizam dalam kenyataan beliau sepanjang bersama PMI @ Pro-Mahasiswa. SAma-sama kita dengar dan teliti ayat-ayat beliau....

"Assalamualaikum W.B.T, Salam Sejahtera, salam perjuangan,

Saya Khairul Nizam bin Md Husin merupakan Mahasiswa tahun akhir Fakulti Kejuruteraan Mekanikal Universiti Teknologi Malaysia dan saya di UTM pernah diMandatkan sebagai Presiden Persatuan Mahasiswa Islam dan ketika itu saya memimpin gerakan yang dibawa oleh Persatuan Mahasiswa Islam yang mana kita semua tahu bahawa PMI ini menggerakkan satu gerakan yang mana berada di bawah PMI itu sendiri.


dan saya tertarik untuk saya beritahu bahawa landasan perjuangan saya bersama dengan PMI adalah satu landasan perjuangan yang saya kira, saya seolah dipergunakan!

bila mana saya bersama mereka, mereka menggunakan sepenuhnya daya tenaga dan juga kreativiti yang ada kepada mahasiswa untuk membawa kepada suatu tempat ataupun satu jalan yang mana hanya untuk memperjuangkan individu ataupun satu satu kepentingan, bukan hanya untuk kepentingan secara bersama.

Saya bagi analogi yang mudah, ketika mana saya berada dalam PMI, Saya mengetuai Pro-Mahasiswa di UTM yang ketika itu kita menang besar di UTM KL

Tapi dalam tempoh satu kepimpinan mereka menjanjikan macam macam bentuk manifesto yang ingin diberikan kepada mahasiswa, 

tapi sehiggalah satu kepimpinan MPM, Majlis Perwakilan Mahasiswa, Pro-Mahasiswa ini langsung tidak menjalankan tanggungjawab mereka sebagai mahasiswa. 

Sehinggakan ada suatu ketika salah seorang rakan saya berjumpa di surau, dia tanya mana manifesto yang Pro-Mahasiswa janjikan dan saya ketika itu selaku jentera Pro-Mahasiswa berasa sangat malu dan segan, 

sehinggakan saya dipersoalkan jika manifesto ini tidak dijalankan hari ini, kami akan tuntut walaupun di akhirat dan ketika itulah saya tergerak bahawa perjuangan saya bersama Pro-Mahasiswa ini adalah perjuangan yang bukan untuk mahasiswa.

Tetapi untuk kepentingan peribadi di luar. Bilamana saya menyertai, saya keluar daripada Pro Mahasiswa, saya menyertai ASPIRASI bersama rakan rakan yang pada hari ini saya nampak landasan perjuangan mereka lebih jelas

Perjuangan mereka lebih tuju ke arah memperkasa mahasiswa, untuk memperjuangkan kebajikan mahasiswa, dan segala kemudahan yang ada di kampus hari ini segala kemudahan yang telah diberikan kepada mahasiswa hari ini adalah hasil daripada kerja tangan mahasiswa mahasiswa aspirasi yang mana telah bertungkus lumus berbanding perjuangan saya yang sebelum ini. 

Jadi saya seru kepada rakan rakan yang masih berada disana, langkahlah kaki anda, sertailah kami, kerana sudah pasti saya tidak mahu anda menyesal seperti saya yang telah terjadi satu ketika dulu"
 
CST menyeru Mahasiswa sekalian berfikirlah matang-matang dalam memilih kepimpinan Mahasiswa yang mana bukannya sahaja berdegar-degar dalam bermanifesto dengan menjanjikan macam-macam hanya untuk memancing undi, malah pilihlah Mahasiswa yang dapat membangunkan Mahasiswa itu sendiri dan dapat menjalankan tanggungjawab dan amanah sebagai pemimpin Mahasiswa dengan sebaiknya. Janganlah kita menyesal kerana tidak memilih mereka yang mana berlandaskan perjuangan disebalik nama Persatuan Mahasiswa Islam. Tapi hanya mempergunakan perkataan ISLAM untuk kepentingan peribadi. Lihatlah sendiri MPP yang sedia ada di Kampus anda yang mewakili Pro-Mahasiswa dan PMI @ seangkatannya dengannya. Adakah mereka betul-betul menjalankan tanggungjawab mereka? Nilailah sendiri wahai Mahasiswa Hebat yang CST hormati.

Untuk lebih lanjut, bolehlah ke blog INI, INI, INI & INI.

No comments:

Post a Comment