Perjuangan Belum Selesai

Wednesday 28 March 2012

GEMPAK UMP Nak Air

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia...

CST sangat teruja untuk berkongsi dengan Mahasiswa sekalian berkenaan sebuah IPT yang sangat Hebat di Zon Timur iaitu Universiti Malaysia Pahang. Kenapa CST labelkan Hebat kerana Mahasiswanya yang memang Hebat dalam berkata-kata dan Hebat dalam menentang tindakan CST yang mana sering post cerita tentang perihal UMP.

CST sangat kagum dan bangga kerana CST dikatakan Mahasiswa UMP disebabkan selalu mainkan perihal masalah di dalam UMP dan kurang pasal IPT lain. (Nanti CST cerita pasal IPT lain sama OK Mahasiswa Hebat). CST bukannya nak berceloteh panjang tentang bukan-bukan, tapi CST nak kongsi dengan teman-teman Mahasiswa yang CST kasihi iaitu tentang Masalah Air di UMP yang sudah lama berlarutan hinggakan adanya gerakan yang Hebat dari Mahasiswa UMP iaitu "GEMPAK". Memang sangat GEMPAK namanya iaitu Gerakan Mahasiswa Penggesa Air Kampus. Wahhhh..memang GEMPAK lah UMP.

Ini adalah kenyataan media YDP MPP UMP 11/12 iaitu Saudara Fazli Abd Halim. Jom kita Cakna OK....

Klik Untuk Lebih Jelas

 Inilah YDP UMP 11/12

CST sangat teruja dan ketawa sendirian apabila membaca kenyataan akhbar YDP MPP UMP ini kerana inikah dikatakan Mahasiswa yang mengambil jurusan Jurutera @ Engineering. Semuanya inginkan dalam kadar segera dan anda sebagai Engineer, anda semestinya belajar macam mana sesuatu projek itu dilaksanakan dan tempoh masa yang diperlukan untuk melaksanakan dengan mengkaji faktor-faktor persekitaran yang perlu seperti keadaan tanah, jarak dan macam-macam la. CST tak pandai sebab CST bukannya bakal Engineer pun kan. (walaupun menjadi Mahasiswa UMP dalam tidak sedar).

CST kagum dengan inisiatif ini kerana inginkan kemajuan untuk Mahasiswa UMP dan menjaga kebajikan Mahasiswa UMP itu sendiri. Semoga GEMPAK akan terus GEMPAK air-air yang ada untuk mengalir ke UMP Kampus Pekan dengan segera kerana itulah Engineer yang Hebat. UMP Kampus Pekan bermulanya operasi pada 2010 kalau CST tak salah la.

Masalah ini semestinya mendapat perhatian YAB PM Dato' Sri Najib Bin Tun Abd Razak yang merupakan Ahli Parlimen Pekan kerana semestinya YAB PM inginkan yang terbaik untuk rakyatnya terutama dari kawasan Parlimen beliau. Insya-Allah YAB PM bersama rakyat seperti tema Transformasi YAB PM "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan". 1 Malaysia ok UMP. Kerana YAB PM lah UMP Kampus Pekan ada.

CST doakan semoga UMP Kampus Pekan akan mendapat air dalam masa terdekat ini. Mahasiswa Hebat sentiasa inginkan yang terbaik dengan cara yang Hebat. Bukannya dengan BerDEMO OK!!!  

CST TOLAK DEMO!!!

No comments:

Post a Comment