Perjuangan Belum Selesai

Friday, 16 March 2012

Respon dari #AmanKampus fasa 1

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia...

CST nak share dengan Mahasiswa sekalian akan tohmahan2 Mahasiswa Pro-M yang mana menentang gerakan murni Mahasiswa Aspirasi yang menjalankan #Aman Kampus. Bagi CST, #AmanKampus adalah satu program yang amat naik di mana Mahasiswa itu sendiri turun kepada masyarakat & memberi bantuan yang perlu seperti semangat & meringankan beban masyarakat di luar. CST sangat kagum akan usaha murni ini. Namun, #AmanKampus sentiasa ditentang hebat oleh Pro-M kerana mereka ini jeles sebab Masyarakat menyokong #AmanKampus.

Bukti yang CST nak share ngan korang suma adalah maklum balas masyarakat terhadap program #AmanKampus fasa 1 dan kini, Mahasiswa Aspirasi meneruskan perjuangan demi masyarakat dengan melaksanakan #Amankampus fasa 2 yang kini sedang berada di Zon Utara. Jom kita baca apa respon masyarakat...

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
MAKLUM BALAS RAKYAT


Persepsi Negatif Terhadap Suasana Kampus 
–Wujud kegusaran dikalangan ibubapa mengenai suasana kampus yang digambarkan oleh media seolah-olah berada dalam keadaan huru hara berdasarkan beberapa insiden yang dicetuskan oleh kelompok minoriti mahasiswa yang bertindak diluar batasan. Isu ‘Mahasiswa Pelampau’ menjadi topik popular dan kerap kali disoal oleh masyarakat mengenai kesahihannya. 
Gagasan 1Malaysia Diterima Baik oleh Masyarakat  
–Berdasarkan soal selidik yang diedarkan, 85% daripada responden menyokong gagasan 1Malaysia.  
Kenaikan Harga Barang  
–Rata-rata masyarakat yang tinggal diluar bandar mahupun dibandaraya amat sukar untuk menerima isu kenaikan harga barang walaupun isu ini telah dijelaskan oleh pelbagai agensi kerajaan. Rakyat masih tetap enggan menerimanya. Inisiatif Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) yang belum meluas keseluruhan lokasi menyebabkan wujudnya rungutan dikalangan masyarakat mengenai aspek keadilan pengagihan kemudahan.  
Kemudahan Infrastruktur  
–Masih ada lagi kawasan diluar bandar yang mengalami masalah kerap kali berlaku putus bekalan elektrik. Terdapat juga beberapa kemudahan yang telah dijanjikan oleh kerajaan yang masih belum ditunaikan, antaranya Benteng Sungai Pulau Ketam dan Pulau Duyong, Kuala Terengganu. Masalah jalan rosak dan longkang tersumbat adalah dapatan yang popular bagi setiap lokasi.  
Kemiskinan Rakyat  
–Perlaksanaan Projek Perumahan Rakyat Termiskin dan Program Mesra Rakyat secara lansung telah membantu menyelesaikan masalah kemiskinan dikalangan masyarakat luar bandar dan kota raya. Kecekapan pengagihan bantuan oleh jentera kerajaan juga menerima rungutan daripada masyarakat. Masalah harga perumahan yang sangat mahal juga ditimbulkan oleh masyarakat terutama mereka yang tinggal di bandaraya (Pulau Pinang, Selangor dan Johor).  
Fahaman Politik  
–Secara majoriti masyarakat yang ditemui menolak fahaman politik yang ganas dan tidak mengutamakan keharmonian dan perpaduan sesama masyarakat. Selain itu juga, mereka juga menolak demonstari jalanan yang dianggap sebagai tindakan tidak bermoral dan hanya mementingkan perjuangan individu semata-mata.  
Birokrasi Agensi Kerajaan  
–Sebahagian besar masyarakat yang didekati telah menyatakan masalah birokrasi yang mereka hadapi semasa berurusan dengan agensi kerajaan. Masyarakat mengharapkan agensi kerajaan dapat mempercepatkan dan mempermudahkan urusan mereka. Kadang-kadang kala permintaan sebahagian agensi tidak dapat difahami dan dipenuhi oleh mereka diatas kebatasan ilmu pengetahuan yang dimiliki. 
Tuntutan Anak Muda  
–Isu penghijrahan anak muda ke bandar dilihat sebagai masalah kritikal yang wujudkan dikalangan masyarakat luar bandar. Dikampung sudah kurang tenaga muda yang akan mewarisi sosio budaya setempat. Isu ketiadaan pekerjaan yang menjamin pendapatan yang mencukupi menjadi penyebab utama penghijrahan tersebut. Terdapat juga rungutan mengenai pelanjutan umur persaraan penjawat awam kepada 60 tahun sebagai meningkatkan lagi masalah pengangguran dikalangan anak muda sama ada graduan atau sebaliknya. Aktiviti kemasyarakatan atau sosial semakin berkurangan di kawasan luar bandar kerana kurangnya tenaga muda. Manakala, di kota juga menghadapi masalah yang sama kerana anak muda juga sibuk bekerja.  
Projek Lynas (Malaysia) Berhad  
–Secara keseluruhan masyarakat masih tidak mengetahui perkara sebenar mengenai isu Lynas dan sebahagian mereka menerima maklumat hanya daripada dakyah pembangkang melalui ceramah politik, kain rentang, flyers dan media baru. Strategi yang kreatif dan pro aktif harus digerakkan untuk membuktikan keselamatan dan kebaikan projek Lynas ini kepada negara terutamanya masyarakat tempatan. Contohnya, ribuan peluang pekerjaan yang disediakan oleh pihak Lynas. Siri penerangan ini juga perlu diadakan secara santai di pusat pengajian tinggi agar golongan cerdik pandai ini diberi permahaman yang jelas agar mereka tidak hanya bergantung kepada persepsi semata-mata. Akhirnya, mereka menyampai pula kepada rakyat maklumat yang tidak benar.


Inilah maklum balas dari #AmanKampus fasa 1. Semoga Mahasiswa Hebat dengan gerakan yang Hebat oleh Mahasiswa Aspirasi dapat membentuk peribadi Mahasiswa yang cemerlang dalam akademik mahupun penglibatan. Nantikan pula pergerakan #AmanKampus fasa 2 yang kini lebih Hebat bersama Masyarakat & Pelajar.

No comments:

Post a Comment