Perjuangan Belum Selesai

Friday, 23 December 2011

KAU KENA TIPU KE KAU YANG MENIPU BRO?

Salam semua.

Semalam CST ada buat satu entri pasal ada seorang hamba Allah nie claim dia kena tipu dekat Facebook. Kena tipu pasal perhimpunan aman depan KPT hari rabu lepas.

Sebenarnya CST pun meragui dengan statement yang mamat ni keluarkan dalam status dia tu. Kalau dah betul dia kena tipu, duduk diam diam lah kat tepi tu kan, yang dia pergi melolong sama kenapa? Tak ada kerja? Kalau dah dia tak setuju sangatlah menjadi lembu, stay with your stand! You don't have to follow whatever yang orang lain buat. Dah sah sah mamat nie lembu sebab tak bijak mengawal diri sendiri.

Persoalan kat sini, BETUL KE MAMAT NI PERGI PERHIMPUNAN AMAN?

Jangan nak pening pening kepala fikir eh. Brader Jai ada jawapan. CST suka betul baca blog brader ni sebab jawapan dan fakta yang dia bagi lengkap dengan bukti. Sesiapa yang nak claim diri dia lembu lagi? Pergi baca blog nie sekarang.

SINI JAWAPAN BRADER JAI. BACA DAN NILAI :)

Thursday, 22 December 2011

Mahasiswa Pro-A PENIPU!!


Perghhhhh..memang PANAS ni. cuba korang baca post sorang hamba Allah yang dikatakan Mahasiswa yang tutur serta dalam Himpunan Aman menyokong kepimpinan Dato' Seri Najib semalam di Putrajaya berhadapan Kompleks KPT...Jom Baca..




Sekarang apa pulak kata Mahasiswa  Pro-A tentang Himpunan Aman semalam..Betul kah anda ini adalah lembu2 yang dicucuk hidung?? Betulkah ada elaun & dapat duit pergi berhimpun tu?? Betulkah Mahasiswa dari UiTM & UTM yang datang sebenarnya untuk lawatan?? Cepat Jawab Mahasiswa Pro-A..

Pastu ada plak cakap Mahasiswa Pro-A ni pengecut...Jumpa Dato' Saifuddin pun xnak..tekan link nie Malaysiakini

CST nak Mahasiswa yang pergi semalam jawab OK..

WE LOVE PM

 Salam 1 Malaysia. 

CST berpendapat Perhimpunan Aman bukan demontrasi yang diadakan oleh pihak majoriti suara  mahasiswa pada hari ini adalah sangat relevan kerana ini boleh mengubah persepsi negara luar terhadap negara kita Malaysia yang sejak hari-hari ini dikotori oleh pihak yang berlagak sebagai  "HERO". Berikut adalah kenyataan dari 


http://www.bharian.com.my/bharian/articles/MahasiswaberhimpuntunjuksokongankepadaPM/Article
Mahasiswa berhimpun tunjuk sokongan kepada PM 
2011/12/21PUTRAJAYA: Lebih 500 mahasiswa Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) berhimpun secara aman di perkarangan bangunan Kementerian Pengajian Tinggi di sini untuk menunjukkan sokongan padu terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, hari ini. "Himpunan Aman Sokong PM" anjuran Persatuan Alumni Pemimpin Mahasiswa Asipirasi Malaysia (ASPIRASI) dan disokong badan-badan bukan kerajaan (NGO) menyerahkan memorandum kepada Najib melalui Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin. Kumpulan itu turut menyerahkan satu lagi memorandum kepada Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah, dan mendesak beliau meletak jawatan kerana dikatakan melayan kerenah dan tuntutan ahli kumpulan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (BEBAS) Sabtu lalu. Perhimpunan hari ini yang bermula kira-kira 2.30 petang itu menyaksikan kumpulan itu melaungkan "We Love PM" serta menyanyikan lagu "Rasa Sayang" yang ditujukan khas kepada Perdana Menteri. Selain itu, kain rentang dengan menulis "We Love Prime Minister" turut kelihatan.  Presiden ASPIRASI, Mohd Shahar Abdullah, menyerahkan memorandum tersebut kepada Setiausaha Politik Menteri Pengajian Tinggi, Khairi A Malik manakala memorandum kepada Saifuddin diserahkan kepada Setiausaha Sulit Kanan beliau, Mohd Nazri Noh. Mohd Shahar berkata, Himpunan Aman Sokong PM hari ini adalah satu tanda sokongan padu dan keyakinan golongan muda terhadap kepimpinan Najib sebagai Perdana Menteri.  "Kita sokong Perdana Menteri tidak berbelah bahagi dan sesiapa yang mengusik PM kita tidak akan teragak-agak mengambil tindakan untuk menentang mereka. "Ini adalah suara mahasiswa dan anak-anak muda. Kami akan terus mempertahankan negara Malaysia," katanya kepada pemberita di sini hari ini. Dalam memorandum itu, kumpulan itu menyatakan sokongan mahasiswa kepada Perdana Menteri dan berdukacita di atas insiden penurunan bendera yang memaparkan wajah Perdana Menteri di perkarangan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dan menaikkan bendera kumpulan pelampau mahasiswa. Kumpulan itu turut mengemukakan tujuh tuntutan termasuk mengambil tindakan berdasarkan undang-undang dan peraturan sedia ada kepada pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris yang bertindak keterlaluan dengan menurunkan bendera Perdana Menteri dan menaikkan bendera SSM dan BEBAS. Sementara itu, Pergerakan Puteri UMNO turut menyerahkan memorandum kepada Khaled Nordin untuk membantah tindakan mahasiswa menurunkan bendera Najib. Dalam memorandum bantahan itu, Puteri UMNO mendesak kementerian itu bertindak tegas menangani isu mahasiswa dan tidak terlalu berlembut memenuhi tuntutan mereka. EXCO Pergerakan Puteri UMNO merangkap Pengerusi Biro Pelajaran Pergerakan Puteri UMNO, Seriwani Sabtu, mengetuai EXCO Puteri UMNO menyerahkan memorandum tersebut kepada Khairi di pejabatnya kira-kira 4.30 petang tadi. Sabtu lalu, 200 peserta SMM dan BEBAS yang membabitkan penuntut di institusi pengajian tinggi telah menyerahkan memorandum berhubung AUKU ke Pejabat Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM). Kumpulan itu ke PWTC untuk menyerahkan memorandum sama kepada Saifuddin, sebelum seorang daripada mereka menurunkan bendera memaparkan gambar Najib dan menggantikannya dengan bendera SMM dan BEBAS. - BERNAMA

Wednesday, 21 December 2011

Dato' Seri Khaled Nordin BERSALAH?

Salam perpaduan, salam 1Malaysia.

Seperti yang kita sudah sedia maklum, BERITA PANASSS  yang sedang berlaku sekarang adalah isu bendera DSN yang diturunkan oleh sekumpulan mahasiswa minoriti yang KONONNYA memperjuangkan BEBAS pada hari Sabtu yang lepas. 

Kami dari pihak mahasiswa sebenarnya  sangat TIDAK BERPUAS HATI  dengan tindakan mahasiswa minoriti tersebut dan tindakan seorang pemimpin yang terlalu bersikap terbuka kononnya dengan menyokong tindakan keanak-anakan dan tindakan yang langsung tak professional dari pihak diorang nie. 

Dan impaknya, lihatlah sekarang, bukan setakat nama dia tercemar teruk, tak pasal pasal nama Menteri KPT dan nama KPT sendiri tercalit sama. Kalau di beri muka dan member muka sangat macam nie la jadinya...HAMPEH SEMUA!!!!

Sumber; klik sini.

KERANA NILA SETITIK, ROSAK SUSU SEBELANGA.

Dato' Seri Khaled Nordin.
Menteri Pengajian Tinggi Malaysia.

Apa yang Menteri KPT lakukan sehingga namanya turut terpalit tahi? Sampai gambarnya diterbalikkan, dipangkah? THIS IS NONSENSE!!!!!!

“Letakkan diri anda sebagai seorang pemimpin negara yang gambarnya diterbalikkan dan dipangkah sebegitu? Seronok mungkin??????!!!”

Kenapa DS Khaled Nordin berdiam diri pulak berhubung isu nie? Adakah memang sebenarnya DSKN nie memang tak kisah langsung dengan isu yang berlaku?

Sebenarnya,  DSKN TIDAK ADA HAK  untuk campurtangan dalam hal ini kerana perkara ini berlaku di luar kampus dan juga berada dalam luar lingkungan bidang kuasa beliau. Manusia pendengki memang suka memburukkan orang, dan kalau DSKN layan perkara remeh macam nie habislah masa yang beliau ada untuk lakukan tugasnya sebagai Menteri.

Siapa yang menyebabkan perkara kecil ini menjadi satu isu yang besar??!

Untuk pengetahuan korang lah kan, perkara ini tidak akan menjadi besar sekiranya tiada “HERO” yang secara tiba tiba ‘TERBANG’ untuk bersua muka dengan sekumpulan mahasiswa minoriti yang bertindak biadap. “HERO” ini kemudiannya menerima memorandum daripada mahasiswa biadap tersebut.

Persoalannya, mengapa perlu menerima memorandum daripada sebuah persatuan yang tidak diiktiraf??

Tidak mahu tidak, Menteri KPT seharusnya TIDAK DIPERSALAHKAN dalam perkara ini. Kami yang juga merupakan suara mahasiswa memandang dari satu sudut intelektual merasakan tuduhan terhadap Menteri KPT adalah suatu benda yang TIDAK BERASAS dan TIDAK MASUK AKAL.

THIS IS SO NONSENSE!!!


Saturday, 17 December 2011

Mahasiswa Jalanan Mencipta Sejarah


Kumpulan mahasiswa menyerahkan memorandum kepada wakil Umno. - Gambar oleh Choo Choy May

Kumpulan mahasiswa menyerahkan memorandum kepada wakil Umno.

KUALA LUMPUR, 17 Dis — Selepas insiden penahanan 15 mahasiswa yang menyertai ‘flash mob’ di KL Sentral Rabu lalu, polis ibu negara hari ini mempamerkan ‘kelainan’ apabila bukan sahaja tidak mengambil tindakan keras, malah membantu kira-kira 100 mahasiswa yang menyertai demonstrasi menuntut pemansuhan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU). 


Anggota polis yang diketuai  Ketua Bahagian Ketenteraman Awam Ibu Pejabat Polis Dang Wangi, ASP W. Karthik  mengawal kelancaran lalu lintas dan kumpulan pelajar tersebut sepanjang demonstrasi mereka. The Malaysian Insider difahamkan, kumpulan mahasiswa itu dibenarkan untuk meneruskan demonstrasi mereka selagi kumpulan itu tidak melibatkan penyertaan mana-mana parti politik dalam demonstrasi hari ini.

Kumpulan mahasiswa yang terdiri gabungan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (Bebas) bergerak menuju ke bangunan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) dari Masjid Jamek dengan membawa sepanduk antaranya bertulis “Mahasiswa Bukan Robot, Mansuhkan AUKU, Bebaskan Mahasiswa Berpartisan dalam Politik”. Mereka kemudiannya duduk di atas jalan raya di Jalan Sultan Ismail berhadapan bangunan Suhakam sambil diawasi kira-kira 15 anggota polis berpakaian uniform. Kumpulan mahasiswa ini turut melaungkan “hidup-hidup, mahasiswa, hidup-hidup kebebasan, mansuhkan AUKU sambil diselang-selikan dengan ucapan daripada wakil-wakil persatuan mahasiswa daripada institusi pengajian tinggi seluruh negara.

Peserta demonstrasi tersebut dilihat turut bertengkar dengan beberapa pengguna jalan raya termasuk seorang penunggang motosikal yang tidak senang dengan tindakan mereka menghalang lalu lintas dan mengarahkan mereka ke tepi jalan. “Woi, tepi lah! orang nak pergi kerja, janganlah duduk sini (tengah jalan)”, dan kemudiannya salah seorang daripada peserta demonstrasi menjawab, “aku pun bayar cukai, suka hati lah”. Dalam demonstrasi terbabit, kumpulan ini turut menyerahkan memorandum kepada Pesuruhjaya Suhakam, Md Sha’ani Abdullah. Dalam kenyataannya kepada media, Md Sha’ani berkata, tindakan kumpulan terbabit duduk di atas jalan raya dan menghalang lalu lintas merupakan suatu kesalahan undang-undang, tetapi kehendak mereka tidak boleh dinafikan. “Memang tindakan mereka itu merupakan satu kesalahan, tetapi kita tidak boleh menafikan hak mereka, sebelum ini pun belum ada lagi orang yang ditahan kerana menghalang lalu lintas,” katanya selepas sesi penyerahan memorandum. Menurutnya, memorandum tersebut akan diteliti dan ada perkara tertakluk di bawah hak asasi manusia sejagat. “Suhakam akan meneliti memorandum yang diserahkan, dan kami percaya pernyataan ketidak puasan hati  boleh melalui pelbagai bentuk, sama seperti berdemonstrasi demi untuk menarik perhatian golongan tertentu apabila medium lain seperti surat dan sebagainya tidak mendapat respon yang sewajarnya,” jelasnya.

Setelah kira-kira 30 minit berdemonstrasi di kawasan pejabat Suhakam, kumpulan mahasiswa kemudiannya bergerak ke Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) untuk mengadakan demonstrasi dan menyerahkan memorandum kepada Umno



Cakna Siswa Timur:
Memang bagus betul Mahasiswa-Mahasiswa ini berdemo. Sampaikan mengganggu orang ramai dan tidak sedar diri. Ni baru nak mintak Mansuhkan AUKU, kalau AUKU dimansuhkan, CST rasa mesti habis hancur Malaysia ni. Lepas tu seronok plak menurunkan bendera PM Malaysia. Bukannya tidak sabar nak mansuhkan AUKU, malah tidak sabar nak jadi PM ke-7. Sejarah tu..


Apalah akan terjadi kalau AUKU dimansuhkan???

Semoga Mahasiswa yang waras & matang dapat menjadi Mahasiswa Hebat, bukannya Mahasiswa Biadab.

.

Himpunan Jalanan Mahasiswa Di PWTC




Gambar dari Edyesdot.com sekumpulan pelajar Mahasiswa berarak di jalan menuju ke PWTC, mereka menyerahkan memorandum BEBAS kepada Dato' Saifuddin Abdullah.

Pihak polis mengawal lalu lintas untuk mahasisa tersebut... 

Tapi kenapa perarakan ini hanya di sertai oleh pelajar melayu sahaja? di mana pelajar cina?











Tahniah tranformasi UMNO. Relax hadapi Mahasiswa! 

Sumber dari Politik Harian

Cakna Siswa Timur:
Inilah Mahasiswa zaman sekarang yang tak sedar diri. CST malu sungguh dengan bangsa Melayu sebab tengok macam tak bersyukur langsung. tak dak pulak bangsa Cina & India turut serta. Melayu Oh Melayu!!!

Anwar Ibrahim bohong ! Tun M cabar tunjuk bukti surat hantar ke IMF !





Kelmarin  Datuk Seri  Anwar Ibrahim  menyerang bekas bosnya  iaitu Tun Dr  Mahathir dengan membuat dakwaan fitnah bahawa bekas Perdana Menteri itu pernah menulis surat kepada Bank Dunia  untuk bantuan dana semasa krisis kewangan di sebuah majlis makan malam bagi memburukkan ETP yang dilaksanakan kerajaan .



Jangan mudah terpedaya dengan kata-kata oleh pemimpin seperti Anwar Ibrahim yang sudah banyak kali membohongi rakyat .  Seluruh negara tahu bagaimana  negarawan ulung Tun Dr Mahathir  telah berjaya menyelamatkan ekonomi negara semasa krisis  ekonomi  97 - 99 dengan kaedah sendiri dan tidak mengharapkan wang dari IMF & Bank Dunia .

 "  Saya minta dia ( Anwar )   tunjukan surat itu kalau dia ada ,  saya yang menolak Bank Dunia ...  Bank Dunia nak sangat bagi kepada  kita ... kalau mereka beri kepada kita maka kita akan menjadi hamba kepada mereka " 


Malah dengan nada tegas , beliau cabar Anwar bersumpah di dalam masjid dengan menjunjung Al Quran bersama dirinya .

" Suruh Datuk Seri Anwar bersumpah dalam masjid   dan junjung Al Quran , saya pun sanggup junjung Al Quran dalam masjid bersama-sama dengannnya " 


Penafian dan cabaran  oleh  Tun Mahatir  hari  ini membuktikan Anwar sebenarnya  bohong  . Tanpa bukti  surat yang didakwanya dihantar , maka  satu lagi fitnah  terbaru  oleh Anwar  kepada  bekas perdana menteri ini .



Lebih mengejutkan , Tun Mahathir juga mendedahkan bahawa beliau pernah menasihat Anwar jika beliau melakukan polisi &  cara IMF & World Bank mengatasi krisis kewangan tanpa bantuan dana,  duit untuk bayar gaji pegawai kerajaan pun tak cukup .

"  Anwar , kalau u buat macam ini , kita tidak ada duit yang cukup untuk bayar gaji pegawai kerajaan



Kesimpulannya , hari ini pembohongan Anwar Ibrahim yang memang terbukti barua IMF & Bank Dunia telah kantoi dan dibidas oleh Tun M . Untuk menutup dirinya yang sering dituduh agen Amerika & Yahudi , beliau menuduh pulak negarawan ulung ini dengan fitnah tak masuk akal .


Sumber dari Generasi Pejuang Bangsa

Thursday, 15 December 2011

PAS BIRO AGAMA DAP



" PAS JANGAN NAK JADI "BIRO AGAMA" BAGI DAP LA "


JANGAN TUDUH SEBARANGAN

BUKIT MERTAJAM 14 Dis. -Pas diminta supaya tidak menjadi 'Biro Agama' untuk DAP kerana sering menjadi jurucakap kepada parti berkenaan di Pulau PinangPeringatan itu disuarakan oleh Pemuda UMNO Pulau Pinang, Ir. Shaik Hussein Mydin kepada Pengarah Pilihan Raya Dewan Pemuda Pas, Mohd. Sany Hamzah yang menuduh UMNO menjadi dalang tindakan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menghadiahkan kek 'najis' kepada Ketua Menteri, Lim Guan Eng baru-baru ini.Menurut Shaikh Hussein, Pemuda UMNO tidak pernah menyokong, malah mengecam perbuatan yang diketuai oleh Presiden Pertubuhan Suara Anak-anak Malaysia Pulau Pinang (PSAMPP), Abdul Ghani Mohamed Jiman sebagai tidak bertamadun dan biadab."UMNO menganggap tindakan NGO itu satu tindakan biadab, jadi kami tidak pernah menyokongnya. Saya harap Mohd. Sany bertaubat dan meminta maaf di atas kenyataan itu atau terimalah tindakan undang-undang daripada kami," katanya di sini hari ini.Beliau mengulas kenyataan Mohd. Sany yang dipetik menerusi sebuah portal berita yang menuntut UMNO Pulau Pinang supaya memohon maaf kepada Guan Eng dan kakitangan kerajaan negeri atas tindakan mereka menghadiahkan kek berupa najis manusia sempena hari kelahirannya baru-baru ini.Jelas Sheikh Hussein lagi, tindakan yang diambil oleh NGO itu menunjukkan rakyat Pulau Pinang sudah muak dengan pentadbiran Guan Eng."UMNO tidak akan berjuang dengan cara menghantar kek seperti itu, tetapi kita menyerang Guan Eng secara berdepan melalui demonstrasi atau ceramah-ceramah."Jadi, Pas jangan jadi 'dayus' kerana menuduh sesuatu yang tidak berlandas fakta yang tepat dan saya harap Mohd. Sany memohon maaf kepada UMNO negeri," ujarnya.




" UMNO tidak akan berjuang dengan cara menghantar kek seperti itu, tetapi kita menyerang Guan Eng secara berdepan melalui demonstrasi atau ceramah-ceramah."




"Apa barang menyerang depan-depan, serang dari belakang la"

TERBUKTI SIAPA LEBIH TAKUT

ANDA JAWAB SENDIRI

Dr Hasan Ali tidak mahu jadi calon Pas sebab tak mahu buat bai'ah talak 3?




Bermula minit 2:27 dengarkan apa yang Dr Hasan Ali katakan tentang bai'ah talaq 3.


Sebelum ini Pas dikritik hebat sebagai mengamalkan ajaran sesat dalam berbaiah. Untuk fahami tentang baiah talak 3 Pas dan baiah yang dilaksanakan pada zaman Rasulullah saw sila baca Beza Baiah Sesat Pas dan Baiah UMNO #PAUmno #PartiAgamaSesat.

Ketika amalan baiah sesat dalam Pas ini dibongkar, menurut Ahli Parlimen, Zulkifli Noordin (yang ketika membuat kenyataan ini masih merupakan ahli Parlimen Pembangkang), amalan bai'ah taklik ini "mengembalikan kita balik ke zaman jahiliah, wanita menjadi bahan dagangan, pajakan dan gadaian." Menurutnya ada di kalangan pemimpin Pas yang bercerita "mereka sendiri menggigil apabila mengangkat baiah berkenaan. Yang paling sedih, ada di antara isteri yang dikehendaki hadir dalam majlis baiah ini menangis dan menggeletar mendengar ikatan perkahwinan mereka dijadikan bahan tebusan demi untuk kepentingan politik kepartian yang terlalu sempit dan jumud."

Zulkifli juga berkata, beliau terkejut apabila beberapa tokoh politik Pas yang dihubunginya bukan saja tidak merasa bersalah dan berdosa dengan baiah itu malah mempertahankannya dengan alasan dangkal yang tidak bersandarkan al-Quran, sunnah Rasulullah dan sahabat baginda serta khalifah.

Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zuraida Kamaruddin turut menunjukkan penentangan terhadap tindakan Pas menggunakan bai'ah talak ini kerana menganggapnya seolah-olah memperkecilkan kedudukan wanita. Katanya, kaum wanita yang menjadi isteri kepada wakil rakyat Pas tidak sepatutnya dijadikan cagaran kerana ada antara mereka tidak terbabit dalam perjuangan parti itu.

Mufti Perak (ketika itu), Tan Sri Harussani Zakaria, berkata tindakan itu jelas mempersendakan kemuliaan isteri apabila menjadikan pasangan sebagai barang gadaian dan jaminan politik. Katanya, amalan baiah atau sumpah taat setia akan jatuh talak tiga terhadap isteri wakil rakyat Pas yang mengkhianati parti itu dengan menyertai parti lain, adalah tindakan mempertuhankan politik dan demokrasi. "Isteri bukannya barang gadaian dan jaminan, sewaktu hendak kahwin kita ambil dengan cara baik dan kita memperisterikannya dengan perjanjian yang besar di hadapan Tuhan."

Penasihat Majlis Agama Islam Johor (ketika itu), Datuk Noh Gadut pula menyifatkan bai'ah taklik ini sebagai tidak bertamadun dan boleh menjatuhkan imej Islam. "Talak juga dibenci oleh Allah, baiah seperti ini adalah budaya orang yang tidak bertamadun. Perempuan mahal harganya dan bukan boleh dijual beli dan bab agama jangan dipolitikkan sehingga isteri menjadi mangsa. Sanggupkah dengan politik kita biarkan rumah tangga yang dibina hancur," katanya.

Cakna Siswa Timur:
Wanita adalah hiasan dunia yang dikurniakan Allah untuk hambanya..Wanita juga adalah insan yang melahirkan insan baru yang tidak kenal apa itu dunia untuk menjadi khalifah di muka bumi Allah ini. Allah telah mencipta setiap umatnya secara berpasang-pasangan iaitu lelaki & perempuan. Namun, kita hanya manusia & hamba yang lemah ini pula yang lebih pandai dari ketentuan Ilahi dengan menetapkan apa yang tidak sewajarnya hanya kerana kepentingan POLITIK. Renungkanlah wahai umat akhir zaman...

Wednesday, 14 December 2011

MEMBANTU KE TIDAK? "BAUCAR RM2OO"


SALAM ASPIRASI DAN SALAM 1 MALAYSIA

Mahasiswa/pelajar dan buku memang tidak boleh dipisahkan. Umpama isi dengan kuku. Kami kira ini disebabkan mereka telah di didik dari kecil. Justeru kerajaan mengambil inisiatif untuk memberikan baucar buku yang bernilai RM200 kepada pelajar IPTA, Politeknik, matrikulasi/asasi sains dan pelajar Tingkatan 6. Perkara ini telah dibentangkan oleh YAB Perdana Menteri semasa Pembentangan Bajet 2012.

Sebagai mahasiswa, kami sememangnya sangat gembira dan bersyukur dengan inisiatif pihak kerajaan ini kerana harga buku seperti yang diketahui umum adalah agak mahal. Kalau masih ada yang tidak bersyukur dengan pemberian yang amat bermakna ini, mereka adalah golongan yang rugi.




YAB Perdana Menteri

"Pembentangan Bajet 2012"


Kementerian Pengajian Tinggi ingin memaklumkan pelaksanaan pemberian baucar buku bernilai RM200 
  
(Pelajar IPTA, IPTS, Politeknik, Matrikulasi/Asasi Sains dan Pelajar Tingkatan 6)

1. Semua pelajar warga negara Malaysia yang berdaftar sebagai pelajar aktif di IPTA, IPTS dan Politeknik mengikuti pengajian pada peringkat Diploma, Sarjana Muda, Sarjana dan Ph.D,matrikulasi/asasi dan pengajian persediaan termasuk pelajar di Tingkatan 6 secara sepenuh masa dan separuh masa di institusi pengajian tinggi dalam negeri pada Januari 2012 layak mendapat baucar buku bernilai RM200.

2. Pengagihan baucar buku kepada pelajar-pelajar dibuat melalui IPTA, IPTS, Politeknik dan sekolah masing-masing dalam bulan Januari 2012. Sila hubungi IPT dan sekolah masing-masing untuk untuk mengambil baucar berkenaan. 

3. Semua IPT telah menyediakan senarai nama pelajar, berserta Nombor Kad Pengenalan dan Nombor Matrik / Nombor Pendaftaran mereka yang layak. Pelajar perlu memastikan nama, no. kad pengenalan dan cop IPT masing-masing diisikan pada setiap keping baucar yang bernilai RM50.00 setiap keping. 

4. Baucar buku boleh ditebus di semua kedai buku yang menyertai program ini dan penyertaan kedai buku adalah terbuka kepada semua. 

5. Baucar ini adalah untuk pembelian buku – buku akademik, jurnal, majalah ilmiah dan peralatan pembelajaran berdasarkan keperluan IPT masing-masing; 

6. Tuntutan bayaran balik baucar akan dibuat oleh kedai buku terus kepada Bank Simpanan Nasional (BSN). Tuntutan hanya boleh dilakukan sehingga 30 April 2012;

7. Tempoh masa sah laku baucar buku ini adalah selama tiga bulan mulai daripada 1 Januari hingga 31 Mac 2012. 8. Pelajar tidak dibenarkan sama sekali menebus baucar buku ini dengan wang tunai.


-Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin Menteri Pengajian Tinggi-

Mahasiswa PANTAI TIMUR  bersyukur dan berterima kasih kepada pihak kerajaan atas pemberian baucar buku ini
 
BAGAIMANA PULA DENGAN MAHASISWA/PELAJAR YANG LAIN?