Perjuangan Belum Selesai

Saturday, 17 December 2011

Mahasiswa Jalanan Mencipta Sejarah


Kumpulan mahasiswa menyerahkan memorandum kepada wakil Umno. - Gambar oleh Choo Choy May

Kumpulan mahasiswa menyerahkan memorandum kepada wakil Umno.

KUALA LUMPUR, 17 Dis — Selepas insiden penahanan 15 mahasiswa yang menyertai ‘flash mob’ di KL Sentral Rabu lalu, polis ibu negara hari ini mempamerkan ‘kelainan’ apabila bukan sahaja tidak mengambil tindakan keras, malah membantu kira-kira 100 mahasiswa yang menyertai demonstrasi menuntut pemansuhan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU). 


Anggota polis yang diketuai  Ketua Bahagian Ketenteraman Awam Ibu Pejabat Polis Dang Wangi, ASP W. Karthik  mengawal kelancaran lalu lintas dan kumpulan pelajar tersebut sepanjang demonstrasi mereka. The Malaysian Insider difahamkan, kumpulan mahasiswa itu dibenarkan untuk meneruskan demonstrasi mereka selagi kumpulan itu tidak melibatkan penyertaan mana-mana parti politik dalam demonstrasi hari ini.

Kumpulan mahasiswa yang terdiri gabungan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (Bebas) bergerak menuju ke bangunan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) dari Masjid Jamek dengan membawa sepanduk antaranya bertulis “Mahasiswa Bukan Robot, Mansuhkan AUKU, Bebaskan Mahasiswa Berpartisan dalam Politik”. Mereka kemudiannya duduk di atas jalan raya di Jalan Sultan Ismail berhadapan bangunan Suhakam sambil diawasi kira-kira 15 anggota polis berpakaian uniform. Kumpulan mahasiswa ini turut melaungkan “hidup-hidup, mahasiswa, hidup-hidup kebebasan, mansuhkan AUKU sambil diselang-selikan dengan ucapan daripada wakil-wakil persatuan mahasiswa daripada institusi pengajian tinggi seluruh negara.

Peserta demonstrasi tersebut dilihat turut bertengkar dengan beberapa pengguna jalan raya termasuk seorang penunggang motosikal yang tidak senang dengan tindakan mereka menghalang lalu lintas dan mengarahkan mereka ke tepi jalan. “Woi, tepi lah! orang nak pergi kerja, janganlah duduk sini (tengah jalan)”, dan kemudiannya salah seorang daripada peserta demonstrasi menjawab, “aku pun bayar cukai, suka hati lah”. Dalam demonstrasi terbabit, kumpulan ini turut menyerahkan memorandum kepada Pesuruhjaya Suhakam, Md Sha’ani Abdullah. Dalam kenyataannya kepada media, Md Sha’ani berkata, tindakan kumpulan terbabit duduk di atas jalan raya dan menghalang lalu lintas merupakan suatu kesalahan undang-undang, tetapi kehendak mereka tidak boleh dinafikan. “Memang tindakan mereka itu merupakan satu kesalahan, tetapi kita tidak boleh menafikan hak mereka, sebelum ini pun belum ada lagi orang yang ditahan kerana menghalang lalu lintas,” katanya selepas sesi penyerahan memorandum. Menurutnya, memorandum tersebut akan diteliti dan ada perkara tertakluk di bawah hak asasi manusia sejagat. “Suhakam akan meneliti memorandum yang diserahkan, dan kami percaya pernyataan ketidak puasan hati  boleh melalui pelbagai bentuk, sama seperti berdemonstrasi demi untuk menarik perhatian golongan tertentu apabila medium lain seperti surat dan sebagainya tidak mendapat respon yang sewajarnya,” jelasnya.

Setelah kira-kira 30 minit berdemonstrasi di kawasan pejabat Suhakam, kumpulan mahasiswa kemudiannya bergerak ke Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) untuk mengadakan demonstrasi dan menyerahkan memorandum kepada Umno



Cakna Siswa Timur:
Memang bagus betul Mahasiswa-Mahasiswa ini berdemo. Sampaikan mengganggu orang ramai dan tidak sedar diri. Ni baru nak mintak Mansuhkan AUKU, kalau AUKU dimansuhkan, CST rasa mesti habis hancur Malaysia ni. Lepas tu seronok plak menurunkan bendera PM Malaysia. Bukannya tidak sabar nak mansuhkan AUKU, malah tidak sabar nak jadi PM ke-7. Sejarah tu..


Apalah akan terjadi kalau AUKU dimansuhkan???

Semoga Mahasiswa yang waras & matang dapat menjadi Mahasiswa Hebat, bukannya Mahasiswa Biadab.

.

No comments:

Post a Comment