Perjuangan Belum Selesai

Tuesday, 6 December 2011

" DAHAGA AIR !!! " Selangor 2014


                        Isu 2 MANGKUK yang berdegil ini sudah pun masuk dalam Perbahasan Perhimpunan Agung Umno. Wakil Wanita ada mengatakan mengenai katastrophi yang bakal melanda sekiranya ISU AIR di selangor tidak diselesaikan segera. Pakar menjangkakan, 2014 Lembah Klang dan Selangor bakal mengalami krisis bekalan air sekiranya 2 melayu ni tak menyelesaikan kemelut ini dengan kadar segera.

Dimanakah HAK RAKYAT.
Mempertahankan hak rakyat.

2 mangkuk ini masih dilihat enggan punyai keinginan untuk duduk semeja menyelesaikan masalah. Khalid GAGAP selaku ketua pentadbir di selangor masih beretorik mengenai usaha membawa bekalan air bersih dari Pahang ke Selangor. Pada masa yang sama, pihak syabas yang selama ini cukup untung di atas untung masih berkira mengenai setiap sen yang difikirkan. Malas nak cakap pasal si GAGAP. Dia oposisi pada BN di selangor. Jadi tiada mengejutkan sekiranya pada perkiraan GAGAP, apa jugak perkara yang boleh dipolitikkan demi mileage dan keuntungan politik, maka GAGAP bersedia melakukan.

Cakap pulak pasal rozali, atau lebih tepat SYABAS


Syabas bukan entiti politik. Syabas bukan pesaing politik pakatan. Tetapi beberapa tindakan syabas secara indirectly nya telah mengheret nama UMNO ke kancah perseteruan yang pada dasarnya tak perlu timbul. kerana perangai rozali, umno dijadikan bahan kempen politik pakatan. Kerana perangai syabas, umno dijadikan bahan demontrasi pakatan. Kerana perangai syabas, umno dijadikan bahan kempen dan modal politik untuk Pru ke 13. Terus terang nak cakap, kedegilan keputusan urus tadbir syabas bakal dan telah menyusahkan umno di selangor. Jika dilihat pada gerakan saraf malaysia kini, sekali lagi isu syabas dijadikan modal kempen terbaik pakatan dalam memburukkan umno di selangor.

KENAPA perkara ini timbul ?

Kerana mereka tahu perangai BOS BESAR syabas. Mereka 'faham' move rozali. Mereka 'masak' perangai rozali. Kerana paham inilah, sekali lagi syabas dijadikan bahan kempen serangan pakatan terhadap umno. Syabas punya pasal, tak pasal-pasal umno yang kena. APAHAL!

Ini lah 2 mangkuk yang degil. Rozali dan Khalid.

Kerajaan Pahang pada dasarnya dah bersetuju nak bekalkan air bersih ke Selangor. Kerajaan Pahang tidak mahu isu dah hak rakyat disensasi politikkan secara gampangan. Kerana itulah, kerajaan Pahang bersedia untuk menyalurkan bekalan air kepada jiran tetangga. Pahang dah tawarkan, tapi 2 mangkuk ni masih tidak berbuat apa apa.
2 mangkuk ni sibuk mencari salah sesama sendiri. Kemajuan dan pembangunan di Selangor, Lembah Klang dan Putrajaya makin meningkat naik. Penempatan penduduk makin tinggi. Kawasan penempatan baru semakin bercambah. Percambahan populasi ini tidak seimbang dengan bekalan air bersih yang disediakan. Kalau perkara ini tak diatasi, Lembah Klang bakal mengalami krisis air.

2 badigol ni bila nak duduk berbincang ?

Itu satu hal.

Kami risaukan pada satu kemungkinan yang lain. Apa akan jadi sekiranya kerajaan Pahang bosan lalu mengambil keputusan membatalkan keinginan untuk membekalkan bekalan air ke Selangor. Siapa yang bakal menjadi mangsa ? Sudah tentu kami sebagai rakyat. Kerana degil 2 mangkuk ni, rakyat bakal menghadapi bencana. Ini dah masuk bulan 12, tahun 2011. setakat ini tidak ada langsung kedengaran untuk 2 mangkuk ni duduk berbincang dan menyelesaikan masalah.

Ada benda kita boleh berperang pada politik. Tapi isu air yang melata menjarah kepada hak rakyat, Janganlah  di jadikan bahan bargain politik gampangan.

 


AMARAN KEPADA 2 MANGKUK NI. 

ANDA DINASIHATKAN UNTUK SELESAIKAN SEGERA ISU INI !

No comments:

Post a Comment