KUALA LUMPUR – Sultan Kedah Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah,
yang dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong ke 14, berharap Malaysia
akan terus aman damai dan semua kaum hidup dengan persefahaman dan
bertoleransi.
Baginda melahirkan rasa gembira kerana secara keseluruhannya perpaduan rakyat adalah baik tetapi boleh ditingkatkan jika semua pihak meletakkan kepentingan negara lebih daripada kepentingan kaum atau politik.
Sultan Abdul Halim, yang pernah menjadi Yang di-Pertuan Agong kelima bagi tempoh 21 Jan 1970 hingga 20 Sept 1975, mengimbau kembali peristiwa pahit pada 13 Mei 1969 dan berharap ianya tidak harus dibiarkan berlaku lagi.
“Kadangkala orang politik mengambil jalan mudah untuk mengekalkan populariti dengan memainkan isu-isu agama dan perkauman.
“Inilah yang membuatkan keresahan dan kucar-kacir di dalam masyarakat yang mungkin hanya menjadi pengikut yang tidak langsung faham isu yang diapi-apikan itu,” titah baginda kepada Bernama.
Sultan Abdul Halim, 84, yang berkelulusan dalam bidang sains sosial dan pentadbiaran awam dari Wadham College, Oxford, United Kingdom, amat bersyukur kerana pertama kali baginda dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein merupakan perdana menteri pada masa itu, dan kali ini apabila dilantik bagi kedua kalinya sebagai Yang di-Pertuan Agong, anak Abdul Razak, Datuk Seri Najib, pula menjadi Perdana Menteri.
Menyentuh mengenai kemajuan dan pencapaian negara sejak 54 tahun mencapai kemerdekaan, baginda bertitah Malaysia telah mencapai usia yang matang.
“Jadi pemimpin dan rakyat haruslah juga matang membuat sesuatu tindakan.
“Kekuatan negara kita terletak kepada kestabilan politik dan ketenteraman awam, dan untuk kemajuan
masa hadapan dua perkara ini haruslah dipertahankan,” titah baginda yang pernah menyertai perkhidmatan awam negeri Kedah pada tahun 1950an sebelum dilantik sebagai pemangku Sultan Kedah pada Mac 1957 apabila ayahandanya, Almarhum Sultan Badlishah Sultan Abdul Hamid, berangkat ke luar negara.
Baginda menaiki takhta pada 15 Julai 1958 selepas kemangkatan Sultan Badlishah, dan ditabal sebagai Sultan Kedah ke-28 pada 20 Feb 1959. Pada Julai 2008 sambutan Jubli Emas pemerintahan baginda telah diadakan secara besar-besaran di Kedah.
Mengenai peranan institusi beraja, Sultan Abdul Halim bertitah bahawa raja dan rakyat tidak boleh dipisahkan.
“Raja adalah payung kepada rakyat dan rakyat adalah tunjang kepada raja. Jadi peranan terbesar raja adalah untuk memastikan tidak berlakunya kezaliman dan kemusnahan kepada negara dan rakyat.
“Dalam sistem Raja Berperlembagaan peranan yang dimainkan oleh raja adalah sebagai penimbang tara supaya keamanan, kestabilan dan ketenteraman awam dikekalkan sentiasa,” titah baginda.
Pada setiap majlis yang dihadiri, baginda sentiasa menekankan supaya rakyat hidup bersatu padu selain meminta umat Islam supaya sentiasa patuh kepada ajaran agama.
Sultan Abdul Halim yang diputerakan pada 28 Nov 1927 di Istana Anak Bukit, Kedah dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Alor Merah dan Sekolah Melayu Titi Gajah sebelum menyambung pelajaran ke Kolej Sultan Abdul Hamid, mengisi masa lapang baginda dengan membaca buku, bermain golf serta meluang masa bersama keluarga.
Hasil perkahwinan baginda dengan Sultanah Bahiyah Tuanku Abdul Rahman pada 9 Mac 1956, baginda dikurniakan tiga puteri iaitu pasangan kembar Tunku Soraya dan Datuk Seri Diraja Tunku Sarina, 51, dan Datuk Seri Tunku Puteri Intan Safinaz, 45.
Puteri sulung baginda Tunku Sarina kembali ke rahmatullah pada 31 Ogos 1991 pada usia 31 tahun di Istana Anak Bukit, Kedah. Sultanah Bahiyah pula mangkat pada 26 Ogos 2003 pada usia 73 tahun.
Sultan Abdul Halim berkahwin dengan Sultanah Haminah Hamidun pada 25 Dis 1975 yang ditabalkan sebagai Sultanah pada 9 Jan 2004.
Sultan Abdul Halim merupakan penyokong kuat pasukan bola sepak Kedah, dan semangat ini dibuktikan pada perlawanan akhir Piala FA antara Kedah dan Perlis pada 30 Jun 2007 di Stadium Batu Kawan di Pulau Pinang apabila baginda sanggup berjalan hampir dua kilometer kerana kenderaan rasmi baginda terperangkap dalam kesesakan menuju ke stadium itu. – BERNAMA
Cakna Siswa Timur:
Semoga Tuanku Sultan @ Yang Di-Pertuan Agong dapat menjadikan Negara Malaysia ini Terus Aman Damai..DAULAT TUANKU.

No comments:
Post a Comment