Perjuangan Belum Selesai

Wednesday, 14 December 2011

MEMBANTU KE TIDAK? "BAUCAR RM2OO"


SALAM ASPIRASI DAN SALAM 1 MALAYSIA

Mahasiswa/pelajar dan buku memang tidak boleh dipisahkan. Umpama isi dengan kuku. Kami kira ini disebabkan mereka telah di didik dari kecil. Justeru kerajaan mengambil inisiatif untuk memberikan baucar buku yang bernilai RM200 kepada pelajar IPTA, Politeknik, matrikulasi/asasi sains dan pelajar Tingkatan 6. Perkara ini telah dibentangkan oleh YAB Perdana Menteri semasa Pembentangan Bajet 2012.

Sebagai mahasiswa, kami sememangnya sangat gembira dan bersyukur dengan inisiatif pihak kerajaan ini kerana harga buku seperti yang diketahui umum adalah agak mahal. Kalau masih ada yang tidak bersyukur dengan pemberian yang amat bermakna ini, mereka adalah golongan yang rugi.




YAB Perdana Menteri

"Pembentangan Bajet 2012"


Kementerian Pengajian Tinggi ingin memaklumkan pelaksanaan pemberian baucar buku bernilai RM200 
  
(Pelajar IPTA, IPTS, Politeknik, Matrikulasi/Asasi Sains dan Pelajar Tingkatan 6)

1. Semua pelajar warga negara Malaysia yang berdaftar sebagai pelajar aktif di IPTA, IPTS dan Politeknik mengikuti pengajian pada peringkat Diploma, Sarjana Muda, Sarjana dan Ph.D,matrikulasi/asasi dan pengajian persediaan termasuk pelajar di Tingkatan 6 secara sepenuh masa dan separuh masa di institusi pengajian tinggi dalam negeri pada Januari 2012 layak mendapat baucar buku bernilai RM200.

2. Pengagihan baucar buku kepada pelajar-pelajar dibuat melalui IPTA, IPTS, Politeknik dan sekolah masing-masing dalam bulan Januari 2012. Sila hubungi IPT dan sekolah masing-masing untuk untuk mengambil baucar berkenaan. 

3. Semua IPT telah menyediakan senarai nama pelajar, berserta Nombor Kad Pengenalan dan Nombor Matrik / Nombor Pendaftaran mereka yang layak. Pelajar perlu memastikan nama, no. kad pengenalan dan cop IPT masing-masing diisikan pada setiap keping baucar yang bernilai RM50.00 setiap keping. 

4. Baucar buku boleh ditebus di semua kedai buku yang menyertai program ini dan penyertaan kedai buku adalah terbuka kepada semua. 

5. Baucar ini adalah untuk pembelian buku – buku akademik, jurnal, majalah ilmiah dan peralatan pembelajaran berdasarkan keperluan IPT masing-masing; 

6. Tuntutan bayaran balik baucar akan dibuat oleh kedai buku terus kepada Bank Simpanan Nasional (BSN). Tuntutan hanya boleh dilakukan sehingga 30 April 2012;

7. Tempoh masa sah laku baucar buku ini adalah selama tiga bulan mulai daripada 1 Januari hingga 31 Mac 2012. 8. Pelajar tidak dibenarkan sama sekali menebus baucar buku ini dengan wang tunai.


-Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin Menteri Pengajian Tinggi-

Mahasiswa PANTAI TIMUR  bersyukur dan berterima kasih kepada pihak kerajaan atas pemberian baucar buku ini
 
BAGAIMANA PULA DENGAN MAHASISWA/PELAJAR YANG LAIN?

No comments:

Post a Comment