Perjuangan Belum Selesai

Wednesday, 7 December 2011

KR1M MAHAL DAN TIDAK BERKUALITI?




Kenyataan angkuh Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar dan Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua dalam portal berita propembangkang berhubung dakwaan kononnya produk Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) tidak berkualiti dan yang lebih ekstrem, mereka juga mendakwa bahawa barangan tersebut turut dicemari virus e-coli.
BENARKAH ???

Kononnya, kajian ke atas produk berkenaan juga telah dilakukan oleh pakar-pakar berkaitan di makmal yang masih dirahsiakan.

PERNAH DENGAR KE RAKYAT MATI ?
KR1M beri faedah untuk rakyat . PEMBANGKANG  tidak suka 
bila rakyat beli harga barang murah .


Seperti mana kita sedia maklum, KR1M adalah antara inisiatif transformasi ekonomi bagi mengurangkan beban rakyat dalam menangani kenaikan harga barang keperluan harian. Lebih menarik, KR1M diterajui oleh usahawan berwibawa iaitu Datuk Ameer Ali Mydin. Jika sebelum ini, kita hanya mengenali rangkaian pasar raya besar Barat, kini sebut sahaja pasar raya Mydin semua mengenalinya. Banyak rangkaiannya juga mengatasi jenama-jenama besar lain. Lebih membanggakan apabila kita dapat melihat bagaimana produk tempatan khususnya keluaran bumiputera turut dipamerkan secara serius. Tidak seperti sesetengah pasar raya besar lain yang kadangkala jenama bumiputera jauh tersorok. Lebih menyedihkan, para pengusaha bumiputera ini turut ditekan apabila kadangkala hanya menerima bayaran selepas 90 hari. Dalam isu KR1M, saya bimbang wujudnya strategi terancang untuk melemahkan keupayaan ekonomi peruncitan bumiputera. Kehadiran KR1M sebenarnya tidak disenangi oleh usahawan peruncitan lain yang menawarkan harga murah, kononnya jauh lebih murah daripada apa yang kedai lain tawarkan. Jika benar Tony Pua yang bersekongkol dengan Nurul Izzah serta beberapa pemimpin Pas sedang giat menghasut rakyat membenci KR1M, kenapa banyak lagi pasar raya dan kedai runcit lain yang tidak menjadi sasaran? Maaf cakap, sesetengah kedai runcit bukan sahaja diragui kualiti barangannya, malah kadangkala barangan halal dan haram yang tidak diasingkan pun berlambak. Inilah masalahnya pemimpin Melayu dan Islam pada hari ini yang menghalalkan cara untuk berkuasa. Semua dilakukan semata-mata kerana dendam politik hingga lupa daratan dan agama. Kelemahan umat Melayu dan Islam sudah diperkudakan. Ekonomi bakal dilumpuhkan dan pasti akaNterus lenyap apabila mereka berkuasa. Kepada
umat Melayu Islam, janganlah kita juga tertipu dengan helah halus golongan yang anti kemajuan ekonomi umat Islam ini. Percayalah, jika kita juga terpengaruh untuk mempercayai dan bersama mereka, azab Allah akan tiba pada bila-bila masa dan padahnya akan terkena kepada kita semua kerana sikap tidak endah kita kepada kebenaran mengikut panduan Ilahi. Dalam isu KR1M yang antara puncak hasutan melampau yang turut disertai bangsa kita sendiri ini, marilah kita bermunajat kepada Allah agar diberi keadilan di dunia dan akhirat kerana Allah Maha Mengetahui kebenaran dan kebatilan yang wujud antara kita. Justeru, dalam politik Malaysia hari ini, orang Melayu harus sedar gerak strategi halus yang akan merugikan kita untuk beratus tahun akan datang jika kita tertipu sekarang!

KUALA LUMPUR 6 Dis. - Cubaan pembangkang yang mahu memburuk-burukkan produk Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) dilihat tidak mampu menggugat kepercayaan rakyat kepada jenama berkenaan. Sambil menempelak taktik kotor itu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia terbukti apabila KR1M menunjukkan peningkatan jualan sebanyak 15 peratus sejak isu tersebut hangat diperkatakan."Ini membuktikan bahawa KRIM masih menjadi pilihan rakyat meskipun pelbagai tuduhan dilemparkan oleh pembangkang."Justeru, ia jelas menunjukkan rakyat masih percaya dengan kualiti dan produk yang dijual di kedai itu, sekali gus menggambarkan sokongan rakyat terhadap KR1M," katanya pada sidang akhbar mengenai status penarikan balik 13 produk KR1M di sini, hari ini.Turut hadir timbalannya, Datuk Tan Lian Hoe dan Pengarah Urusan Mydin Holdings Berhad, Datuk Ameer Ali Mydin.Menurut Ismail Sabri, sebahagian produk yang ditarik balik tidak membabitkan isu keselamatan atau kebersihan, malah lebih kepada kesalahan pelabelan makanan."Isu penarikan balik produk makanan merupakan perkara biasa yang berlaku ke atas mana-mana kedai yang menjual produk makanan dan pihak kami juga tidak berkompromi tentang kualiti makanan."Justeru, kita mengarahkan syarikat pembekal produk terbabit untuk menukar label sebagai usaha mematuhi piawaian yang ditetapkan Kementerian Kesihatan," katanya.Dalam pada itu, Ismail Sabri turut memaklumkan dua daripada 13 produk yang ditarik balik akan mula dipasarkan secepat mungkin dan produk tersebut ialah krimer sejat dan ikan sardin dalam sos tomato.Kedua-dua produk tersebut ditukar label serta komposisi isi kandungan bersih bagi memenuhi spesifikasi yang ditetapkan.Di samping itu, beliau memberitahu, kementerian akan menubuhkan unit pemantauan khas bagi memantau produk makanan yang dijual di semua premis seluruh negara agar menepati piawaian digariskan. Dipetik daripada UTUSAN MALAYSIA ONLINE.

No comments:

Post a Comment